CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jay Jay Cemas Tak Dapat Menyanyi Dengan Baik Gara-Gara Alami Batuk Berpanjangan

23-3-2023 04:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1940| Komen: 4

Description: Jay Jay tampil berkongsi detik cemasnya ketika dijangkiti virus batuk berpanjangan ketika berada di Norway, bulan lalu.
Jay Jay tampil berkongsi detik cemasnya ketika dijangkiti virus batuk berpanjangan ketika berada di Norway, bulan lalu.

Menurut Penyanyi popular tahun 70-an, virus batuk tersebut dikatakan telah memberi kesan kepada bahagian tekaknya sehingga tidak dapat bernyanyi dengan baik.


Malah, dia juga menyatakan dirinya sering berasa bimbang sekiranya tidak dapat membuat persembahan dengan baik seperti sebelum ini.


Foto: XTRA

“Sewaktu saya di Norway selama sebulan melawat anak saya yang tinggal di sana, saya diserang virus batuk. Batuk yang tidak berhenti-henti kerana mempunyai kahak degil.

“Sistem perubatan di sana berbeza dengan Malaysia. Kita tak boleh ambil ubat antibiotik, saya hanya makan ubat batuk sahaja.

“Bila saya balik sini sebab ada show, saya menangis kerana batuk tu effect tekak saya. Nak hit high pitch macam sebelum ni susah. Saya down sebab sepanjang saya berkarya saya tak pernah alami sakit tekak lama macam ni,” katanya.


Jay Jay bagaimanapun kembali bersemangat selepas mengetahui penyakit yang dialaminya itu turut berlaku kepada rakan artisnya yang lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk M.Nasir dan Ramlah Ram.

Malah, pelantun lagu Joget Angan Tak Sudah itu turut berharap dia dapat menjayakan Konsert Satu Suara gandingannya bersama Siti Nurhaliza dan Ernie Zakri nanti dijalankan dengan baik.

“Bila saya tahu Siti, Datuk M.Nasir dan Ramlah Ram pun kena. Then, doktor nyatakan virus ni dia bukan datang selalu. Sekali sekala sahaja dia akan datang.

“So saya harap sakit ini akan reda. Hopefully pada 13 Mei tu saya fit. Insya-Allah, fitness kita penting. Saya harap dapat berjumpa semua peminat dah berhibur dengan lagu-lagu yang sedap,” jelasnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 23-3-2023 04:38 PM
DAH TUA. Itu saje...... senang bagi alasan siap-siap kalau semput terkucil kat konsert nanti ye... ehehehehe
Quote cikatilia 23-3-2023 04:58 PM
geli lah pakcik rambut blonde rebonding
Quote KamikuP 24-3-2023 08:52 AM
Tu trambut pelesu ke rambut betul ke dah botak?
Quote rosedemon 24-3-2023 10:08 AM
ko g beribadah je la tok

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.058556 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top