CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Berhari-hari Mayat Mengembung Dalam Rumah

22-3-2023 07:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10156| Komen: 2

Description: Dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia, mayat seorang lelaki ditemui di sebuah rumah di Taman Paling Jaya pada Selasa.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mama ...
Dipercayai sudah beberapa hari meninggal dunia, mayat seorang lelaki ditemui di sebuah rumah di Taman Paling Jaya pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, mangsa merupakan orang tempatan berusia 49 tahun.



Anggota bomba mengangkat mayat lelaki dipercayai telah meninggal dunia selama beberapa hari di Taman Paling Jaya pada Selasa.

Menurutnya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih diketuai komander operasi, Rozaidi Abdul Rahim ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan jam 4.09 petang.

"Sebaik tiba di lokasi, mendapati terdapat seorang lelaki terbaring di ruang tamu rumah disyaki telah meninggal dunia.

"Berdasarkan keadaan mayat yang telah mengembung, mangsa telah meninggal dunia selama beberapa hari," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, pasukan bomba membawa keluar mangsa menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.



Sumber: Sinar Harian

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 23-3-2023 09:59 AM
Diva AA kah?
Quote kerunai 23-3-2023 10:03 AM
Diva AA ke tu ?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.045150 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top