CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Separuh Badan Hancur Budak 9 Tahun Dilenyek Trailer Ketika Pulang Dari Sekolah

22-3-2023 05:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6403| Komen: 71

Description: Perjalanan pulang dari sekolah bertukar tragedi apabila kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut digilis lori treler.Dalam kejadian di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang kira-k ...
Perjalanan pulang dari sekolah bertukar tragedi apabila kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut digilis lori treler.

Dalam kejadian di Jalan Tengah, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang kira-kira pukul 11 pagi tadi, mangsa hancur separuh badan dilenyek kenderaan berkenaan.



Utusan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada 11.25 pagi.

Beliau berkata kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

"Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.

"Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Morni berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mesmerize 22-3-2023 05:55 PM
astaghfirulahalazim.. kenapa ada gambar tu.. blur pun menyayat hati la wehh
Quote renko 22-3-2023 05:57 PM
Quote noor2 22-3-2023 05:57 PM
Ya Allah...celaka punya pemandu lori...innalillah adik
Quote prettyuglybabe 22-3-2023 06:04 PM
allahuakbar.. kasihannya adik..
dah la esok nak sambut ramadhan..
takziah buat keluarga beliau..
Quote rosmahisham 22-3-2023 06:04 PM
Innalillah

Sesungguhnya aku x kuat baca berita mcm ni..nauzubillah..semoga x terjadi dlm.
family n org sekeliling kita..ngeri..nk puasa2 ninfpt berita sedihhh..astagfirullahalaziim..salam rakziah buat fmly arwah!
Quote ilahaz 22-3-2023 06:04 PM
allahuakbar sedihnya
Quote Thunderclouds 22-3-2023 06:18 PM
Astaghfirullah...
Nape p amik gambar gitu.
Sedih makAyah arwah.
Allahuakbar.
Salam takziah.
Quote hareeeesah 22-3-2023 06:22 PM
Innalillah… nmpk oi hancur tu pilunya hati mak ayah tgk ank pergi cmtu [em:9:]
Quote shida81 22-3-2023 06:39 PM
Astaghfirullah.... Ya allah....
Quote Suchi 22-3-2023 06:44 PM
Allahuakbar kenapa ada gambar tu? Terkedu iols

Siannya dia cemana acik pengasuh terselamat ya?
Taktau apa perasaan mak bapak dia, iols lak rasa nak nangis
dia balik kafa tu kan nak blk umah pengasuh bersiap nk g sek keb plak.

Klang ni byk lori, takut iols tgk jalan raya dorang. Bahaya naik motor mmg berisiko nk kena langgar ngn lori
Quote darkness 22-3-2023 06:44 PM
Astghafirullah..mcmna boleh kena langgar? Ya Allah..sakit jiwa tgk gambar mangsa..sedih betul
Quote Suchi 22-3-2023 06:46 PM
hareeeesah replied at 22-3-2023 06:22 PM
Innalillah… nmpk oi hancur tu pilunya hati mak ayah tgk ank pergi cmtu [em:9:]

Mau pengsan mak pak dia, sungguh tak sanggup tgk jenazah anak dlm keadaan gitu
Nak peluk apa pun tak boleh dah

Quote che-cikL 22-3-2023 06:46 PM
Allahu Akbar... Kita yg naik kereta pun seram berselisih dgn lori trailer, lebih2 kan area Port Klang dengan jalan yg teruk tu. Salaam takziah kaum keluarga anak ni.
Quote dani-rox 22-3-2023 07:10 PM
Boleh tak jgn tepek gambar mayat budak tu? Wpun dah dikaburkan, masih menyedihkan dan ngeri ya. Poor baby girl
Quote hareeeesah 22-3-2023 07:14 PM
Suchi replied at 22-3-2023 06:46 PM
Mau pengsan mak pak dia, sungguh tak sanggup tgk jenazah anak dlm keadaan gitu
Nak peluk apa pun t ...

Kalau iols confirm pengsan.. Rasa kalau cmni mesti xbg tgk dh kn? Upper body yg hancur apa yg nk tgk lg..
Quote dua_chzy 22-3-2023 07:14 PM
Alaaaa tukang bukak tered pon kot ye pon kau letak la warning kat tajukkkkk
Quote LoveSungmin 22-3-2023 07:14 PM
kabur macam tak kabur.. next time tolong la letak warning kat tajuk tu
Quote mejaputih 22-3-2023 07:14 PM
Knp letak gambar arwah mcm tu? Tak hormat ke kat jenazah arwah dan family dia???
Quote Suchi 22-3-2023 07:47 PM
hareeeesah replied at 22-3-2023 07:14 PM
Kalau iols confirm pengsan.. Rasa kalau cmni mesti xbg tgk dh kn? Upper body yg hancur apa yg nk t ...

Ntahlaa tp mmg menyedihkan iols nampak
Kain hijau sek agama dia tu pun dah rasa sedih sgt.

Takleh bygkan perasaan mak pak dia, kesian anak2 berlikunya perjalanan nk menuntut ilmu.
Nyawa kat hujung tanduk jer bila berada atas jalan raya byk lori besar2 ni

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.177141 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top