CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bini Nak Pergi Mcdonald's- Ramai Bengang Tengok Pemandu Parkir Di Selekoh, Kereta Belakang Nak Lalu Tak Boleh

22-3-2023 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4270| Komen: 22

Description: Seorang individu berkongsi video menyaksikan gelagat seorang pemandu yang meletakkan kenderaannya di bahu jalan sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Seorang individu berkongsi video menyaksikan gelagat seorang pemandu yang meletakkan kenderaannya di bahu jalan sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Apa yang lebih menggeramkan adalah pemandu kenderaan berkenaan berbuat demikian hanya kerana mahu singgah di sebuah restoran makanan segera!


"Kepala ho*** dia parking macam tu nak pergi McDonald's. Menyirap tengok bini dia keluar tanpa rasa bersalah tengok kereta dekat belakang," tulisnya di kapsyen.



Menerusi video berdurasi 34 saat yang dirakam kamera papan pemuka (dashcam) keretanya, individu itu memandu di belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.

Apabila tiba di satu persimpangan, individu tersebut mahu membelok ke kiri namun MPV di hadapannya, yang disangka turut mahu membelok kiri, tiba-tiba memperlahankan kenderaan dan berhenti.

Seorang penumpang wanita dalam kenderaan tersebut kemudian keluar dan terus menyeberangi jalan, dipercayai menuju sebuah restoran makanan segera.


Individu tersebut menyangka MPV itu hanya berhenti seketika untuk menurunkan wanita berkenaan, namun ternyata sangkaan tersebut meleset sama sekali.



Kenderaan MPV itu terus berada di bahu jalan, seolah-olah dia sedang berada di kotak parkir, walaupun individu berkenaan sudah membunyikan hon.

Pemandunya kemudian menyalakan lampu isyarat (signal) sebelah kiri namun tetap tidak berganjak sesudah menyedari terdapat kenderaan lain di belakangnya.

Walaupun diselubungi rasa geram ekoran sikap pemandu berkenaan yang sesuka hati memberhentikan kenderaan tengah jalan seperti sedang parkir, individu berkenaan mengambil langkah untuk mengalah dan terus berlalu.

"Mana boleh parking situ... jalanlah depan!" bebelnya sambil mengubah haluan.

Difahamkan, kejadian berlaku di Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut sama meluahkan rasa geram dengan sikap tidak bertanggungjawab pemandu MPV berkenaan.

"Kenapa tak hon? Buka tingkap, beritahu dia 'bahaya nak park sini. Kalau tersodok lagi terbang duit. Kaya tak apa... aku kedekut. Jangan susahkan orang.

"Tak ada etika... berhenti sesuka hati. Ini spesies dia nak senang, biar orang susah.

"Sodok je, tekan minyak kasi full cecah lantai.

"Kalau mood aku tak baik, memang aku hon sampai kereta depan tu bergerak," komen mereka.-CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mehmet 22-3-2023 04:58 PM
Edited by mehmet at 22-3-2023 05:01 PM

Bini OKU pan ci pap. Kenapa tak parking depan Mcd. Minta digelek ke apa.
Quote Mulotkoyak 22-3-2023 05:09 PM
Memang ramai spesis cmni kat bumi malaysia ni. Especially bangsa yg satu lg tu... Kalo ak sebut dh sah2 ak ni rasist. Tp tu laaa melayu and india pun samseng kat jalan raya dh tau bangsa Cina ni bawa kete pun mcm sakai.
Quote amefore083 22-3-2023 05:22 PM
Edited by amefore083 at 23-3-2023 12:25 PM

Your article content is extremely fascinating.Nexus Iceland Employees Login
Quote amefore083 22-3-2023 05:23 PM
Your article content is extremely fascinating.
Quote OyenLemas 22-3-2023 05:44 PM
ye mmg sakit hati org parking mcmni.
Quote renko 22-3-2023 05:59 PM
bodoh babi dia ni
Quote prettyuglybabe 22-3-2023 06:06 PM
ini desa pandan
Quote rosedemon 23-3-2023 10:19 AM
kah selfish mmpos
Quote shernazz 23-3-2023 11:32 AM
Kat sekolah Kafa ada parents mcm ni
Nak jugak parking depan Pagar pastu tengah jalan
Orang hon2.dia buat tak Tau je tunggu anak depan Pagar..siap keluar okeh.
Kete tinggal je situ..
Cm.hanat...
Quote malarky 23-6-2023 04:38 PM
macam siaran ulangan je ni.... ke aku yang dejavu
Quote otai_g 23-6-2023 09:11 PM
Tu manusia sialan namanya. Elok bg makan racun je. Hidup pun menyusahkan masyarakat nak buat apa.
Quote sharlenetexas 23-6-2023 09:16 PM
Mcm nmpk kedai farith ismeth. Jual apa kat situ?


Quote adamsmithly 27-6-2023 11:21 AM
Many thanks for the excellent assistance that was focused on achieving results. I won't give it a second thought before recommending this blog content to anyone who is interested. and has a need for assistance in this area.
Quote ctaz 27-6-2023 02:15 PM
bagi je no plat tu kat JPJ/polis
Quote myfordbenefits 21-7-2023 01:44 AM
ITU BARU DAN MEMANG MEMALUKAN!!myfordbenefitS
Quote resseglobal 27-7-2023 10:53 PM
That is what I was looking for, what information, present here at this site!


Quote jerrymark 29-7-2023 08:17 PM
Indeed, Malaysia is home to a great diversity of species of this. In particular, that one particular race... If I understand this correctly, I am a racist. However, even Malay and Indian people are known to be violent on the road since they are aware that Chinese people are the ones who brought them there in such a state.  receiptify                                               
                                               

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.061093 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top