CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Patimah sedia tengok Syamsul dan Puteri Sarah berdamai, tapi ada syarat

25-3-2023 11:34 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 555| Komen: 1|Original author: Tatod

Description: Datin Patimah Ismail, ibu kepada Syamsul Yusof sedia melihat pengarah itu dan Puteri Sarah Liyana berdamai.Bagaimanapun, Patimah menegaskan ada syarat yang perlu dipatuhi sekiranya Syamsul bersungguh- ...

Datin Patimah Ismail, ibu kepada Syamsul Yusof sedia melihat pengarah itu dan Puteri Sarah Liyana berdamai.

Bagaimanapun, Patimah menegaskan ada syarat yang perlu dipatuhi sekiranya Syamsul bersungguh-sungguh mahu menyelamatkan rumah tangganya.

Pun begitu, Patimah juga menyokong sekiranya Puteri Sarah mahu mencari kebahagiaannya sendiri dan perpisahan adalah penyelesaian terbaik buat semua pihak.

"Kami mohon Puteri Sarah berdamai dengan syarat tetapi dia berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak," tulisnya. 


Patimah menulis perkara itu dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya.

Menerusi hantaran berbeza, Patimah menyatakan dia memahami apa yang sedang dilalui Puteri Sarah dan sentiasa menyokongnya.

"Mama dan papa amat memahami derita yang ditanggung, Sarah berhak buat keputusan sendiri, harta paling berharga adalah Syaikhul dan Sumayyah.

"Mama tetap doakan kebahagiaan Sarah menantu kami dunia akhirat tiada pengganti," tulisnya lagi.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Qatrunnadaain 25-3-2023 07:58 PM
Dari pagi tadi post ni pukul 11:34 pagi sampai sekarang dah dekat 8 malam, takde pun sorang comment.. hahaa.. tak dapat sambutan sebab dah muak agaknya.. udah2 la.. focus romadon.. sibuk bagi statement mcm2.. yang pasti sy dah selamat memperisterikan ik.. halal dan sah..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.041198 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top