CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Purata Harga Ayam Standard Naik RM10.33 Sekilogram

24-3-2023 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4828| Komen: 1

Description: Purata harga ayam standard meningkat pada Februari 2023 kepada RM10.33 sekilogram berbanding RM9.46 pada Februari 2022.Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, selain itu, pu ...
Purata harga ayam standard meningkat pada Februari 2023 kepada RM10.33 sekilogram berbanding RM9.46 pada Februari 2022.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, selain itu, purata harga bahan mentah itu di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak RM9.76 sekilogram berbanding RM8.94 sekilogram pada Februari 2022 di mana melebihi paras harga kawalan ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40.



Gambar hiasan

“Selain itu, peningkatan pada subkumpulan itu turut didorong oleh peningkatan daging babi (31.8 peratus) dan itik (10.5 peratus).

“Secara bulanan, daging segar meningkat sebanyak 0.5 peratus disumbangkan oleh peningkatan daging babi yang mencatatkan kenaikan 2.4 peratus, diikuti daging ayam dan itik di mana masing-masing meningkat sebanyak 0.4 peratus,” katanya dalam satu kenyataan akhbar berkenaan Indeks Harga Pengguna (IHP) Februari 2023 yang dikeluarkan hari ini.


Katanya, peningkatan dua digit daging babi yang berterusan sejak 2022 adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan susulan Demam Babi Afrika yang melanda beberapa negeri.

“Bagaimanapun, daging lembu mencatatkan penurunan sebanyak negatif 0.1 peratus,” katanya.

Pada masa sama, katanya, hujan lebat berterusan sejak akhir Disember 2022 hingga Februari 2023 di beberapa negeri telah mendorong kepada kenaikan harga makanan terutamanya sayur-sayuran.

“Kesan daripada perubahan monsun itu, inflasi bagi subkumpulan sayur-sayuran telah mencatatkan peningkatan ketara kepada 5.8 peratus berbanding 1 peratus pada Januari 2023.

“Secara bulanan, sayur-sayuran merekodkan peningkatan sebanyak 2.8 peratus berbanding 0.7 peratus pada Januari 2023.

“Antara sayur-sayuran mencatatkan kenaikan tahun ke tahun adalah timun (24.8 peratus) dengan purata harga RM5.20 sekilogram serta bendi (19 peratus) dengan purata harga RM11.66 sekilogram,” katanya.

Jelasnya, kenaikan juga dicatatkan bagi tomato iaitu peningkatan sebanyak 17.1 peratus dengan purata harga RM8.73 sekilogram. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 24-3-2023 03:43 PM
PENINGkatan yang tak ketara jettew

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.042919 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top