CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Operasi TikTok Malaysia Tak Ditentukan Kerajaan

22-3-2023 06:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3472| Komen: 0

Description: Arahan pihak kerajaan tidak akan menjadi penentu kepada operasi TikTok Malaysia.Ketua dasar awam TikTok Malaysia, Hafizin Tajudin menjelaskan setakat ini tiada percubaan campur tangan dalam operasi me ...
Arahan pihak kerajaan tidak akan menjadi penentu kepada operasi TikTok Malaysia.

Ketua dasar awam TikTok Malaysia, Hafizin Tajudin menjelaskan setakat ini tiada percubaan campur tangan dalam operasi media sosial itu daripada kerajaan.


"Kami tak akan ambil arahan daripada kerajaan. Kami dipandu oleh garis panduan komuniti kami dan memiliki dasar yang tegas berkenaan hal itu (arahan kerajaan).


Reuters

"Garis panduan kami mengikut piawaian antarabangsa, bermakna kami tertakluk dengan jaminan mutu yang berkesan.

"Misalnya jika kami tidak mematuhi piawaian ini, pasukan (TikTok) global akan dapat mengesan dan menyiasatnya," katanya dalam sesi forum bertajuk “Tackling Hate Speech Online: What do we need to do legally, socially, and politically” semalam.

Mengulas lanjut, Hafizin berkata sebarang libat urus dengan Kementerian Komunikasi dan Digital dan menterinya, Fahmi Fadzil dilakukan atas kapasiti TikTok selaku pemegang taruh dalam Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Dia berkata antara aspek melibatkan kerjasama TikTok dan kerajaan adalah untuk melawan penyebaran maklumat yang salah.

Ia selepas semakin banyak kandungan provokatif dimuat naik di media sosial itu sejurus selepas PRU15, dan tidak dipadam.

"Terdapat lompong kuasa selepas pilihan raya, yang membawa kepada penyebaran kandungan berkenaan 13 Mei di platform ini.

"Adakah berlaku kealpaan di pihak kami? Saya akan jawab tidak kerana apabil kami menerima permohonan SKMM untuk turunkan kandungan, kita telah pun turunkan hampir 2,000 kandungan, kecerdasan buatan (AI) kami telah mengesan pelanggaran itu," katanya lagi.

Hafizin menegaskan TikTok berjaya menurunkan 95 peratus kandungan provokatif.

Bagi tempoh 12 hingga 18 November, sebanyak 857 video diturunkan secara automatik sementara 1,126 video lagi diturunkan antara 20 hingga 26 November oleh TikTok.

Selain video yang diturunkan secara automatik oleh sistem berdasarkan AI, Fahmi sebelum ini berkata SKMM antara 5 Disember tahun lalu hingga 1 Januari juga membuat 202 aduan kepada syarikat itu untuk menurunkan kandungan.


Sumber: MalaysiaKini

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.035846 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top