CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syamsul Memang Dah Tunggu Aaron Ajak Jumpa, Bila Bro-Bro Nak Bertemu Tu?

24-3-2023 04:38 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11428| Komen: 64

Description: Syamsul Yusof tidak mempunyai sebarang masalah untuk berjumpa Datuk Aaron Aziz bagi menyelesaikan isu pengguguran nama dalam senarai barisan pelakon filem Original Gangster.Pengarah sensasi itu bersik ...
Syamsul Yusof tidak mempunyai sebarang masalah untuk berjumpa Datuk Aaron Aziz bagi menyelesaikan isu pengguguran nama dalam senarai barisan pelakon filem Original Gangster.

Pengarah sensasi itu bersikap terbuka untuk bertemu aktor berkenaan atas urusan mahu berbaik-baik semula atau mengenai projek filem akan datang.



IG

“Boleh nak jumpa berdua tiada masalah. Saya pun tunggu dia ajak berjumpa juga. Nak jumpa untuk berbaik-baik semula boleh, tiada masalah.

“Kalau ada projek filem akan datang pun boleh jumpa. Aaron tetap sahabat saya. Masalah yang timbul hanya soal kerja semata-mata dan kita mesti bersikap profesional,” katanya.

Aaron menerusi Instagram semalam meluahkan rasa marah terhadap Syamsul yang mendakwa dirinya digugurkan atas alasan dia sudah tua dan gemuk.

Aktor berusia 47 tahun itu turut terkilan kerana pengarah tersebut enggan berjumpa sedangkan segala permintaan supaya dirinya ‘buat badan’ sudah dipenuhi.


Malah, dalam pendedahan yang dibuat dengan memegang al-Quran itu juga, Aaron juga mengatakan dia juga sanggup menahan kesakitan menggunakan suntikan steroid untuk mendapatkan tubuh badan sasa dalam tempoh singkat.




Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-3-2023 05:19 PM
Sol ni delusi ke
Quote dudaberhias 24-3-2023 05:45 PM
nak berjumpa pulok doh... lepasni ada sesi2 tambah kuetiau goreng ke??? atau tumpang rendam gigi palsu dalam cawan kat rumah pak harun...
Quote CurangLagi 24-3-2023 05:53 PM
dudaberhias replied at 24-3-2023 09:45 AM
nak berjumpa pulok doh... lepasni ada sesi2 tambah kuetiau goreng ke??? atau tumpang rendam gigi pal ...

Hahaha** kakduds ni tiap kali baca komen mesti ada part rendam merendamm. Hahahhaa
Quote alieyrina 24-3-2023 06:15 PM
Nak harun jumpak dia..
Nak sarah jumpak dia..
Kau asyik tunggu org jumpak kau jaa
Quote sharlenetexas 24-3-2023 06:18 PM
Sesi mentekedarah kuewteow ke?


Quote Barebow77 24-3-2023 06:20 PM
dudaberhias replied at 24-3-2023 05:45 PM
nak berjumpa pulok doh... lepasni ada sesi2 tambah kuetiau goreng ke??? atau tumpang rendam gigi pal ...

Up sikit jadi kuetiau kerang..
Quote Rogue98 24-3-2023 06:24 PM
Dah viral baru terhegeh2 nak jumpa...tak payahlah nak bro bro....AA tu pangkat abang yg kau patut hormat...tapi kau buang dia mcm tu jer. Tak payah lah offer next project sbb takde orang nak pi tgk...
Quote I.K.A888990 24-3-2023 07:56 PM
tinggi sangat ke kedudukan kau solnotelo ni sampai dia nak semua sembah pi jumpa dia puihhhh.
Quote _blackbird 24-3-2023 08:40 PM
Harap kue teow mampu mendamaikan mereka
Quote awanearisu 24-3-2023 09:40 PM
jangan angau kuey teow masakan bini orang sudah. suruh ira belajar masak.
Quote noorazurams 24-3-2023 09:48 PM
Semakin meluat laaa aku dgn sol ni…banyak cengkadak. Sombong
Quote Sesuatu… 25-3-2023 08:56 AM
Typical NPD ya mamat ni. Semua ayat2 tunjuk baik, tunjuk gentleman dia hanyalah di depan public dan media. Lepas tu asyik la petik nama org lain nk justify dia punya kerenah lahanat tu. Belakang, kaler sebenar muncul. Bang arun minta jumpa before dia tumpahkan teh, kau bolayan. Sangat consistent NPD dia, dgn bini tua, dgn mak bapak, dgn colleague so-called sahabat. Reminded me of an old friend yg aku babaikan sbb semak tgk tahap lakonan dia dgn kita dan depan org lain. Org begini tak boleh layankan, kena jauh2 even dr bayang2 dia. Baru aman hidup.
Quote bulanbulat 25-3-2023 09:44 AM
I cadang sol buat grand berbuka. Suruh ira masak, ajak sarah, AA, farid kamil, dd, mak pak dia berbuka sesama
Quote kucingitam 25-3-2023 09:45 AM
jumpa satgi bermaafan, baik semula, terus berlakon dlm next filem sol.  netizen yang penuh dosa..gitu..
Quote Bawang123 25-3-2023 10:03 AM
Hubungan dgn mak renggang, dia tunggu mak dia jumpa dia gak..
Quote telracs 25-3-2023 11:22 AM
CurangLagi replied at 24-3-2023 09:53 AM
Hahaha** kakduds ni tiap kali baca komen mesti ada part rendam merendamm. Hahahhaa

Ko ni tulis kakduds, aku dah terbayang kokdu...
Sayangnya dia tu rendah... kalau tinggi sikit macam soh ji sub mesti aku minat...
Quote xAthenax 25-3-2023 11:28 AM
semua tindak tanduk dia sebelum ini, sekarang tergantung atas kepala dia.
He now no where to run
Buat hal dengan semua orang
termasuk lah mak pak sendiri.
tak lama boleh join piz di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan
Quote missHaidiD 25-3-2023 11:31 AM
Bini AA kt takpyh jumpa dah. Move on je. Jgn kasi apa2 komen lg.
Quote missHaidiD 25-3-2023 11:32 AM
[ig]https://www.instagram.com/reel/CqMBR4ugx7s/?igshid=YmMyMTA2M2Y=[/ig]

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.057263 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top