CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Roger Ng Mahu Jalani Hukuman Di 'Penjara Selebriti'

22-3-2023 06:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3441| Komen: 5

Description: Pegawai bank Goldman Sachs Group Inc. yang diadili dan dihukum dalam skandal global 1MDB, Roger Ng memohon dibenarkan menjalani hukuman penjara 10 tahun di Danbury, Connecticut, di mana pengasas hotel ...
Pegawai bank Goldman Sachs Group Inc. yang diadili dan dihukum dalam skandal global 1MDB, Roger Ng memohon dibenarkan menjalani hukuman penjara 10 tahun di Danbury, Connecticut, di mana pengasas hotel Leona Helmsley dipenjara atas kes penipuan cukai pada awal tahun 1990an.


Memetik laporan Bloomberg, Peguam Ng, Marc Agnifilo meminta Hakim Daerah AS Margo Brodie melalui surat agar beliau mencadangkan supaya 'tahap hukuman terendah mungkin' diilaksana di penjara persekutuan yang mempunyai tahap keselamatan rendah bagi anak guamnya.


CNN

Ng memerlukan rawatan kesihatan mental kerana dia mengalami gangguan stres pascatrauma selepas dipenjarakan dalam keadaan kotor di penjara Malaysia selama enam bulan sebelum diekstradisi ke AS untuk diadili, tulis Agnifilo.

Penjara persekutuan itu terletak kira-kira 90 kilometer dari bandar New York dan menjadi inspirasi untuk penjara wanita dalam 'Orange Is the New Black' di Netflix.


Antara mereka yang dipenjara di sana adalah bintang realiti TV, Teresa Giudice dan penyanyi, Lauryn Hill.

Ghislaine Maxwell juga telah meminta untuk menjalani hukuman 20 tahunnya atas pemerdagangan seks di Danbury, tetapi dia dihantar ke penjara di Florida.

Ng, 51, warganegara Malaysia, telah disabit kesalahan pada April lalu atas konspirasi untuk melanggar undang-undang anti-penyogokan AS dan terlibat dalam skim pengubahan wang haram.

Bekas Pengarah Urusan Goldman yang juga rakan konspirasi 1MDB-nya, Tim Leissner sebelum ini mengaku bersalah dan menjadi saksi utama kerajaan terhadap Ng dan dijadual dijatuhkan hukuman pada bulan September.

Pencurian berbilion dolar dari dana 1Malaysia Development Berhad dikatakan dirancang oleh usahawan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Dia dituduh membayar puluhan juta dolar kepada pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi untuk mendapatkan urus niaga bon yang diatur oleh Goldman, sambil memperoleh AS$1.42 bilion.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 22-3-2023 07:19 PM
Waahh banyak cantek muka ngkau.

Ai harap penyamun nih masuk jel yg ada geng rasis, Aryan Brotherhood cthnya - biar ko dibantai tiap2 hari.
Quote isseliparjepun 22-3-2023 08:38 PM
I salah baca as Uncle Roger pulak, itu kan Nigel Ng.
Quote kakikuDibibirmu 22-3-2023 08:39 PM
Bake with Ng Yen Yen tersenyum sinis
Quote Highflyer19 22-3-2023 09:30 PM
Roger ng, jho low, jho low2...hebat2 depa ni...terkenal seantero dunia...
Quote plywood 22-3-2023 11:11 PM
[youtube]8E8V23eihzY[/youtube]

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.045843 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top