CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tindakan 'buang kerja' menanti kakitangan terbabit sindiket seludup PATI

25-3-2023 12:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 262| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: JabatanImigresen Malaysia (JIM) menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan berhubung pembabitan lima pegawainya di Sabah yang ditahan pada Kha ...
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan berhubung pembabitan lima pegawainya di Sabah yang ditahan pada Khamis lalu kerana disyaki terbabit dengan sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI).


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata pihaknya memberikan kerjasama penuh dengan telus dan adil bagi membolehkan SPRM menyiasat kegiatan itu.

Beliau berkata, jabatan itu tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang melanggar integriti hingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang terbabit dalam aktiviti sedemikian.

Sumber BH Online

Katanya, tindakan dan hukuman yang serius akan diambil termasuk buang kerja, sekiranya pegawai terbabit terbukti bersalah.

"Jabatan ini serius dan komited dalam memastikan integriti pegawai dan sentiasa berada pada tahap yang maksimum," katanya menerusi satu kenyataan.

Sebelum ini media melaporkan, lima pegawai imigresen berusia 30 hingga 41 tahun itu terdiri tiga wanita dan dua lelaki, yang di Lapangan Terbang Tawau (LTT) ditahan di antara jam 2 petang hingga 9 malam dalam Ops Lancar oleh SPRM.

Empat lagi individu awam disyaki ejen masing-masing ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sekitar daerah Tawau antara jam 3 hingga 5 petang hari yang sama

Ruslin berkata, jabatan itu sudah mengadakan pelbagai program bagi menerapkan nilai integriti tinggi dalam kalangan pegawainya.

Katanya, selain itu jabatan juga sentiasa bekerjasama dengan agensi lain termasuk SPRM, dalam usaha memerangi penyeludupan migran.


Sumber: BH ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote rospinki 27-3-2023 08:35 AM
padan muka
hantar lagi ramai2 sabah pilak sabah indon ke sabah bugis ke segala maknenek mai sini bentuk sebuah negara baru negara sabah. sabah dimana2 je skrg smpi ada satu ofis tu sebesar2 alam sigboard parti cap kapal layar tei jalan nk pi ofc.  kt pasar ramadhan diorg pun dah byk smpi adatu beli karipap inti bihun teman tu tak taulah kot dia tersalah sebab tak pernh jumpa init bihun dia post kt fb katanya dia tersalah beli sekli ramai2 org sabah kondem org tu sebab katanya tu makanan org sabah..ehhh ko dah kenapa paksa2 org makan makanan ko..org tu dah tentu asal sini tentu dia igt karipap inti kentang ayam daging skli inti bihun.
Quote Mulotkoyak 25-3-2023 06:19 PM
Patut kne buang kje. Memang x amanah kne buang la. Xkan nk smpn. Ade lg beribu tgu nak kje ni.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.048586 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top