CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masa Bapa Jadi PM Beriya-Iya Ramai Datang Menempel, Lepas Dah Tak Ada Jawatan Dafi Langsung Tak Dapat Job!

23-3-2023 04:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9352| Komen: 94

Description: Dafi, 35, mengakui sejak bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lagi menjawat jawatan Perdana Menteri, dia kehilangan satu demi satu tawaran kerja dalam industri hiburan.
Dafi, 35, mengakui sejak bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak lagi menjawat jawatan Perdana Menteri, dia kehilangan satu demi satu tawaran kerja dalam industri hiburan.

Walaupun kecewa, Dafi tidak mempersoalkan perkara ini dan menganggap rezekinya tiada untuk terbabit dalam projek yang awalnya dipersetujui bersama.


Foto: IG

"Tawaran bekerja bukan tiada langsung. Memang ada, tapi ada juga yang dah dipersetujui tapi dibatalkan begitu saja. Tiba-tiba mereka beritahu tak jadi sedangkan sebelum itu beriya-iya bagi tawaran.

"Saya nak persoalkan sangat sebab perkara ini berlaku pun susah juga. Jadi, saya terima saja dan anggap tiada rezeki. Tahun lepas jadual saya kosong tiada apa-apa tawaran.

"Saya tak rasa sedih kerana dah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Cuma orang tak faham saya sebenarnya dari awal tak terbabit dengan karier politik ayah," katanya kepada Harian Metro.




Menurutnya, dia langsung tidak terkesan apabila status bapanya bukan lagi Perdana Menteri seperti dulu.

"Saya tak kisah sebab saya tak hadap (minta) pun. Saya dah ada orang-orang yang saya rasa perlukan dan akan kekal di situ. Tapi contohnya masa ayah ada kuasa, ramai yang datang.

"Saya sampai tak senang dalam hidup kerana nak melayan orang. Nanti dikata sombong, mereka datang dengan cara baik jadi saya layanlah.

"Semuanya saya jaga. Bila dah tiada apa-apa, semuanya lesap macam itu saja. Masa ayah dilantik jadi Perdana Menteri, saya balas mesej dari jam 5 petang sampai 9 pagi esok. Mereka yang dah lama hilang pun tiba-tiba bertanya khabar," katanya.



Dafi berkata, sepanjang bapanya menjadi Perdana Menteri, dia tidak pernah bercakap soal politik.

"Saya ada rasa hormat terhadap orang yang ikut saya dan peminat yang mungkin fahaman politik tak sama dengan saya. Tapi untuk harapkan orang terus hormat saya itu memang tiada

"Orang selalu cakap Dafi senanglah sebab anak 'seseorang'. Bukan nak cakap besar, kalau saya nak guna ayah saya, mungkin kedudukan saya bawah sikit dari Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Tapi ayah saya bukan jenis begitu. Dia pun bermula dari bawah. Maknanya dia tahu rasa puas itu datang bila semua itu dapat sendiri. Kami anak-anak tak dapat apa keistimewaan pun," katanya.



Menurutnya, orang tidak nampak tetapi menuduh macam-macam terhadap mereka.

"Mereka tak tahu situasi sebenarnya. Malah waktu-waktu tiada tawaran kerja, saya pernah pecahkan tabung berisi duit syiling bawa ke bank untuk ditukar buat belanja sampai hujung bulan.

"Ayah tak bagi duit pun. Saya pun bukan jenis meminta-minta. Memang malu apabila dah besar masih mengharapkan mereka," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 23-3-2023 04:18 PM
Lupa pulak ayah dia pernah jadi PM.
Mcm angin kentut lalu je.
Quote prince_marhaen 23-3-2023 04:28 PM
..Bukan nak cakap besar, kalau saya nak guna ayah saya, mungkin kedudukan saya bawah sikit dari Datuk Seri Siti Nurhaliza..


AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAAHAHAHA!!! Kau feeling sangat ni nokkkkkk!!! Selamanya nonok berangan ye!!

Quote doridori_hi 23-3-2023 04:41 PM
Kesian Dafi kena kecam berjemaah d fb ,buka nti lauk karii
Quote pencintaABC 23-3-2023 04:46 PM
prince_marhaen replied at 23-3-2023 04:28 PM
AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAAHAHAHA!!! Kau feeling sangat ni nokkkkkk!!! Selaman ...

Kan penyanyi nombor 2 ramai kot berebut gelaran tu. Takkan la ko pon masuk list Dafi oii
Quote cmf_premierleag 23-3-2023 04:47 PM
Kau tahu kenapa awal2 lps ko keluar dr AF dulu kru terus amik ko jd artis depa?
Sbb ms tu bapak ko menteri
Bukan psl ko talented pun
Sbb kru mmg dr dulu akak akui depa mmg suka amik kesempatan...laki migha pilzah tu pun buat bideo klip dan lagu dgn kru..sbb apa? Sbb dia anak menteri ms tu
Quote doridori_hi 23-3-2023 04:48 PM
[fbp]https://www.facebook.com/211591442051/posts/pfbid02Jczw8D428Yp3NdaCc1G88qdA2k62UURGCiPS64zkxsBNfGhJ9Dqw2wBM85iKnpsql/?mibextid=Nif5oz[/fbp]
Quote cmf_premierleag 23-3-2023 04:49 PM
Abang ipar ko tu pun sama nk menonggeng benefits dr pak mertua..sibuk nk suruh gomen paksa org pakai fesmask kene ada cap SIRIM
gi mampos la korang satu family
Aku pakai fesmask cap kedai Eko kedai 2 hengget jah
Quote Mulotkoyak 23-3-2023 05:12 PM
Ko mcm xtau retis dan segala produksi termasok org stesen tv akan menempel kalo ko anak muntri.... Sblm ni pun ko sendu sblm abah ko naik kan. Nyanyi pun ke laut. Rancangan ape yg ko ade pun ak xtau sbb ko memang menempek. Ko tgk siti segala pak muntri dia ok sbb nk maintain legasi dia. Hahaha. Sbb dia tau hidup ni susah kalo xbaik ngn semua org. Yg jahat pun kita kne baik. Yg baik pun kita baik. Ko bakat setaraf alip sukri tiga suku tu je.
Quote Perawankota 23-3-2023 05:14 PM
Tipulah apak tak kasik Apa2... Tak pernah LG dengar anak2 bekas PM hidup susah mcmana marhean hidup susah.. Ntah2 kat luar negara tu ada company/harta bertimbun..

Aku pernah borak dgn sorg PA/Bodyguard sorg bekas Menteri negeri.. Dia selalu cerita ulang alik sana sini sbb ada company kt luar Malaysia..
Quote likilu 23-3-2023 05:29 PM
Siti pulak benchmark dia
Padahal siti bukan anak pm pun

Tak sedar lagu ke privilege yg dapat dari dulu? Sedangkan anak muhyidin pun pernah show off movie room dalam forum satu masa dulu, last last baru forummer tahu oh anak menteri, kakak nya najwa tu, tapi no where near siti famous jugak.

Sian. Anak menteri tapi yang paling masyuk ialah menantu. Ko pi mintak job ngan abang ipar la
Quote dudaberhias 23-3-2023 05:33 PM
Ya ampunnn verangan kuat ponen vottem nih. Yih! Memang la takde sape nak bagi kau tawaran, kau nyanyi pun tak sedap! Nak bagi jadi hero drama pun patah riuk habis. Badan pun dah gundu n kertu, gitu la putaran hidup jadi retis. Masa ayah ko jadi PM, patutnya ko buka bisnes bagi ramai pakat2 serbu. tapi tu dulu la, sekarang ni takat abam top je rela serbu nak henyak ko dik.
Quote rayna_raynes 23-3-2023 05:47 PM
Begitulah lumrah hidup dik. Kau bukan takde bakat pun tapi tak reti market diri huhu
Quote Hoola 23-3-2023 05:53 PM
begitewwlah adat resam donia, dafi....
Quote ReginaGeorge 23-3-2023 05:54 PM
Masa bapak ko jadi PM ko poyo..
Quote anggeriklatifah 23-3-2023 06:00 PM
cmf_premierleag replied at 23-3-2023 04:49 PM
Abang ipar ko tu pun sama nk menonggeng benefits dr pak mertua..sibuk nk suruh gomen paksa org pakai ...

Kannnn..mcm sial jeee
Quote anggeriklatifah 23-3-2023 06:04 PM
Dafi ni buat apa sekrng..bisness tarak ada..nyanyi tarak ada...berlakon tarak ada..iklan tarak ada...jadi duta tarak ada...dia buat apa sekrng???

Npe ler kau tak sambung belajar dulu2....leh gak ada keje..
Quote lola0311 23-3-2023 06:13 PM
Mulotkoyak replied at 23-3-2023 05:12 PM
Ko mcm xtau retis dan segala produksi termasok org stesen tv akan menempel kalo ko anak muntri.... S ...

hahah nampaknsini komen post pmx . n isteri dia
Quote clarizsa 23-3-2023 06:14 PM
Pastu ?  Nak kena kesian ke apa ..
Quote AbukRokok 23-3-2023 06:15 PM
xpelah dafi atleast kesetanan kureng skit dari si bapak lembu

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.207487 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top