CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3650|Reply: 1

Pemandu Licik, Cuba Seludup 1,500 Liter Minyak Diesel Bersubsidi Guna Lori

[Copy link]
Post time 22-3-2023 01:48 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU – Polis berjaya melumpuhkan kegiatan sindiket penyeludupan minyak diesel selepas merampas 1,500 liter minyak bersubsidi itu di kawasan Perindustrian Pasir Gudang, semalam.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, rampasan itu dibuat susulan penahanan sebuah lori oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 kira-kira pukul 1.30 petang.


Beliau berkata, polis turut menahan seorang pemandu lori iaitu lelaki tempatan berusia 60 tahun.




Foto: Kosmo




“PPM Wilayah 2 mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan di kawasan perindustrian berkenaan.


“Hasil pemeriksaan ke atas lori terbabit mendapati terdapat dua tangki yang disyaki mengandungi minyak diesel bersubsidi yang dianggarkan sebanyak 1,500 liter.


“Susulan itu, polis menahan pemandu lori warga emas dan merampas kesemua barang dan peralatan terbabit termasuk lori yang dianggarkan bernilai RM26,725,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Antara barangan yang dirampas ialah dua tangki plastik, sebuah pam minyak, telefon bimbit dan lori jenis Daihatsu.


Katanya, hasil semakan mendapati pemandu lori tersebut tidak mempunyai rekod lampau. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 10:16 AM | Show all posts
macam2 cara nak cari duit dekkkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.370394 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list