CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penambahan lorong RFID di Lebuhraya Utara Selatan sudah selesai

25-3-2023 11:14 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 170| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Kerjamenambah lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai.Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata kerja penambahan lorong itu siap l ...
Kerja menambah lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di Lebuhraya Utara-Selatan kini sudah selesai.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata kerja penambahan lorong itu siap lebih awal berbanding perancangan asal yang dijangka siap pertengahan April depan.

Katanya, pada ketika ini, sebanyak 12 lorong tambahan RFID sudah mula beroperasi sejak 11 Mac lalu di Plaza Tol Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang, Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.


"Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada PLUS kerana menambah 12 lagi lorong RFID di lebuh raya kendaliannya lebih awal dari yang dijadualkan sebelum ini.


Beliau memberi jaminan bahawa sistem RFID akan sentiasa dipastikan berada di dalam keadaan yang terbaik.

Namun, katanya beliau mengharapkan kerjasama daripada penggguna RFID di lebuhraya PLUS untuk sentiasa menggunakan Lorong RFID atau mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari plaza tol.

"Selain itu memastikan baki eWallet yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar," katanya.


Sumber: BH ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.049583 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top