CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Yusof ambil tanggungjawab penyingkiran Aaron Aziz, minta henti salahkan Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad

25-3-2023 12:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 547| Komen: 3|Original author: Tatod

Description: Pengarah The Original Gangster (OG), Syamsul Yusof memohon agar tidak menyalahkan mana-mana pihak atau pelakon lain terlibat dalam filem berkenaan.Kata Syamsul, keputusan yang dibuat adalah pendirian ...

Pengarah The Original Gangster (OG), Syamsul Yusof memohon agar tidak menyalahkan mana-mana pihak atau pelakon lain terlibat dalam filem berkenaan.

Kata Syamsul, keputusan yang dibuat adalah pendirian sendiri selain hasil perbincangan dengan penerbit filem tersebut.

Dia turut meminta agar tidak meletakkan kesalahan itu kepada dua pelakonnya iaitu Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy yang turut terkena tempias ekoran kontrobersi tersebut.

"Dalam isu Aaron digugurkan sebagai pelakon filem OG, tidak perlu kita menyalahkan mana-mana pihak atau pelakon lain seperti Sharnaaz dan Beto.



"Keputusan menggugurkan Aaron dibuat sebulat suara oleh saya dan penerbit lain filem ini. Ia isu kerja antara saya sebagai pengarah dan Aaron sebagai pelakon," katanya.

Syamsul menulis perkara itu menerusi Instastory.

Dia dalam masa sama memohon agar isu tersebut tidak lagi diperbesarkan dan mengambil sepenuh tanggungjawab di atas segala yang telah terjadi.

"Saya bertanggungjawab atas semua ini. Tidak perlu dipanjangkan lagi isu ini," katanya.

Isu antara Aaron dan Syamsul mulai mendapat perhatian selepas aktor kelahiran Singapura itu mendedahkan namanya disingkirkan dari barisan filem tersebut meskipun sudah menerima skrip dan menjalani latihan.

Syamsul bagaimanapun mendedahkan punca Aaron disingkirkan adalah kerana faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan dialami pelakon itu.


Sumber: IG Syamsul Yusof, mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Sesuatu… 26-3-2023 10:34 PM
Kamu juger ler yg heret nama diorg dlm isu AA, tiberr now mintak org henti salahkan pelakon2 yg kau mentioned tu
Quote putericahaya999 25-3-2023 06:21 PM
Berbelit2 mengalahkan ular tebelit
Quote Perawankota 25-3-2023 03:27 PM
Agaknya kena tegur dgn Beto kot jangan kaitkan dorg

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.082349 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top