CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Athira Yuhada Saman Nurul Shuhada

25-3-2023 02:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1883| Komen: 13|Original author: Tatod

Description: Isteripelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri yang mengesahkan dia menerima surat tuntutan saman daripada wanita yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Hafidz iaitu ...

Isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri yang mengesahkan dia menerima surat tuntutan saman daripada wanita yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Hafidz iaitu Athira Yuhada.

Shuhada menerusi hantaran terbaharu di Instagram memaklumkan, Athira memfailkan satu tuntutan saman terhadapnya susulan kenyataan yang dimuat naik pada 15 Februari lalu.


"Ya. Saya ada menerima surat tuntutan saman daripada wanita itu. Saya sudah menyerahkan perkara ini kepada peguam untuk langkah seterusnya."

"Ramadan ketiga, semalam saya dimaklumkan oleh peguam ada menerima surat tuntutan daripada pihak ketiga.

"Pihak ketiga menuntut dari tulisan saya di Instagram pada 15.2.2023 berkaitan ucapan terima kasih kerana menghancurkan hati saya dan anak-anak.

"Seharian semalam saya susah hati kerana belum pernah ada pengalaman ke mahkamah. Gementar juga memikirkan jumlah tuntutan ganti rugi yang bakal dia tuntut.

"Saya ni, baru mula hendak mencari pendapatan sendiri. Saya cuba buat perniagaan @shelupshelup. Selagi ada rezeki, saya usahakan. Buat simpanan saya dan anak-anak. Waktu jadi suri rumah dulu, saya tak menyangka perkara ini akan terjadi. Waktu dulu, tidak sedar bahawa penting ada simpanan. Patutnya perlu lebih sedia, langit tak selalu cerah," katanya.


Menurut Nurul Shuhada, saman yang diterima daripada wanita itu ibarat ujian yang bertubi-tubi menimpanya.

"Rasa seperti jatuh ditimpa tangga selepas proses perceraian, kes mahkamah syariah, kes keganasan rumah tangga dan yang ini pula.

"Tidak mengapa. Saya perlu bangkit. Jangan kalah. Saya kena kuat dan ini perjuangan saya. Saya hendak bagi contoh pada anak-anak saya kena kuat berjuang, jangan biar dibuli dan dipijak-pijak. Biarlah satu ketika dulu saya silap, terlalu percaya," katanya.

Dalam masa sama, Nurul Shuhada tidak dapat berkongsi jumlah tuntutan saman yang diminta oleh Athira.

Sebelum ini, Athira tampil memohon maaf secara terbuka terhadap Nurul Shuhada dan dua anaknya selepas didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangga pasangan itu.

Athira Yuhada

Identiti Athira terbongkar menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan tangkap layar berbalas mesej mesra bersama Hafidz di WhatsApp.

Ia sekali gus menguatkan dakwaan rumah tangga dibina Hafidz bersama Nurul Shuhada selama tujuh tahun kini bergolak selepas menerima kehadiran orang ketiga.

Hafidz yang juga bekas peserta program realiti, Hero Remaja 2011/2012 mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6; dan Umar, 3. - CARI


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote buapakperut 26-3-2023 06:22 PM
MisXoXo: Dahlah..hadap ja saman tu.kala ...
Dia hint2 baru mulakan bisnes tu
Quote buapakperut 26-3-2023 06:21 PM
matjerk: Muka athirah ni sebijik muka k ...
Iols tengok macam kakak joyrevfa
Quote Antifake 26-3-2023 05:21 AM
Buritan: Dunia sis.. Hakim ni Lupe kot  ...
. Depa ingat lelaki boleh berpoligami secara adil. Walhal kaum depa yang banyak buat taik. Memalukan
Quote Buritan 26-3-2023 03:07 AM
Antifake: lelaki… kat court tu majority ...
Dunia sis.. Hakim ni Lupe kot akhirat ni... So sbb tu keputusan ikut tekak.. lantak aje laa
Quote Antifake 26-3-2023 12:22 AM
Miss_LoveLeen: Hakim tu lelaki ke perempuan s ...
lelaki… kat court tu majoritynya lelaki. Ada satu aje hakim yang i respek kat sana sbb tak menyebelahi mana2. Yg lain mmg menyedihkan
Quote Purplehaz 25-3-2023 10:39 PM
Athirah ni muka iras Nurulfariha onn tv3.
Quote intan244 25-3-2023 09:43 PM
lain mcm si momo ni. betul la kot shu kata dia lagi dasyat dari ik. ambik org punya pastu pi saman org tu plak. semoga mendapat balasan dunia akhirat.
Quote ledigugu 25-3-2023 09:09 PM
Mak bapak yuhada ni tak rasa malu ke anak dorg perangai camni???
Quote Mulotkoyak 25-3-2023 06:11 PM
Lawan sis jgn xlawan...
Quote MisXoXo 25-3-2023 04:58 PM
Dahlah..hadap ja saman tu.kalau betul pasti akan menang.xyah bising2 kt media..hadap dgn yakin.bila kita buat posting kita dh fikir baik buruk .so lawan ja minah tu.
Quote Miss_LoveLeen 25-3-2023 04:32 PM
Antifake: Isteri kena keje atau ada pend ...
Hakim tu lelaki ke perempuan sistur?
Quote matjerk 25-3-2023 03:56 PM
Muka athirah ni sebijik muka kakak ira kazar yg nama yasmin kazar tu..
Quote Antifake 25-3-2023 03:03 PM
Isteri kena keje atau ada pendapatan sendri. Pernah terjadik kat I bila ex lafaz cerai kat mahkamah. Hakim kata kamu ada pendapatan tetap? Saya kata saya tak ada. Dengan tak rasa simpati, hakim kata kamu dah kena cari pendapatan sendiri. Alhamdulillah sekarang senang.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.032157 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top