CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Licik, Cuba Seludup 1,500 Liter Minyak Diesel Bersubsidi Guna Lori

22-3-2023 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3688| Komen: 1

Description: JOHOR BAHRU – Polis berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket penyeludupan minyak diesel selepas merampas 1,500 liter minyak bersubsidi itu di kawasan Perindustrian Pasir Gudang, semalam.
JOHOR BAHRU – Polis berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket penyeludupan minyak diesel selepas merampas 1,500 liter minyak bersubsidi itu di kawasan Perindustrian Pasir Gudang, semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, rampasan itu dibuat susulan penahanan sebuah lori oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 kira-kira pukul 1.30 petang.


Beliau berkata, polis turut menahan seorang pemandu lori iaitu lelaki tempatan berusia 60 tahun.


Foto: Kosmo

“PPM Wilayah 2 mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di kawasan perindustrian berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori terbabit mendapati terdapat dua tangki yang disyaki mengandungi minyak diesel bersubsidi yang dianggarkan sebanyak 1,500 liter.

“Susulan itu, polis menahan pemandu lori warga emas dan merampas kesemua barang dan peralatan terbabit termasuk lori yang dianggarkan bernilai RM26,725,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Antara barangan yang dirampas ialah dua tangki plastik, sebuah pam minyak, telefon bimbit dan lori jenis Daihatsu.

Katanya, hasil semakan mendapati pemandu lori tersebut tidak mempunyai rekod lampau. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 23-3-2023 10:16 AM
macam2 cara nak cari duit dekkkkk

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.039972 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top