CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ravichandran tak sering daki Everest walaupun hilang lapan jari

25-3-2023 02:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 408| Komen: 5|Original author: Tatod

Description: Meskipunpernah kehilangan lapan jari, pendaki yang mengharumkan nama negara dan Negeri Sembilan ini tidak pernah serik untuk menakluk puncak Everest.T Ravichandran, 58, sudah sampai ke puncak Everest ...
Meskipun pernah kehilangan lapan jari, pendaki yang mengharumkan nama negara dan Negeri Sembilan ini tidak pernah serik untuk menakluk puncak Everest.

T Ravichandran, 58, sudah sampai ke puncak Everest sebanyak tiga kali masing-masing pada 2006, 2007 dan 2022, malah satu-satunya anak Malaysia yang pernah menakluk K2, gunung ke-2 tertinggi di dunia yang terletak di Pakistan.

Terkini, anak jati Kuala Pilah itu akan melaksanakan misi pendakian keempat hujung bulan ini.

"Saya akan bertolak bertolak ke Nepal hujung bulan ini untuk mendaki Everest kali keempat sebelum turun dan melanjutkan pendakian ke Gunung Lhotse juga di Nepal, iaitu keempat tertinggi di dunia.

Sumber Harian Metro

"Misi ini amat unik kerana belum pernah ada individu dari Malaysia dan Asia Tenggara melakukannya.

"Saya mensasarkan melakukannya dalam masa 43 hari, namun bergantung kepada faktor cuaca," katanya ketika ditemui.

Ravichandran yang kehilangan lapan jari ketika kali pertama mendaki Everest dengan membuat pendakian solo berkata, perkara itu sudah dijangka kerana cabaran yang disahut mempunyai risikonya tersendiri memandangkan keadaan cuaca di sana sangat ekstrem.

"Saya tidak pernah patah semangat dan mendaki kali kedua pada 2007. Pada 2022 saya membawa dua pendaki bersama ke Everest dan selepas itu pulang ke Malaysia sebelum terus mendaki K2

"Walaupun ia kedua tertinggi, namun gunung ini sangat berbahaya kerana ramai yang meninggal dunia ketika mendakinya, malah cuacanya dikatakan sangat dahsyat.

"Peminat sukan mendaki mesti tahu mengenai K2 ini," katanya.

Mengimbau kembali kejadian sebelum kehilangan jarinya, Ravichandran berkata, ketika sedang mendaki ke puncak pegangannya longgar dan kerap terjatuh, namun, dia meneruskan pendakian ke puncak.

Katanya, selepas turun semula ke base camp, didapati lapan jarinya kelihatan lain, dan dia terus berjumpa pakar sebaik tiba di Malaysia.

"Doktor memaklumkan jari tidak dapat diselamatkan lagi. Jari kelingking, jari manis, tengah dan telunjuk di kedua-dua belah tangan makin teruk.

"Selepas kira-kira tiga bulan, jari-jari itu boleh dipatahkan sendiri. Hanya tinggal ibu jari yang masih sempurna," katanya.


Sumber: HARIAN METRO





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote jlo 27-3-2023 09:30 AM
apooo seringg
Quote downiey 26-3-2023 12:31 PM
all the best
Quote Insomniacs 26-3-2023 06:52 AM
Hebat semangat en ravi! Chaiyok2
Quote LostStar 25-3-2023 08:45 PM
Ravichandran tak sering daki Everest walaupun hilang lapan jari

TAK SERIK.. sering mender.. tajuk pon..
Quote Thunderclouds 25-3-2023 08:25 PM
Panjang lebor mengarang.
Bgtau je la frostbite.
Hapo.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:33 PM GMT+8 , Processed in 0.043388 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top