CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemilik Restoran Dikecam, Malukan Pelanggan Tua Hanya Sebab Tak Pesan Minuman

21-3-2023 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13563| Komen: 10

Description: Seorang pemilik restoran dikatakan cuba memalukan seorang pelanggan secara terbuka di media sosial hanya kerana tidak memesan minuman.
Seorang pemilik restoran dikatakan cuba memalukan seorang pelanggan secara terbuka di media sosial hanya kerana tidak memesan minuman.

“Jika lelaki ini mahu terkenal, mari kita ‘bantu’ dia,” katanya selepas memuat naik foto pelanggan warga emas itu di Facebook.


Tindakan pemilik restoran di Georgetown, Pulau Pinang itu sebaliknya menerima kecaman.

Difahamkan, pelanggan tersebut tidak memesan sebarang minuman mahupun membayar caj RM1 yang dikenakan kepada mereka yang tidak berbuat demikian.

Gambar Hiasan

Namun, warganet tidak berdiam diri terhadap percubaan pemilik itu yang dianggap mahu mengaibkan lelaki tua berkenaan secara terbuka.

Penilaian ulasan Google kedai kopi itu turun kepada 1.3 bintang daripada 4.2 bintang.

Kemarahan orang ramai dalam talian nampaknya tidak menjejaskan perniagaannya kerana semakan pada pagi 21 Mac menunjukkan ia penuh dengan pelanggan.


Pemilik restoran, Ben Lim, 46, berkata adalah tidak benar dia akan menutup perniagaan untuk selamanya disebabkan insiden itu.

Katanya, dia telah menyahaktifkan laman Facebooknya selepas memohon maaf kepada lelaki itu dan orang ramai secara menyeluruh.

Dalam pada itu, dia juga berkata akaun palsu telah memuat naik tinjauan pendapat di Facebook, mengatakan kedai kopi itu akan ditutup jika tinjauan itu mendapat 10,000 tanda suka. - CARI

Sumber: The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 21-3-2023 06:03 PM
pelanggan datang order makan saja dan tak pesan minuman kah?
kenapa tak pesan minum kena bayar rm1?
Quote matamata 21-3-2023 06:09 PM
Air margin untung tinggi
Quote PULANGKAN 21-3-2023 06:22 PM
biaso ler rakyat Malaysia. lagi orang kecam, viral, lagi diorang terhegeh-hegeh nak pegi

lama2 tempat yang kena kecam, yang orang benci, jadi laku kayo-rayo. beratur tiap hari

sama ler macam so called founder produk sampah, bisnes sana-sini. buat benda bodo asal viral, orang kecam, tapi sales makin naik

pastu sok lusa, sihir ler, santau ler
macam2 tanam kat kedai tu

template malaysian
Quote rogayahtop 21-3-2023 06:26 PM
duduk tak order apa2 langsung kut.  Kalau dah meja kedai pun tak banyak org dtg nak makan takda seat mmg tokey kedai mengamuk la. skrg ni restoran indoor kalau shoplot tu muat brp pun meja. ni ramai duduk berejam2 time peak hour tak order air tak order makanan mengadap tv takpun wifi mmg la kena sembur. [em:3:]

Akak pun dah brp kali jumpa jantan mintak duit mintak belanja makan mintak nescafe laki akak pulak jenis kesian tp dah meminta2 pandai order yg mahal2 je pulak tu.
Quote sarahmirza 21-3-2023 06:41 PM
rogayahtop replied at 21-3-2023 06:26 PM
duduk tak order apa2 langsung kut.  Kalau dah meja kedai pun tak banyak org dtg nak makan takda seat ...

Mungkin restoren ala2 food court tu.... Owner business air je.. Uncle order makan je, tu yg owner bengang agaknya...
I pun kadang tak order air bila makan kt restoren... Sbb i biasa bawa bekal air masak ke mana2...
Quote VirginLady 21-3-2023 08:00 PM
taklah aku dah tengok kat fb, sapa makan saja order sanalah tp x order air dia charge rm1...

chinese fudkot
Quote Skuau 21-3-2023 08:49 PM
x order minum pung kena bayor rm1 ka??? PBT bagi/lulus lesen depa niaga lagu ni ka??????
Quote kemaruk 21-3-2023 08:55 PM
Kenakan cover charge macam dalam pub
Quote kaedahnya 21-3-2023 10:46 PM
teruknya caj rm1 kalau tak order air. boleh report ke kementerian hal ehwal pengguna ke kalau macam ni?
Quote prettyuglybabe 22-3-2023 10:45 AM
i tak suka foodcourt yang jenis kalau duduk area tu, kena order gerai air area tu juga..
suka hati la i nak duduk mana order air kedai mana pun..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.153617 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top