View: 4834|Reply: 23
|
Bini Nak Pergi Mcdonald's- Ramai Bengang Tengok Pemandu Parkir Di Selekoh, Kereta Belakang Nak Lalu Tak Boleh
[Copy link]
|
|
Seorang individu berkongsi video menyaksikan gelagat seorang pemandu yang meletakkan kenderaannya di bahu jalan sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Apa yang lebih menggeramkan adalah pemandu kenderaan berkenaan berbuat demikian hanya kerana mahu singgah di sebuah restoran makanan segera!
"Kepala ho*** dia parking macam tu nak pergi McDonald's. Menyirap tengok bini dia keluar tanpa rasa bersalah tengok kereta dekat belakang," tulisnya di kapsyen.
Menerusi video berdurasi 34 saat yang dirakam kamera papan pemuka (dashcam) keretanya, individu itu memandu di belakang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.
Apabila tiba di satu persimpangan, individu tersebut mahu membelok ke kiri namun MPV di hadapannya, yang disangka turut mahu membelok kiri, tiba-tiba memperlahankan kenderaan dan berhenti.
Seorang penumpang wanita dalam kenderaan tersebut kemudian keluar dan terus menyeberangi jalan, dipercayai menuju sebuah restoran makanan segera.
Individu tersebut menyangka MPV itu hanya berhenti seketika untuk menurunkan wanita berkenaan, namun ternyata sangkaan tersebut meleset sama sekali.
Kenderaan MPV itu terus berada di bahu jalan, seolah-olah dia sedang berada di kotak parkir, walaupun individu berkenaan sudah membunyikan hon.
Pemandunya kemudian menyalakan lampu isyarat (signal) sebelah kiri namun tetap tidak berganjak sesudah menyedari terdapat kenderaan lain di belakangnya.
Walaupun diselubungi rasa geram ekoran sikap pemandu berkenaan yang sesuka hati memberhentikan kenderaan tengah jalan seperti sedang parkir, individu berkenaan mengambil langkah untuk mengalah dan terus berlalu.
"Mana boleh parking situ... jalanlah depan!" bebelnya sambil mengubah haluan.
Difahamkan, kejadian berlaku di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya turut sama meluahkan rasa geram dengan sikap tidak bertanggungjawab pemandu MPV berkenaan.
"Kenapa tak hon? Buka tingkap, beritahu dia 'bahaya nak park sini. Kalau tersodok lagi terbang duit. Kaya tak apa... aku kedekut. Jangan susahkan orang.
"Tak ada etika... berhenti sesuka hati. Ini spesies dia nak senang, biar orang susah.
"Sodok je, tekan minyak kasi full cecah lantai.
"Kalau mood aku tak baik, memang aku hon sampai kereta depan tu bergerak," komen mereka.-CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mehmet at 22-3-2023 05:01 PM
Bini OKU pan ci pap. Kenapa tak parking depan Mcd. Minta digelek ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang ramai spesis cmni kat bumi malaysia ni. Especially bangsa yg satu lg tu... Kalo ak sebut dh sah2 ak ni rasist. Tp tu laaa melayu and india pun samseng kat jalan raya dh tau bangsa Cina ni bawa kete pun mcm sakai. |
|
|
|
|
|
|
|
Your article content is extremely fascinating. |
|
|
|
|
|
|
|
ye mmg sakit hati org parking mcmni. |
|
|
|
|
|
|
|
ini desa pandan |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sekolah Kafa ada parents mcm ni
Nak jugak parking depan Pagar pastu tengah jalan
Orang hon2.dia buat tak Tau je tunggu anak depan Pagar..siap keluar okeh.
Kete tinggal je situ..
Cm.hanat... |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
macam siaran ulangan je ni.... ke aku yang dejavu |
|
|
|
|
|
|
|
Note: Thread has been banned by manager
|
|
|
|
|
|
|
Tu manusia sialan namanya. Elok bg makan racun je. Hidup pun menyusahkan masyarakat nak buat apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm nmpk kedai farith ismeth. Jual apa kat situ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Many thanks for the excellent assistance that was focused on achieving results. I won't give it a second thought before recommending this blog content to anyone who is interested. and has a need for assistance in this area. |
|
|
|
|
|
|
|
bagi je no plat tu kat JPJ/polis |
|
|
|
|
|
|
|
That is what I was looking for, what information, present here at this site!
|
|
|
|
|
|
|
|
Indeed, Malaysia is home to a great diversity of species of this. In particular, that one particular race... If I understand this correctly, I am a racist. However, even Malay and Indian people are known to be violent on the road since they are aware that Chinese people are the ones who brought them there in such a state. receiptify
|
|
|
|
|
|
|
| |
|