CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azwan Ali tak sangka video mengaji tarik perhatian ramai

25-3-2023 10:31 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 377| Komen: 3|Original author: Tatod

Description: Pengacara sensasi, Azwan Ali tidak menyangka videonya mengalunkan surah Al-Fatihah menjadi tular dan mendapat pujian daripada warganet.Menurut Azwan atau yang lebih dikenali sebagai Diva AA, rakaman t ...

Pengacara sensasi, Azwan Ali tidak menyangka videonya mengalunkan surah Al-Fatihah menjadi tular dan mendapat pujian daripada warganet.

Menurut Azwan atau yang lebih dikenali sebagai Diva AA, rakaman tersebut diambil sempena program khas Ramadan oleh sebuha majalah dalam talian yang memanggil sejumlah selebriti membacakan tiga surah daripada al-Quran.

Merasakan ia sebuah inisiatif murni, Diva AA tidak teragak-agak untuk menyertainya apatah lagi dia memang seorang yang gemar membaca al-Quran sejak kecil hasil bimbingan arwah bapanya.

"Sebenarnya ia sebuah inisiatif daripada majalah URTV dan majalah AL Islam untuk panggil beberapa artis mengaji tiga surah daripada al-Quran dengan dipantau oleh seorang ustaz. Sebelum saya, Ayu Damit yang rakam dahulu.


"Sebenarnya, perasaan bercampur-baru juga sebab ini bukannya progtam hiburan tetapi ia program yang boleh memberikan manfaat. Tambahan pula, ini merupakan ayat al-Quran yang kita tidak boleh salah membacanya. Namun, ustaz yang mendengar bacaan saya mengatakan bacaan saya betul jadi saya teruskan.


"Saya memang suka membaca al-Quran dengan cara saya iaitu dengan lenggok bertaranum. Sejak dari kecil sudah mengaji al-Quran kerana dibimbing oleh arwah bapa yang merupakan seorang ustaz.

“Ramai anak murid yang belajar mengaji dengannya. Walaupun dia sudah tiada namun bacaannya tetap diingati lagi pula ia menenangkan fikiran,” katanya ketika dihubungi Getaran sebentar tadi.

Bukan itu sahaja, bagi Azwan, Ramadan adalah bulan mulia yang harus diraikan dengan ibadah dan bukannya kontroversi panas. Oleh sebab itu, dia memutuskan untuk menutup semua akaun laman media sosial rasminya bagi memberi fokus kepada ibadat dan akhirat.

“Saya ini memang selalu panas dengan kontroversi, orang kata mulut tak ada ada insurans. Saya sedar bila saya mengaji begini orang akan terpegun. Itulah hakikatnya manusia.

“Saya rasa program mengaji sebegini patut diteruskan oleh banyak lagi media. Ajak artis-artis mengaji saya yakin ramai yang sudi. Ia lebih baik berbanding kontroversi suami isteri yang saling membuka aib, cerita dalam kain. Ini sudah bulan Ramadan, cukup-cukuplah.

“Sempena bulan Ramadan ini, semua akaun media sosial saya iaitu Facebook, Instagram, dan Twitter akan dibekukan. Saya ambil kesempatan ini untuk tutup media sosial sementara bagi mengurangkan hal dunia. Kalau dulu semua benda saya akan komen dan bersuara di laman sosial, kini tidak lagi,” tambahnya lagi.

Pada masa yang sama, Azwan Ali turut mengesahkan ura-ura bahawa pengacara itu sedang dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan dan ingin mendekati golongan tabligh seperti yang pernah digembar-gemburkan.


“Memang saya bercadang untuk menyertai kumpulan tabligh. Saya suka tengok apa yang Nabil Ahmad dan Anuar Zain lakukan, mereka mendekatkan diri dengan Tuhan dan buat perkara baik. Saya sendiri sudah bercakap dengan Nabil untuk menyertai kumpulan tersebut namun masih belum berkesempatan. Namun, memang itulah hajat dan niat saya,” katanya.

Terdahulu, video Azwan Ali membacakan ayat Al-Quran berdurasi kurang seminit menjadi tular di laman sosial. Rata-rata memuji usaha pengacara itu dan mendoakan agar Azwan kekal istiqamah membaca Al-Quran.


Sumber: GETARAN




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Buritan 26-3-2023 08:15 AM
nolya: Maaf kalau saya katakan begini ...
Yep betul tuu . Ade yg dipnjangnya Dan dipendeknyaa.. sebutan tho pun Salah..
Quote rogayahtop 26-3-2023 05:25 AM
Alhamdulillah diva AA, banyak pahala mengajak org sama2 membaca quran, semoga dipermudahkan journey mendekatkan diri dgn Tuhan.  Bolehla slow2 bertudung sebelum berniqab.
Quote nolya 25-3-2023 08:40 PM
Maaf kalau saya katakan begini, semoga AA tak akan berkecil hati. Tak bermaksud nak perkecil atau lekehkan bacaan surah yg disampaikan, namun setelah meneliti beberapa kali, saya berpendapat Azwa perlu perbaiki lagi bacaan. Fasakhah, sebutan makhrajal huruf dn tajwid belum tepat.  Sebutan huruf 'ha' dn 'kha' tak jelas. Begitu juga huruf ' 'ain '.
Ayat " ei ya kana'  budu (1 harkat) wa ei ya kanas ta 'eeen " tapi Azwan baca ' buduuu' ( 2 harkat). Ini salah.
Ayat "mustaqeem", Azwan baca "mustakim ...
Dan pada ayat terakhir "Wa loadz dhzol............. (6 harakat) leen, kenapa Azwan baca bersaktah (berhenti sekejap)?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:34 AM GMT+8 , Processed in 0.043082 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top