CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Salleh Harap Perkongsian Video Iftar Di Gereja Dapat Beri Impak

24-3-2023 04:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13139| Komen: 37

Description: Bekas ketua menteri Sabah Salleh Said Keruak berasa harus berkongsi video tular memaparkan pengalaman seorang lelaki berbuka puasa di sebuah gereja di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan semua rakyat Ma ...
Bekas ketua menteri Sabah Salleh Said Keruak berasa harus berkongsi video tular memaparkan pengalaman seorang lelaki berbuka puasa di sebuah gereja di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan semua rakyat Malaysia.


Tujuannya berbuat demikian dengan harapan untuk merapatkan rakyat pelbagai latar.


YouTube KiniTV

Bercakap tentang pengalamannya, lelaki itu berkata: "Apa yang saya lihat petang ini ialah orang Islam melangkah ke dunia Kristian dan orang Kristian melangkah ke dunia Islam. Apa yang saya lihat hanyalah senyuman. Apa yang saya lihat hanyalah kebahagiaan."

"Apabila agama diperkatakan di seluruh dunia, ia seolah-olah memecahbelahkan. Tetapi, saya hanya berada di sebuah gereja yang melayani umat Islam dalam masyarakat, Iftar. Dan apa yang saya lihat hari ini adalah tanda iman seseorang, tentang apa yang diperjuangkan oleh manusia.

"Dan iman seseorang tidak berkurangan hanya kerana mereka bersikap terbuka dan bertolak ansur dengan orang lain. Jika ada, ia dimaksimumkan," katanya.


Walaupun, tidak dapat dipastikan bila video itu dirakam, laporan berita dari UAE menyatakan bahawa Gereja St Andrew di Abu Dhabi menganjurkan jamuan Iftar antara umat Islam dan Kristian pada 2019.

Sementara itu, Salleh berkata video itu mengandungi pengajaran tentang toleransi yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat Malaysia, terutamanya pada ketika ini.

"Sungguh menyayat hati bahawa negara kita sedang dirobek-robek oleh mereka yang berharap untuk mengambil kesempatan daripada perpecahan tanpa mempedulikan kesan daripada tindakan mereka.

"Saya berharap perkongsian video ini dapat memberi impak. Kita semua mesti memainkan peranan kita untuk memelihara warisan berbilang kaum dan agama.

"Kita tidak boleh membiarkan mereka yang berkepentingan mewujudkan perpecahan di kalangan kita untuk matlamat jangka pendek mereka kerana akibatnya adalah jangka panjang. Ingat, bersatu kita teguh, bercerai kita runtuh," katanya kepada Malaysiakini.



Salleh juga memuji titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bahawa tidak ada sebab untuk menghalang orang Islam daripada melawat tempat ibadat bukan Islam, selagi tidak terlibat dalam upacara keagamaannya.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia memberi pandangan yang tepat apabila baginda menyatakan kepercayaan terhadap akidah umat Islam," katanya.

Sebelum ini, bekas ketua menteri itu menggesa rakyat Sabah supaya menjaga toleransi etnik dan agama mereka terhadap ekstremisme.

Menyedari tempat ibadat berbeza agama terletak bersebelahan antara satu sama lain di Malaysia Timur, dia menambah di sana tidak pelik untuk melihat umat Islam menghadiri majlis perkahwinan Kristian di gereja.

Kenyataan Salleh itu dibuat susulan kerajaan negeri Selangor menghalang program melibatkan orang Islam di rumah ibadat bukan Islam.

Keputusan itu dibuat selepas pemimpin pembangkang mendakwa program dinamakan "Projek Artikel 11" anjuran Impact Malaysia sebagai program ‘Kristian Evangelis’.

Projek Artikel 11 ialah program yang melibatkan golongan belia yang dibawa mengunjungi rumah ibadat pelbagai agama sebagai sebahagian daripada usaha Impact Malaysia meningkatkan kesedaran masyarakat majmuk di negara ini.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tembikaigoreng 24-3-2023 05:24 PM
Entahlah dulu aku tuisyen kt lam gereja kot LOLL sebab free so lantaklah!! Ala kau p gereja terus bergegar Iman kau... Pergi Candi kat Indo ngan Thailand xnak pulak Iman bergegar LOL
Quote kerunai 24-3-2023 06:12 PM
elok senanye ni

kt gereja ..kuil ..tokong... batang2 pokok beso ...

macam best sbb kt sini pun ramai isele liberal..murtad..athist ,..kapir ...

so rasanya dorang layan je tembolok asal bleh makan
Quote AbukRokok 24-3-2023 06:29 PM
nasib baik UAE
Quote kelapaparut 24-3-2023 07:59 PM
iols pnah pi batu caves, pastu balik rumah tido mlm mimpi kne kjar hantu dia. Mmg diakui iman kita xkan terganggu, cuma tido mlm diganggu hantu pnunggu kuil ke tokong atau church.
Quote ultra78 24-3-2023 08:09 PM
Itu UAE. Tak terpakai di Malaysia,atau lebih tepat lagi di semenanjung Malaysia.
Quote orangbiasaje 24-3-2023 08:15 PM
Entahlah. Bagi sis yang tak berapa religious mahupun liberal ni, susunan dia:

1. Elok masjid drpd tpt ibadah lain
2. Elok tpt ibadah lain drpd kelab malam, kasino, atau pusat pelacuran.

Rasa lawak lak bila berprotes atau boikot bila pergi gotong-royong rumah ibadat lain, tapi cakap "standard" atau "biasalah" bila yang terang-terangan maksiat.
Quote primarikey 24-3-2023 08:19 PM
Abraham Religion’: Agenda sulit Zionis Israel untuk halalkan normalisasi

PADA Isnin 8 November lalu ketika sambutan ulang tahun ke 10 penubuhan The Egypt Family House, Dr. Ahmed Al Tayeb, Syeikh (Imam Besar) Al Azhar dengan tegas dan jelas menyuarakan kebimbangan dalam ucapannya di majlis tersebut berkenaan satu agama baharu iaitu Abraham Religion atau Agama Ibrahim dengan menyifatkannya sebagai satu agama sesat.
Abraham Religion adalah gabungan daripada tiga agama samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi yang digabungkan dengan tujuan untuk menyatukan umat manusia di bawah satu agama dengan menyampai satu mesej untuk menyeru umat manusia ke arah penyatuan. Ia dilancarkan oleh UAE ketika menandatangani perjanjian normalisasi hubungan antara UAE dan negara haram Israel pada Ogos 2020.

Dr. Ahmed Al Tayeb kemudiannya menjelaskan dalam ucapannya terdapat perbezaan antara menghormati dan mengiktiraf satu-satu agama. Islam menghormati agama lain khususnya agama samawi akan tetapi tidak mengiktirafnya sebagai agama yang benar. Di sisi Islam, agama yang benar hanyalah Islam sebagaimana maksud firman Allah: “Sesungguhnya Agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam” (Al-Imraan: 19)
Pendirian Dr. Ahmed Al Tayeb ini mendapat sokongan jitu dari masyarakat dunia Arab termasuk daripada golongan Kristian sambil menyatakan sokongan terhadap penolakan tersebut di media sosial termasuk dari golongan cendikiawan, orang kenamaan dan masyarakat awam.

Namun ramai dari kalangan masyarakat Arab tertanya-tanya mengapakah Dr. Ahmed Al Tayeb mula menyuarakan perihal Abraham Religion ketika ini. Adakah sedang berjalan agenda sulit atau terselindung untuk menyebarkan atau mengumumkan penubuhan agama baharu ini di kala situasi geopolitik sedang bergolak hebat di Asia Barat?
Hakikatnya, semua bermula ketika ditandatangani perjanjian normalisasi hubungan diplomatik antara negara haram Israel dengan UAE serta Bahrain pada September tahun lalu. Agenda normalisasi ini diusahakan oleh Donald Trump dan Jared Khusner yang dikenali sebagai Abraham Accord.

Dalam teks deklarasi perjanjian tersebut yang diterbitkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat, dinyatakan bahawa “Kami menggalakkan usaha untuk menyokong dialog antara budaya dan agama untuk memajukan budaya keamanan antara tiga agama Abraham dan semua umat manusia“.
Secara zahirnya, teks deklarasi perjanjian tersebut mempunyai mesej terselindung berkenaan Abraham Religion yang akan diusahakan untuk menyatukan ketiga-tiga agama samawi ini di bawah satu agama.

Ramai yang beranggapan bahawa UAE adalah pelopor kepada Abraham Religion ini, selari dengan penubuhan Abrahamic Family House di Abu Dhabi ketika lawatan bersama oleh Pope Francis dan Dr. Ahmed Al Tayeb pada awal 2019 sebelum ditandatangani perjanjian normalisasi dengan negara haram Israel.

Penubuhan Abrahamic Family House di Abu Dhabi, UAE adalah sama tujuannya dengan penubuhan Egypt Family House di Mesir, iaitu untuk mempromosikan serta mewujudkan keamanan dan keharmonian di antara penganut berbilang agama di negara masing-masing.
Namun begitu, perlu difahami bahawa Abraham Religion adalah satu pendekatan yang mengandungi agenda besar yang tersirat yang dijalankan oleh rejim zionis Israel dengan tujuan utamanya adalah  untuk menyebarkan dan memperkukuhkan program penerimaan proses normalisasi dalam kalangan negara-negara Dunia Islam terutamanya negara-negara Asia Barat.

Dengan mengetengahkan idea keamanan, keharmonian dan perpaduan kepada umat Islam, ia diharap dapat melembutkan hati umat Islam terutamanya pemerintah negara-negara Dunia Islam untuk menerima perjanjian normalisasi dan seterusnya menguatkan keabsahan kewujudan negara haram Israel di samping terus melupakan perjuangan rakyat Palestin.
Tujuan utama tersebut dikuatkan lagi dengan penilaian Pusat Kajian Keselamatan Nasional Israel bahawa pakatan Abraham Accord di Asia Barat bersama UAE dan negara-negara Arab lain akan membentuk kejayaan politik terpenting buat rejim zionis Israel kerana mereka berpendapat setelah lebih setahun normalisasi tersebut ditandatangani, reJim zionis Israel masih berpeluang untuk mengukuhkan kedudukan strategik mereka di Asia Barat.

Namun di sebalik kejayaan poltik yang digambarkan oleh kajian tersebut, tokoh ketenteraan rejim zionis Israel pula berpendapat bahawa perubahan yang berlaku akibat daripada perjanjian normalisasi tersebut adalah kurang daripada jangkaan yang ditetapkan ketika pelancarannya.
Amos Harel, penganalisis ketenteraan untuk Akhbar Haaretz yang berpangkalan di negara haram Israel menyatakan bahawa rejim zionis Israel mempertaruhkan UAE menjadi sebahagian daripada pakatan tersebut untuk menghadkan pengaruh Iran di Asia Barat tetapi pertaruhan dan kepercayaan ini nampaknya palsu kerana UAE dan negara-negara Asia Barat khuatir untuk menggangap Iran sebagai musuh dan dilihat sebagai sebuah rantau yang mencabar Amerika Syarikat.

Tambah beliau lagi, pembabitan UAE di Palestin juga dilihat amat kurang dan lemah berbanding Qatar yang bertapak kukuh memenangi hati rakyat dan pemimpin Palestin dengan pelbagai jenis bantuan yang dihulurkan termasuk bantuan kewangan. Oleh itu, kejayaan politik yang digambarkan masih jauh lagi perjalanannya dan peranan UAE masih lagi tidak berkesan sepenuhnya.
Dalam masa yang sama, agenda Abraham Religion juga adalah satu usaha terselindung yang dilakukan oleh rejim zionis Israel untuk mengintergrasikan negara haram Israel ke dalam sosiobudaya dan politik Asia Barat dan penerimaan normalisasi perjanjian samada dengan negara-negara Arab atau negara Dunia Islam yang lain.

Jika dirungkai segala matlamat yang sedang diusahakan oleh rejim zionis Israel dan sekutunya, tujuan yang paling utama adalah untuk memperluaskan dan mengukuhkan kedudukan strategik regim zionis Israel di Asia Barat dengan menggunakan perjanjian normalisasi sebagai alat untuk memperdaya negara-negara Arab dan Islam.
Perlu ditegaskan, Abraham Religion adalah salah satu muslihat yang boleh menyesatkan akidah umat Islam. Agama baharu ini perlu ditolak dan diperjelaskan bahayanya kepada umum yang bertujuan untuk memanipulasi umat Islam supaya menerima keberadaan zionis Yahudi samada di Palestin atau di negara-negara Dunia Islam yang lain.

Para ulama dan pemikir Islam sudah mula berbicara tentang agama baharu ini dan mereka bersepakat menolaknya dan menegaskan ia adalah jalan menuju kekufuran.

Pada Februari 2021, Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Liga Ulama Islam termasuk juga Liga Arab Maghreb mengadakan persidangan yang bertajuk The Position of the Islamic Ummah on the Abrahamic Religion. Rumusannya menyifatkan Abraham Religion adalah satu ancaman terhadap akidah umat Islam.
berlaku menunjukkan bahawa musuh Islam tidak akan berhenti untuk menyesatkan umat Islam dengan apa cara sekalipun. Malangnya terdapat dalam kalangan umat Islam yang sanggup menjadi alat kepada musuh Islam kerana kepentingan kuasa dan harta semata-mata.

Inilah sejarah yang akan berulang kali berlaku iaitu sejak dari zaman awal Islam dahulu sehinggalah dunia ini ditamatkan riwayatnya.
Semoga umat dan Dunia Islam senantiasa terpelihara dan berada di dalam lindungan Allah SWT.

Islam Menyatukan Ummah

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 13/11/2021
Quote pooh~key 24-3-2023 08:21 PM
kelapaparut replied at 24-3-2023 07:59 PM
iols pnah pi batu caves, pastu balik rumah tido mlm mimpi kne kjar hantu dia. Mmg diakui iman kita x ...

Lah kesiannya kau sis. Dalam mimpi kau tu nabi muhammad tak appear jadi hero lalu buka langkah membantu kau yang teraniaya dengan hantu2 itteww ke sis? Kenapa islam tak tolong kau sis?
Quote MissYouSayang 24-3-2023 09:11 PM
X lama lagi si saleh ni dpt la ghanimah hasil menjilat jubo bmx
Quote intan244 24-3-2023 09:29 PM
biasa masjid temple church ni yg tourist spot kan kat negara mana pon. kat oversea kemain masuk temple xrasa apa, kat msia jadi seram sikit. masa kecik2x kalau lalu depan kuil hindu mak pesan zikir byk2x takut kena sampuk hantu jin kat situ.
Quote cmf_almondpecan 24-3-2023 09:48 PM
Ni youtuber Khalid al-Ameri kan. Ada juga tengok video2 dia dengan bini dia. Ramai mat salleh yang komen kata tak sangka Arab relationship boleh equal macam tu. Diaorang ingat dalam perkahwinan Arab tu biasanya laki macam raja dan bini kena ikut saja macam lembu dicucuk hidung.
Quote otai_g 24-3-2023 10:16 PM
Umat melayu skrg rmi da liberal. Lantak ko la. Masjid seminggu sekali pun mls nak jejak. Tp gereja hari pegi Tarak hal.
Quote Decaffeinated 24-3-2023 11:00 PM
Semoga satu hari nanti semua agama2 ini dapat disatukan di bawah satu pakatan atau perikatan mau pun barisan. Insya Allah.

Quote Kurex 24-3-2023 11:05 PM
Iols sekolah dekat gereja. Lalu gereja mesti cuci mata tengok penganut kristian yg helok
Quote Kurex 24-3-2023 11:07 PM
kelapaparut replied at 24-3-2023 07:59 PM
iols pnah pi batu caves, pastu balik rumah tido mlm mimpi kne kjar hantu dia. Mmg diakui iman kita x ...

Chandramukhi ke? Tapi jangan dilayan bapok yg persoalkan mimpi kau tu. Iols pun kosserrr nak layan dia
Quote Straya 25-3-2023 09:11 AM
intan244: biasa masjid temple church ni  ...


Kan? I pergi bali tak ada pun rasa seram walau tempat sembahyang diaorang berlambak tepi jalan,tepi villa. Tidur kat villa pun sliding door tak cover ngan langsir tak pulak terbayang pontianak ke,hantu. Kalau kat msia seram tak tau la apasal
Quote plywood 25-3-2023 11:28 AM
kelapaparut replied at 24-3-2023 07:59 PM
iols pnah pi batu caves, pastu balik rumah tido mlm mimpi kne kjar hantu dia. Mmg diakui iman kita x ...

pernah naik batu caves tu.. tak ada pun kena kejar.  aku bukanlah minta dikejar tapi nyenyak jer tidur penat naik tangga kot..
Quote zonan4 25-3-2023 11:35 AM
Edited by zonan4 at 25-3-2023 11:37 AM

kelakar korang termakan cakap politician ni... ingat rakyat bodoh?.... kenapa ada program ziarah gereja? mmg umat Islam boleh masuk gereja... tapi zaman khalifah umar atau abu bakar yang kata dia boleh je semayang dalam gereja tapi tak mau nanti byk fitnah akan datang... tu satu... yang kedua apa tujuan dia sebenar nye... nak ajak umat Islam secara halus didakwah masuk kristian jangan nak nafi la... nak dakwah secara terang kat Malaysia tak boleh.... sebab Islam tu agama rasmi negara... buat la camni supaya budak muda selesa dengan gereja... yang ketiga... kalau betul open tak de masalah apa kata seluruh umat Islam gi masuk gereja semayang jumaat kat sana... kami nak khutbah semua siap... boleh? yang golongan acah acah liberal terpaling tu.... ni aku nak nasihat sikit.... Iman tu gi kuatkan sikit..... asyik nak liberal je keje dia... korang tu dah termakan hasutan..... Islam ni iman tu benteng pertahanan.... gi semayang sungguh sungguh ingat kat tuhan.... tanya ustaz macam mana nak kuatkan iman... jangan asyik google je semua benda....
Quote hayati_hassan 26-3-2023 01:21 PM
so jika arab buat memang harus umat islam msia ikuti ?
larangan nabi dah xterpakai ?

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.144351 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top