CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Billionaire Muda Britain Peluk Islam, Terpesona Dengar Ibu Rakan Mengucap Syahadah

21-3-2023 06:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15892| Komen: 28

Description: Orang sekeliling dan para pengikut terkejut apabila Alfred William Best, salah seorang pemuda terkaya di Britain mengucap dua kalimah syahadah.
Orang sekeliling dan para pengikut terkejut apabila Alfred William Best, salah seorang pemuda terkaya di Britain mengucap dua kalimah syahadah.

Alfred, 25, atau lebih dikenali sebagai Alfie Best Jr merupakan anak kepada seorang usahawan berjaya dan tersohor, Alfie Best Sr yang mempunyai nilai kekayaan £700 juta, menurut Sunday Times Rich List.


Bapanya memiliki taman residensi terbesar di Eropah, Wyldecrest Parks.


Foto: IG

Empayarnya kini bernilai kira-kira £1.2 bilion dan dia tinggal di rumah agam bernilai £6 juta di Surrey.

Alfie yang dilahirkan pada 22 Mei 1997 di Redbridge, London, baru-baru ini memutuskan menjadi seorang Muslim dengan cara yang cukup menarik dan alasannya memeluk Islam juga membuatkan orang ramai berasa kagum

Beberapa bulan lalu, dia berkongsi gambar di dalam masjid dengan kapsyen: "Allah memberi petunjuk, tiada siapa yang boleh menyesatkan. Barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka tidak ada yang dapat memberi petunjuk."


Bercerita mengenai permulaan penghijrahannya, Alfie berkata ketika sedang bercuti dengan rakan-rakannya menaiki helikopter, ibu salah seorang daripada mereka mahu memeluk Islam .

Semasa wanita itu ingin mengucapkan kalimah syahadah, mereka pergi ke masjid di London dan di situlah dia dapat merasakan terdapat kekuatan luar biasa besar sehingga mahu menerima Islam dalam hidupnya.



Sebelum ini Alfie adalah penganut agama Kristian namun kurang taat dengan perintah agama yang dianutnya itu. Dalam menjalani kehidupan, dia seperti kehilangan arah dan tidak mendapat bimbingan khusus.

"Dulu saya non-Muslim. Tak terlalu taat walaupun ada agama. Saya berasa ada sesuatu yang hilang dan tak pernah rasa ada orang yang dapat menasihati mengenai apa yang harus dan tidak boleh dilakukan, serta memberi bimbingan hidup yang nyata," kata Alfie, memetik saluran YouTube Osman Lion.

Pertama kali menjejakkan kaki ke masjid dan menyaksikan ibu rakannya mengucap dua kalimah syahadah, sejak saat itu Alfie mula tertarik mempelajari Islam.

"Saya pergi ke masjid sekali dengan salah seorang teman dan ibunya mengucapkan syahadah, dan saya masuk (ke masjid itu). Saya sangat berfikiran terbuka dan sebenarnya sangat tertarik dengan keseluruhan tentang Islam," jelasnya.

Afie berkata, dia berasa tertarik apabila Islam melibatkan Tuhan dalam segenap aspek kehidupan dan menjadi pembimbing umat manusia sehingga memimpin umatnya ke jalan benar.


Ketika menyaksikan ibu rakannya mengucap dan memasuki masjid, Alfie merasakan satu ketenangan yang pertama kali dirasakannya. Perasaan itulah yang selama ini dicari.

"Saya menyaksikan ibu kepada rakan mengucapkan syahadah dan saya merasakan sesuatu di masjid yang belum pernah saya rasakan di tempat lain. Saya fikir mungkin ini adalah sesuatu yang hilang," ujarnya.

Alfie terus mengambil kitab suci Al-Quran dan terus berusaha memahaminya. Daripada apa yang dipelajari, dia semakin sedar betapa agama Islam selalu membimbing umatnya menjadi manusia yang baik.

Dia juga mula menunaikan solat dan mengakui banyak manfaat yang diperolehinya. Ketenangan fikiran, hati, serta kebahagiaan yang selama ini dicari ternyata diperolehi apabila dia sembahyang.

Baginya, dia berasa aneh apabila solat sentiasa menenangkan hati dan perasaannya ketika jiwanya tidak tenang.


"Saya rasa sangat selesa bangun pagi dan berdoa (solat Subuh) itu menghilangkan stres. Ketika bekerja siang hingga malam, saya tidak dapat menjelaskannya, tapi setelah solat seperti lega, seperti telah menyelesaikan sesuatu yang penting. Saat mengalami kecemasan, setelah solat rasanya menjadi tenang lagi," kata Alfie.

Mengenai latar belakang dirinya, bisnes pertama Alfie adalah menjual gula-gula di sekolah dan kemudian membekalkan peralatan pejabat.

Meningkat remaja, dia mula menganjurkan pesta untuk pelancong, sebelum membeli kelab malamnya sendiri.

Dia kemudian menjual kelab malamnya untuk membeli sebuah taman pada usia 17 tahun sekali gus menjadi pemilik taman termuda di negaranya.

Dia pernah memberitahu BQ Live: "Saya mahu menjadi pemilik taman terbesar di Eropah.

"Bekerja untuk diri sendiri, anda tidak memerlukan kelayakan, anda hanya perlu mahu melakukannya."

Apabila tidak sibuk menguruskan taman, Alfie menceburkan diri dalam sukan tinju. -CARI

Sumber: mStar/Muslim Mirror

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 21-3-2023 06:49 PM
Suka sgt tgk kisah2 non muslim convert to muslim ni...
Quote acik79 21-3-2023 07:09 PM
noor2 replied at 21-3-2023 06:49 PM
Suka sgt tgk kisah2 non muslim convert to muslim ni...

Ye kan? Hanya orang2 yang terpilih mendapat hidayah Allah.
Quote margo20 21-3-2023 07:14 PM
Baguslah Tgk bdn pun clean takde tattoo
Quote Farnor 21-3-2023 07:59 PM
Hebat percaturan dn planning Allah pd org yg mendapt hidayah.
Quote adiwarna 21-3-2023 08:11 PM
Alhamdulillah....skrg dunia barat dah ramai yg jadi lebih spiritual, malangnya di timur, spirituality berkurangan, lebih gilakan duit dan keduniaan berlebih2an....
Quote kakikuDibibirmu 21-3-2023 08:18 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 21-3-2023 08:19 PM

Ujung-ujung syahadahnya ada sambungan wa asyhadu anna 'Ali waliyullah! Adik Tony Blaire tersenyum sinis mamluke ugama Islam Syiah sujud atas batu Karbalak!
Quote kakikuDibibirmu 21-3-2023 08:43 PM
Edited by kakikuDibibirmu at 21-3-2023 08:45 PM

I bear witness that there is no God except Allah but bears don't have arms...



[youtube]SByG7JlEOpA[/youtube]
Quote blue_blur 21-3-2023 09:29 PM
pure brit + taat agama sebelum nya, rezeki nya boleh dapat lihat perbezaan, dan lebih menghayati agama baru nya..
Quote hyie 21-3-2023 09:36 PM
meols pernah tengok secara live kat masjid, orang africa ni dia convert masuk Islam. rupanya cuma mengucap je uols. Ingatkan ada banyak steps itu ini bagai. Lepas mengucap tu macam ok dah habis sekian diorang macam peluk2 laga pipi gitu je la, sebab lepas tu ada ceramah agama
Quote noor2 21-3-2023 09:43 PM
acik79 replied at 21-3-2023 07:09 PM
Ye kan? Hanya orang2 yang terpilih mendapat hidayah Allah.


Pada i...org yg masuk islam ni sebab mereka sendiri yg mencari kebenaran...jdnya org yg dapat hidayah ni adalah sebab diri mereka sendiri yg mencari kebenaran....
Quote naina 21-3-2023 11:21 PM
hyie: meols pernah tengok secara liv ...


Maksud chuols step yang bagaimana?
Quote naina 21-3-2023 11:22 PM
Oh keindahan Islam
Dia pun nampak bersih dan kemas je orangnya
Quote rogayahtop 22-3-2023 01:16 AM
Alhamdulillah. Spirituality ni personal journey masing2. kat tiktok tu ada sorang akak baru je revert, ada anjing, ramai jugak dok komen napa bela anjing dlm rumah malaikat tak masuk.

bukan semua org bertuah mcm melayu isle ni lahir2 dah cop isle.
Quote FOTHER-MUCKER 22-3-2023 01:28 AM
Boleh lah nanti cari wanita melayu
Quote esbok 22-3-2023 09:29 AM
hyie replied at 21-3-2023 09:36 PM
meols pernah tengok secara live kat masjid, orang africa ni dia convert masuk Islam. rupanya cuma me ...

Islam ni, pegang rukun iman dan rukun islam
Rukun Iman
  • Percaya kepada Allah
  • Percaya kepada Malaikat-Malaikat
  • Percaya kepada Kitab-Kitab
  • Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
  • Percaya kepada Hari Akhirat
  • Percaya kepada Qada' dan Qadar


" Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa': 136)[2]


Rukun Islam
  • Mengucapkan dua kalimah syahadah dan menunaikan Haknya.
  • Menunaikan solat fardhu lima waktu
  • Berpuasa pada bulan Ramadan
  • Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
  • Mengerjakan Haji bagi mereka yang mampu




Quote MissYouSayang 22-3-2023 09:41 AM
Si afie ni single lagi ke nok bcoz iols bersedia nak membimbing ciknek ni ke jalan yg benar
Quote TomyamPuteh 22-3-2023 09:44 AM
Yg sekor kt atas tu menggelupor dh nape?
Quote lyshafull 22-3-2023 10:05 AM
Semoga istiqamah
Quote zonan4 22-3-2023 10:16 AM
hyie replied at 21-3-2023 09:36 PM
meols pernah tengok secara live kat masjid, orang africa ni dia convert masuk Islam. rupanya cuma me ...

selalunya ada orang akan tolong guide mualaf selepas convert to Islam....

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.059568 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top