CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kawasan Perumahan Bandar Besar Tapi Belum Ada Sekolah Menengah

24-3-2023 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10443| Komen: 3

Description: Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau mendakwa kawasan Bukit Raja dan Kota Kemuning, Klang berdepan masalah kekurangan sekolah berikutan kemudahan sedia ada tidak mampu menampung bilangan pelajar yang me ...
Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau mendakwa kawasan Bukit Raja dan Kota Kemuning, Klang berdepan masalah kekurangan sekolah berikutan kemudahan sedia ada tidak mampu menampung bilangan pelajar yang meningkat dua kali ganda daripada kapasiti asal.


Ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau meluahkan kekecewaan apabila pihak bertanggungjawab yang sepatutnya menyediakan kemudahan itu masih bermain 'tarik tali' dalam pembangunan fizikal untuk sekolah baharu.


Gambar hiasan - MalaysiaKini

“Kawasan perumahan bandar besar seperti Bukit Raja dengan lebih 20,000 penduduk masih belum ada sekolah menengah.

"Kita ada tanah untuk bina sekolah tetapi sekolah dibina jauh di sempadan Meru dan bukan di dalam kawasan Bukit Raja.

"Malah sekolah dibina di sempadan Meru merupakan tanah swasta di mana wujud urusan jual beli sedangkan di Bukit Raja sudah ada tanah untuk pembinaan sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.


Jelas beliau, di kawasan Bukit Raja sahaja terdapat tujuh plot tanah yang boleh digunakan untuk pembinaan sekolah tetapi kelebihan itu langsung tidak dihiraukan.

Dalam pada itu, beliau juga kesal apabila projek Sekolah Menengah Kota Kemuning 2 yang sepatutnya dimulakan pembinaan terbatal dan tiada berita mengenainya selepas Langkah Sheraton pada 2020.

“Perkara mengenai sekolah itu sudah dibawa dalam perbincangan sejak sekian lama. Pada 2017 saya ada menulis surat kepada kementerian menyatakan sekolah tersebut sudah pun menampung pelajar di luar kapasitinya.

"Selepas itu memang ada acara pecah tanah untuk sekolah baharu. Tetapi semuanya hilang selepas Sheraton Move, (Langkah Sheraton),” ujarnya.

Beliau menambah, buat masa ini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning menampung lebih 3,600 orang pelajar berbanding 1,500 kapasiti asal.

"Ini termasuk pelajar dari Bukit Kemuning, Bukit Rimau, Kampung Bukit Naga dan beberapa perumahan kecil di sekitarnya," katanya.

Sebagai sebuah negeri yang menyumbang 25 peratus KDNK negara, Ganabatirau berkata, rakyat di Parlimen Klang wajar memperoleh kemudahan yang lebih baik dan selesa.

Beliau sebelum ini turut membawa perkara tersebut ke Parlimen apabila dalam sesi perbahasan Ganabatirau menyatakan kerajaan terdahulu tidak memberi perhatian kepada kawasan Klang dan mendakwa kawasan itu dianaktirikan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 24-3-2023 05:30 PM
pasal infra asas ni
teringat MP subang jaya fight utk KK di sana
sbb padat sgt nak ke kk taman medan dan spital shah alam
Quote kerunai 24-3-2023 06:25 PM
duk sibuk klang..cyberjaya..putra perdana ..belah Sepang Purajaya ni camana pulak ?

projek sakan kemain lagi

sekolah baru bila nk buat ?
Quote Meiizu 24-3-2023 07:03 PM
Betul menggilaa naik projek prumahan area situ

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.043316 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top