CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rumah Janda Musnah Terbakar Pada Malam Pertama Ramadan, Nasib Anak Sempat Keluar

24-3-2023 03:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5097| Komen: 3

Description: MELAKA – Seorang ibu tunggal dan dua anak lelakinya hilang tempat berteduh dalam sekelip mata selepas kediaman mereka hangus dalam kebakaran di Taman Merdeka Jaya di sini, malam tadi.
MELAKA – Seorang ibu tunggal dan dua anak lelakinya hilang tempat berteduh dalam sekelip mata selepas kediaman mereka hangus dalam kebakaran di Taman Merdeka Jaya di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, anak sulung mangsa, Airish Zaquwan Affizi, 15, yang berada di dalam kediaman berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Menurut Nor Hafizah Nor Azli, 40, ketika kejadian dia bersama anak bongsunya, Azrief Zaffuwan, 12, sedang membantu berniaga keropok lekor di bazar Aidilfitri MITC di Ayer Keroh sebelum dihubungi Airish.


Foto: Kosmo

“Dalam pukul 11 lebih macam itu, saya ada rasa tak sedap hati dan menghubungi Airish, tapi tidak berjawab.

“Tidak lama kemudian, Airish menelefon semula saya sambil menangis meminta maaf berkali-kali sambil memberitahu rumah kami hangus terbakar,” katanya ketika ditemui di Taman Merdeka Jaya, di sini, hari ini.


Mengulas lanjut, dia yang seakan-akan tidak percaya dengan berita tersebut kemudian meminta anaknya membuat panggilan video untuk melihat sendiri keadaan rumah mereka.

“Saya terduduk bila tengok api marak di dalam rumah, namun syukur Aiirish sempat menyelamatkan diri.

“Habis semua terbakar, paling saya sedih tengok adalah baju sekolah anak-anak dan buku mereka, kini kami hanya tinggal sehelai sepinggang,” ujarnya sayu.

Tambahnya, dia bagaimanapun reda dengan ujian yang menimpa pada hari pertama Ramadan itu dan merancang untuk duduk menumpang di rumah abangnya yang berdekatan.

Dalam pada itu Airish ketika ditemui memberitahu, kejadian berlaku ketika dia sedang tidur di ruang tamu dan terjaga selepas terhidu asap tebal.

“Saya nampak api marak di dalam bilik tidur dan semakin menjulang tinggi ke atap, saya terus keluar meminta bantuan jiran untuk menghubungi bomba kerana telefon bimbit hampir kehabisan bateri,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Sukarelawan Melaka, Ashwad Abd. Rahim turut melawat keluarga tersebut bagi menghulurkan bantuan awal dan membantu menyediakan kediaman sementara. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acik79 24-3-2023 04:05 PM
Allahuakbar sedihnya anak dia… Alhamdulillah selamat harap2 ada pihak datang membantu.
Quote doridori_hi 24-3-2023 04:33 PM
Dugaan di bulan puasa..
Semoga di permudahksn urusan
Quote insulin 24-3-2023 05:41 PM
Takziah kepada ibu dan anak2nya ni. Dugaan di bulan puasa.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.091605 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top