CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zahid Memang Kuat, Tapi Jangan Pandang Ringan Pada Bossku - KJ

22-3-2023 07:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10299| Komen: 6

Description: Khairy Jamaluddin tidak menyangkal kehebatan Zahid Hamidi yang mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO, namun kekuatan Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipandang ringan.“Datuk Zahid memang k ...
Khairy Jamaluddin tidak menyangkal kehebatan Zahid Hamidi yang mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO, namun kekuatan Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipandang ringan.

“Datuk Zahid memang kuat tapi jika kita tengok in detail struktur senarai MT (Ahli Majlis Kerja Tertinggi) UMNO, sebenarnya ramai penyokong tegar Bossku…Datuk Seri Najib.



YouTube

“Jangan underestimated (pandang ringan) suara di sebalik penjara sekarang ini dan pengaruh suara itu untuk menentukan masa depan UMNO,” kata Khairy Jamaluddin.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu menambah, cerita Najib yang cukup sinonim dengan gelaran ‘Bossku’ belum berakhir lagi.

“Pendengar pun nak tahu tentang apakah perancangan ‘Bossku’. ‘Bossku is not finish.

“Saya nak cakap dalam podcast ‘Keluar Sekejap’ my view, pendengar pun tahu pandangan saya selepas kekalahan 2018 berkenaan dengan ‘Bossku’.


“Namun ‘Bossku’ masih ada kekuatan yang perlu diambil kira ,” katanya dalam siaran podcast Keluar Sekejap.

Beliau bersiaran bersama Shahril Sufian Hamdan, bekas Ketua Penerangan UMNO.

Dalam perbincangannya, Khairy berkata, walaupun Zahid didakwa menguasai parti dalam keputusan Pemilihan UMNO tetapi bukan semua terutama keanggotaan MT.

“Kita ambil contoh Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Pengerusi Felcra) dia totok orang ‘Bossku’. Datuk Seri Abdul Azeez, dia kalau kerat 1001, dia orang ‘Bossku’.

“Datuk Johan (Hulu Langat) dia main player ‘Bossku’. Isham Jalil adalah bekas pegawai khas ‘Bossku’. Lokman Noor Adam yang dipecat oleh Zahid dan dibawa balik oleh Zahid adalah ‘Najib first’,” ujarnya.

Katanya, kalau ada ‘finger print’ dalam senarai pemenang dalam Pemilihan UMNO, ia bukan Zahid yang menguasai parti tersebut.



Sebaliknya, Zahid/’Bossku’, ujar bekas Ketua Pemuda UMNO itu.

“Dan masih ada harapan oleh orang-orang ‘Bossku’ sesuatu mesti dibuat oleh Zahid dan kerajaan terhadap ‘Bossku’," ujarnya.

Tambah Khairy, cerita ‘Bossku’ belum selesai. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 22-3-2023 10:44 PM
Salam KJ, rehatlah kejap ye 1 bulan wat amal ibadat. Lps raya focus blk politik. Kalo KJ bernasib baik, maybe bole jd MB Selangor under PN. Mohon KJ consider join PN dulu sblm bole kembali semula ke UMNO. Btw mmg betul senarai MKT baru UMNO mmg najib loyalist. X mustahil najib wat comeback
Quote Suchi 23-3-2023 12:20 AM
Iols lupa plak dia nih dah bkn ahli politik
Quote AbukRokok 23-3-2023 11:05 AM
ele setan..... time bosskau desperate ko menikus mcm pengecut ikut current narrative
bosskau juga yang kne counterbalik sdri

semoga kekal mereput kat hotfm sampai pencen dengan puak2 biol pagi hari
Quote Rogue98 23-3-2023 11:13 AM
Apa yg kau merepek ni KJ? Kau tak sedar ke Zahid tu walaupun presiden umno tapi dia ikut arahan Bossku. So tak payahlah kau sebok pasal diaorang n pasal umno...gi lah jilat boss baru kau tu.
Quote Rogue98 23-3-2023 11:15 AM
Saja lah tu nak melaga2 kan pemimpin2 umno...
Bila lah nak dakwa dia ni. Kes vaksin melambak kut ...tak masuk lagi masa zaman kbs....hilang 100juta
Quote lkick2113 23-3-2023 11:21 AM
AbukRokok replied at 23-3-2023 11:05 AM
ele setan..... time bosskau desperate ko menikus mcm pengecut ikut current narrative
bosskau juga ya ...

setuju dgn pandangan ko.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.048520 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top