CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laman Sesawang, Saluran Media Korea Utara Alami Gangguan 'Misteri'

21-3-2023 06:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13443| Komen: 0

Description: Laman sesawang beberapa pertubuhan utama Korea Utara termasuk saluran media negara dan kementerian luar mengalami gangguan pada pagi Selasa atas sebab yang tidak diketahui.Gambar hiasanAgensi Berita Y ...
Laman sesawang beberapa pertubuhan utama Korea Utara termasuk saluran media negara dan kementerian luar mengalami gangguan pada pagi Selasa atas sebab yang tidak diketahui.


Gambar hiasan


Agensi Berita Yonhap melaporkan, setakat 9 pagi hari ini, pautan ke nama domain Korea Utara yang berakhir dengan ".kp", seperti Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) dan akhbar utama Rodong Sinmun tidak dapat diakses.

Punca sebenar masalah itu belum dapat disahkan.

Pada Januari 2022, laman sesawang utama Korea Utara dilaporkan mengalami masalah yang sama yang disyaki disebabkan oleh serangan "penafian perkhidmatan" yang menyaksikan sambungan Internet Korea Utara terputus selama kira-kira enam jam.


Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.075675 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top