CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Muka Sebijik Sama Sampai Orang Salah Sangka, Jejaka Mirip Tengku Hassanal Tular

22-3-2023 05:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4404| Komen: 16

Description: Tular di media sosial, rakaman video seorang jejaka mirip Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sedang menjamu selera di sebuah kedai makan bersama anak dan isterinya.Rakaman yang d ...
Tular di media sosial, rakaman video seorang jejaka mirip Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sedang menjamu selera di sebuah kedai makan bersama anak dan isterinya.

Rakaman yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @ShamYusof itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju muka jejaka berkenaan mirip Tengku Hassanal Ibrahim.




“Kawan saya ni, namanya Zulkifli dan memang semua orang ingat dia Tengku Mahkota Pahang,” komen pemilik akaun media sosial Nama Saya Mika.

Menurutnya lagi, Zulkifli juga pernah disangkakan Tengku Mahkota pahang ketika terlibat dalam misi banjir semasa bertugas sebagai Anggota Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Segamat,  Johor ketika singgah di kedai makan.


Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju Zulkifli dan Tengku Hassanal bersemuka suatu hari nanti.

“Apa kata suatu hari nanti, jumpakan Tengku Mahkota Pahang dan Zulkifli” komen Tweetie Izyan.

“Suruh la dia pergi melawat mana mana negara, sah orang akan ingat dia Tengku Mahkota Pahang” komen Dylazawawi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 22-3-2023 06:00 PM
Buat malu Tengku Mahkota Pahang
Quote dani-rox 22-3-2023 07:25 PM
Memandai ambik bideo muka org tanpa kebenaran. Dahlah org tu tgh makan. ko paham tak maksud privasi?
Quote Miss_LoveLeen 22-3-2023 08:06 PM
Mata tu kot. Ada la sikit
Quote kalchi 22-3-2023 08:27 PM
dani-rox replied at 22-3-2023 07:25 PM
Memandai ambik bideo muka org tanpa kebenaran. Dahlah org tu tgh makan. ko paham tak maksud privasi?

Skrg ramai org mcmni. Saja nk meraih perhatian netizen. Sikit2 amik gamba curik pastu pos kt tiktok dan twitter.
Quote whimsicalmusic 23-3-2023 05:37 AM
“Suruh la dia pergi melawat mana mana negara, sah orang akan ingat dia Tengku Mahkota Pahang”

ko ingat org luar kenal ke kerabat raja Malaysia?
Quote boongalalang 23-3-2023 05:50 AM
Sorry amek video tanpa izin????
Quote habisnamadahni 23-3-2023 06:06 AM
agak2 bini dia marah tak org videokan laki dia hihii
Quote sangbara2020 23-3-2023 08:01 AM
boleh saman x?
Quote SWORKS27 23-3-2023 08:24 AM

Boleh...tapi panjang cerita
Quote supernaturalee 23-3-2023 08:35 AM
doppelganger


Quote LadyCarefree 23-3-2023 09:36 AM
sangbara2020 replied at 23-3-2023 07:01 AM
boleh saman x?

Kat Msia ni undang2 kalau ambik gambar/video in public dan bukan guna utk jana duit basically dibenarkan. Kalau ada sebab lain bolehlah cuba saman, tapi tak mudah.

iols benci gila manusia gini. Dahtu mudah2 je sorry itu ini yg tak valid sebenarnya
Quote rosedemon 23-3-2023 10:20 AM
cuba cek dn kihkih
Quote bakingsoda 23-3-2023 10:27 AM
eh bangang mintak la izin dulu sblm post, kesian brader tu tak pasal2 viral muka. iras tu ada cuma jaw dia lebar sikit, anak jagong lebih babyfaced
Quote HabukBesi 23-3-2023 10:35 AM
sebab tu tak nak mkn luau, kang tiberr je muka diviral kan
Quote clarizsa 23-3-2023 10:56 AM
Muka sama je apa yg nak heran sangat
I je smpai skrg belum nmpk org asing yg rupa iras i
Quote kucingitam 23-3-2023 12:04 PM
kalau viral org puji hensem takpe juga, sedap sikit baca,,kalau kena kecam, face shaming? tak pasal tuan punya badan sakit jiwa, sakit mental pulak nanti.
stop la ambil video/gambar and post publicly..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.048474 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top