CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Farid Kamil Dah Melampau Sangat Sebab Dia Sentuh Pasal Keluarga, Filem, Sebut Nama Ayah Saya,"-Syamsul Yusof

23-3-2023 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4331| Komen: 19

Description: "Farid Kamil sudah melampau sangat sebab dia sentuh pasal keluarga saya, filem saya, dia sebut nama ayah saya. Oh, 'too much (terlalu banyak) man!," kata pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengenai tinda ...
"Farid Kamil sudah melampau sangat sebab dia sentuh pasal keluarga saya, filem saya, dia sebut nama ayah saya. Oh, 'too much (terlalu banyak) man!," kata pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengenai tindakan undang-undang terhadap pelakon filem Remp-It itu.


Syamsul berkata, dia juga kesal dirinya cuba digambarkan sebagai lelaki kaki pukul sedangkan perkara itu tidak terbukti berlaku atau dia pernah berhadapan hukuman penjara diatas kesalahan dilakukan itu.

Foto: IG

"Minta maaflah kepada keluarga Farid Kamil. Saya faham keadaan dia. Ketika dia buat hantaran-hantaran itu, mungkin kita juga tahu (keadaannya). Tapi, tak apalah saya sedar dan saya ambil tindakan undang-undang.

"Saya minta maaf cakap, kenapa saya tak masuk penjara sebab buktinya tiada. Tak ada bukti, benda tak betul. Kita pun dah berbelas tahun berlalu. Kau ada cerita kau, aku ada cerita aku, kisah ujian masing-masing, kita 'move on'.


"Tapi petik benda yang lepas. Nak saya buka ke cerita dah lama itu? Sebab kalau saya buka kebenaran cerita, malu pihak yang di sana. Jangan macam itu, saya ada anak perempuan, adik perempuan, jadi jangan gambarkan saya begitu (kaki pukul)," katanya.

Syamsul berkata, dia melihat apa dilaluinya sekarang sebagai ujian.

Katanya, mungkin juga ada kaitan dengan faktor ingin menjatuhkan kariernya dengan mereka cerita dia kaki pukul, jahat yang sekali gus dapat mempengaruhi orang lain.

"Jangan mudah percaya dengan apa yang anda baca. Malah, kalau anda tidak mahu mempercayai apa yang saya cakap di sini pun, terpulang. Tak percaya saya, tak mengapa. Sebabnya, saya dah cakap benda yang betul dan anda cuba fikirkan dengan akal waras.

"Tentang Farid Kamil, ada lagi tak dia nak cakap. 'Come on bro', tolong komenlah lagi. Bahan sekarang dah ada, saya menunggu, bagi lagi dan kutuk sedap-sedap. Semua itu saya perlukan untuk di mahkamah nanti.

"Saya tahu awak pun sibuk juga dengan urusan rumah tangga. Minta maaf untuk itu, tapi nanti pening pula pasal aku nak saman kau," katanya.

Syamsul berkata, dia juga tidak tahu apa masalah sebenar Farid dengannya.

Katanya, sejak dulu memang dia tak tahu apa yang kurang disenangi Farid terhadap dirinya dan enggan bercerita lanjut.

Baru-baru ini, Farid dipercayai menyindir Syamsul apabila mendakwa lelaki itu pernah memukul seorang wanita bernama Diana, namun tiada sebarang tindakan diambil.

'Diana' yang disebutkan dalam Insta Story Farid itu dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle.

Pendedahan Farid itu dibuat sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana mendedahkan dia pernah dipukul suaminya menyebabkannya keluar rumah sekitar 2020.

Syamsul dan Diana pernah menjadi pasangan kekasih sekitar 2005 sebelum hubungan itu terlerai pada penghujung 2008.

Diana kemudian bercinta dengan Farid sebelum mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. -CARI

Sumber: harian Metri

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 23-3-2023 05:07 PM
Dua2 pon tingtong
Quote sharlenetexas 23-3-2023 05:18 PM
Gigi palsu?


Quote noor2 23-3-2023 05:27 PM
pedulikan jela...tenangkan hati...sempena bulan puasa ni...masing2 kena cool down..
Quote joy_ah 23-3-2023 06:57 PM
sol merempan takpe.yg lain merempan tak boleh.
Quote jihyomelly 23-3-2023 07:15 PM
ish bulan posa ni mcm byk bercakap lak si soley ni..org kata bini x classy merempan je skarang yg laki pun sama naik
Quote dudaberhias 23-3-2023 07:58 PM
diamlah si gigi palsu yang kena tampal polident tiap2 pagi...

sah2 la kau tu pengarah filem2 genre sampah seperti gangster etc dulu2... lagi nak menafikan ko kaki pukul... bini ko pun ko dah hempuk... si ira tu je tunggu masa nak kena smackdown... buat masa ni takat kena smackdown atas katil je... itu pun sebab dia rajin hari2 tolong rendam gigi palsu ko tu dalam cawan... pagi2 tolong tepek polident sebelum ko pergi mahkamah...

kalau kau nak jadi kaki pukul... cari lah bini yang sekufu seperti si zarina sabut nyoq amazon... tiap2 hari keje buat konten kena smackdown dan hempuk dek anak... siap kacau2 pulut rendang ketika kena hempuk and sheols enjoy jah sebab hari2 duit masuk... boleh la simpan2 sikit buat hidung lepastu...
Quote Zazama 23-3-2023 10:23 PM
Berpanjangan pulak kisahnya.
Quote LadyCarefree 23-3-2023 11:18 PM
Yyyyyyahoooo gaduh. Gaduhlah lagi. Saman jangan xsaman. Parit pun counter samanlah. Best.
Quote KamikuP 24-3-2023 08:49 AM
Sol pakai gig pelesu ke cuoills? Tang mana? Depan ke? ekekekke
Quote kamexkame 24-3-2023 08:54 AM
sharlenetexas replied at 23-3-2023 05:18 PM
Gigi palsu?

Mana satu yg pakai gigi palsu?
Quote babelina 24-3-2023 09:51 AM
eeeiiii aku x lalu tgk video dia sampai habis.. tgk kn bibir tu.. terbayangkn mengucup degawan.. hahaha..
Quote rosedemon 24-3-2023 10:09 AM
dua2 sampah nyah
Quote marchikobonzo 24-3-2023 10:44 AM
Koyak rabak betul sol lately ni
Quote sangbara2020 24-3-2023 11:14 AM
makin dia bersihkan nama dia,makin busuk kepam..
mcm kau lap kotoran dilantai menggunakan kain lap tahi kucen....bertambah busuk nyah
Quote ally9970 24-3-2023 12:32 PM
Hahaha... kiranya bini si fk ni bekas sisa sy lah yea? hahaha...
Quote naina 27-3-2023 05:36 AM
Ko dah tau keadaan dia camtu lagi mau kau layanzzz. Kuat sentap nau jantan sorang ni
Quote green~tea 27-3-2023 05:41 AM
marchikobonzo replied at 24-3-2023 10:44 AM
Koyak rabak betul sol lately ni

Mmg koyak rabak laaa asik kokak je sana sini sampai hilang gigi
Quote marchikobonzo 27-3-2023 09:09 AM
Edited by marchikobonzo at 27-3-2023 01:11 AM
green~tea replied at 26-3-2023 09:41 PM
Mmg koyak rabak laaa asik kokak je sana sini sampai hilang gigi

Polident kan adoo..boleh jadi duta lepas ni


Quote green~tea 27-3-2023 12:56 PM
dudaberhias replied at 23-3-2023 07:58 PM
diamlah si gigi palsu yang kena tampal polident tiap2 pagi...

sah2 la kau tu pengarah filem2 genre  ...

I rasa samdol marah bebenau dekat farit... sbb londeh citer gigi palsu je.. betul2 menghina mencalar maruah.... kahkahakah..

Kalo isu lain tu dia takde sakit hati sangat.. hahahahhahahaha

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 1.931837 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top