CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Gaji RM800, Isteri Hidap Penyakit Kulit- Tujuh Anak Tak Kisah Makan Lauk Ikan Masin Je

21-3-2023 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5107| Komen: 43

Description: Gombak: "Saya dan suami sudah didik anak sejak kecil, jadi mereka faham, tak meminta dan makan apa yang ada walaupun hidangkan ikan masin," kata ibu tujuh anak, Norzaidah Abdul Rahman.
Gombak: "Saya dan suami sudah didik anak sejak kecil, jadi mereka faham, tak meminta dan makan apa yang ada walaupun hidangkan ikan masin," kata ibu tujuh anak, Norzaidah Abdul Rahman.

Norzaidah, 37, yang juga suri rumah dan mempunyai masalah benjolan kulit di seluruh badan kini bergantung hidup kepada suaminya, Che Wan Suhaimi Che Wan Salim, 43, yang bekerja sebagai pemandu van ambulans klinik kesihatan di Universiti Islam Antarabangsa, di sini.


Biarpun dikurniakan anak yang ramai namun Norzaidah tidak pernah berasa terbeban walaupun pendapatan bulanan suaminya hanya RM800.


Foto: Harian Metro

Dia juga bersyukur kerana dapat menetap di rumah pusaka yang menjadi tempatnya sekeluarga berteduh.

"Alhamdulillah, anak semua sihat, yang sulung berusia 16 tahun manakala bongsu berumur lapan bulan.

"Mereka sudah biasa jalani hidup sederhana dan tak pernah sekali pun merungut atau minta sesuatu di luar kemampuan.


"Buka puasa pun selalunya di rumah saja yang mana saya masak untuk mereka. Ada rezeki lebih, baru beli makanan di bazar Ramadan, itu pun tunggu suami dapat gaji," katanya ketika ditemui di Program Simbolik Bantuan Ramadan dan Hari Raya di Dewan Kolej Vokasional Gombak, di sini, hari ini.

Program itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor Mohd Sabirin Mohd Sarbini yang dihadiri 150 asnaf serta fakir miskin.

Mengenai penyakit kulitnya, Norzaidah berkata, ia berpunca akibat masalah genetik kerana ibu dan tiga adik-beradiknya juga mengalami masalah sama.

Bagaimanapun Norzaidah tidak berasa rendah diri sebaliknya menerima kekurangan diri dengan lapang dada.

"Sejak lahir lagi saya ada masalah kulit, jadi tiada apa yang nak disedihkan. Lagipun ada ahli keluarga lain juga begitu dan saya anggap ini semua ketentuan.

"Syukur anak semuanya normal malah setakat ini, saya tidak pernah lagi dihina atau dicemuh orang sekeliling

"Doktor pernah syorkan buat pembedahan tetapi saya belum fikir ke arah itu dan selesa begini," katanya yang turut bergantung dengan bantuan RM700 sumbangan Lembaga Zakat Selangor kepada suaminya yang diterima sejak lebih 10 tahun lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hasniey 21-3-2023 04:30 PM
Gaji rm800 bawa ambulans?bukan gaji min slrg rm1100 ke
Quote dua_chzy 21-3-2023 04:35 PM
Akak suka attitude yang buat pis tu. Taktala adik beradik lain, muka/mata macam exhausted dengan kehidupan, heols sorang ja nampak muka positif bersemangat. You'll be someone dek.
Quote _blackbird 21-3-2023 04:35 PM
hasniey replied at 21-3-2023 08:30 AM
Gaji rm800 bawa ambulans?bukan gaji min slrg rm1100 ke

gaji bersih la kot, lepas potong apa2 yg patut
Quote supernaturalee 21-3-2023 04:36 PM
hasniey replied at 21-3-2023 04:30 PM
Gaji rm800 bawa ambulans?bukan gaji min slrg rm1100 ke

rm1,500 kan?

yg thread pg tadi umur 34 anak 8
yg sulung sama gak umur 16
bongsu x smpi setahun

jaga jari jgn nk taip lebih2





Quote jas7512 21-3-2023 04:38 PM
Dah rahu semikin..knp beranak ramai...x reti control lu ounya bebird maa
Quote noorhairiahma 21-3-2023 04:44 PM
jas7512 replied at 21-3-2023 04:38 PM
Dah rahu semikin..knp beranak ramai...x reti control lu ounya bebird maa

rejeki anak katanya
Quote prettyuglybabe 21-3-2023 04:44 PM
macam tipu je gaji rm800..
kalau betul gaji rm800 gigih jugak nak beranak sampai 7..
Quote white_musk 21-3-2023 04:51 PM
Sewa rumah berapa RM?
Quote VespaSilbe 21-3-2023 04:54 PM
Baju sorang sepasang RM 50 x 9
Kalau iols nasi kosong je lah
Quote prince_marhaen 21-3-2023 04:58 PM
Dalam pada gaji rendah dan ada penyakit kulit pun tetap ONZ ye konsepnya.........................
Quote Samerosie 21-3-2023 04:58 PM
Gaji husband RM800+RM700 (zakat since 10 tahun).   
Quote scidbu 21-3-2023 05:04 PM
white_musk: Sewa rumah berapa RM?


Menetap di rumah pusaka...
Quote bakingsoda 21-3-2023 05:10 PM
pandai didik anak suruh redho makan ikan masin, laki bini bila pulak nak didik diri sendiri pakai kondom?!
Quote Lagubestbest 21-3-2023 05:15 PM
hasniey replied at 21-3-2023 04:30 PM
Gaji rm800 bawa ambulans?bukan gaji min slrg rm1100 ke

eh? bukan minimum gaji RM1500 ke skrg?
Quote Orix 21-3-2023 05:16 PM
yg ko gigih hadap kerja gaji rm800 tu dh kenapa ??? iols kerja part time tahun 2012 pun gaji rm800 yach 8jam jah sehari
Quote ifanonline 21-3-2023 05:23 PM
anak adalah rezeki...tetapi lelaki2 malaysia amalkan juga masturbasi/toceng/melancap sekali sekala...tidak salah niat utk family planning
Quote pooh~key 21-3-2023 05:28 PM
dua_chzy replied at 21-3-2023 04:35 PM
Akak suka attitude yang buat pis tu. Taktala adik beradik lain, muka/mata macam exhausted dengan keh ...

In psychological point of view, that could be the sign of ‘tired’ living a life sis.
Quote Jitu 21-3-2023 05:51 PM
wah ikan masin sedap jugak tu
kena pulak ada ulam, mkn ramai2 best la
Quote Carcosa 21-3-2023 05:55 PM
Bang, cukupkan 8 org anak bang.
Baru ong. Gaji RM800, anak 8 orang.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.050487 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top