CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut angkara kecuaian orang lain, waris boleh tuntut sivil

25-3-2023 10:58 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 211| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Tuntutan sivil boleh dibuat waris si mati terhadap mana-mana pemilik kenderaan rosak atau berhenti di tepi jalan yang gagal meletakkan papan atau kon amaran.Peguam Khairul Naim Rafidi berkata, ini ber ...

Tuntutan sivil boleh dibuat waris si mati terhadap mana-mana pemilik kenderaan rosak atau berhenti di tepi jalan yang gagal meletakkan papan atau kon amaran.

Peguam Khairul Naim Rafidi berkata, ini berdasarkan prinsip asas dalam undang-undang bahawa setiap pengguna jalan raya mempunyai kewajipan untuk berjaga-jaga (duty of care).

“Kalau ikut situasi iaitu ken­deraan yang rosak atau berhenti di tepi jalan tanpa meletakkan sebarang kon, itu bermaksud ada kesalahan kerana cuai dan berbahaya.

Gambar hiasan.

“Dalam keadaan kereta rosak (di lorong kecemasan), pengguna perlu ambil tanggungjawab untuk melakukan segala tindakan munasabah bagi memastikan keadaan bahaya dapat dielakkan,” katanya kepada Kosmo!.

Bagaimanapun, ujarnya, hendak menyatakan siapa salah atau tidak adalah bergantung kepada keadaan selain pembahagian ­nisbah atau peratusan kesalahan akan dilakukan di mahkamah.

“Terdapat dalam keputusan kes mengenai penunggang motosikal maut selepas melanggar lori yang diparkir di bahu jalan.

“Apa yang berlaku adalah mahkamah mendapati memang pemandu lori gagal mematuhi prosedur keselamatan (letak kon atau papan amaran).

“Cuma mahkamah menyatakan waktu itu jalan gelap dan ada keterangan menyatakan motosikal ditunggang sangat laju.

“Jadi, mahkamah kemudiannya menetapkan situasi 70 peratus kesalahan kepada pemandu lori dan bakinya 30 peratus kepada penunggang itu, namun liabi­litinya lebih berat atau tinggi kepada pemandu lori itu,” jelasnya.

Tambahnya, perkiraan jumlah tuntutan terdapat dalam Akta Undang-Undang Sivil 1956 (Akta 67) dan lazimnya antara faktor yang diambil kira ialah umur si mati, baru kahwin atau tidak berkahwin dan jumlah pemberian si mati kepada keluarga.

Gambar hiasan.

Katanya, keluarga si mati boleh menuntut tuntutan untuk kedukacitaan (bereavement) sehingga RM30,000 berbanding RM10,000 sebelum ini selepas pindaan undang-undang pada tahun 2018 terhadap Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956.

Beliau berkata, tuntutan ganti rugi perlu dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan di bawah Akta Had Masa 1953 (Akta 254) dan Akta Undang-Undang Sivil.

“Jika tidak melibatkan kematian adalah enam tahun dari tarikh kemalangan. Bagi kematian dalam tempoh tiga tahun dengan kes boleh dibuat dan dituntut melalui wakil simati/pentadbir harta pusaka simati.

“Jika melibatkan pihak kerajaan pula adalah tiga tahun dari tarikh kemalangan,” ujarnya.

Katanya, pesalah yang cuai dalam meletakkan papan tanda amaran juga boleh dikenakan mengikut dua seksyen di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: KOSMO! ONLINE




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.118183 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top