CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kena Reject Dengan Bakal Mentua Sebab Jadi Penjual Ikan Laga, Lelaki Bangga Kini Dah Jadi Polis

21-3-2023 04:15 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3397| Komen: 8

Description: JAKARTA: Kisah lamaran kahwin seorang lelaki yang ditolak oleh ibu bapa teman wanitanya hanya kerana bekerja sebagai penjual ikan laga, menjadi tular di laman media sosial.
JAKARTA: Kisah lamaran kahwin seorang lelaki yang ditolak oleh ibu bapa teman wanitanya hanya kerana bekerja sebagai penjual ikan laga, menjadi tular di laman media sosial.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya `membalas’ penolakan itu dengan kini berkhidmat sebagai anggota polis.


Lapor wolipop.detik.com, Ananda Rafi menjadi terkenal sekelip mata di Indonesia selepas memuat naik video menceritakan kisah kehidupannya menerusi akaun @anandarafiofficial di TikTok.            


Foto: Wolipop

Menerusi rakaman itu, Ananda menasihati orang ramai sekiranya sudah mempunyai impian, anda perlu berusaha ke arah mengejar impian hingga berjaya.

“Semua orang layak mempunyai impian dan berhak mengejar impian tersendiri mereka.

“Malah, jangan takut untuk bermimpi, sememangnya ia terjadi ketika tidur tetapi apabila anda bangun, bekerja keras menjadikan impian anda menjadi kenyataan,” katanya. 


Dalam rakaman itu, Ananda turut berkongsi sekeping gambar lama dirinya ketika masih menjual ikan laga pada tahun 2018.

Menurut Ananda, ketika itu, dia tidak mendapat restu daripada ibu bapa teman wanitanya untuk berkahwin kerana bekerja sebagai penjual ikan.

Jelasnya, kata-kata ibu bapa bekas kekasihnya menyebabkan dia mengejar impiannya untuk menjadi anggota polis.   

Malah, Ananda turut mengakui bekas teman wanita menghubunginya semula dan memintanya datang ke rumah untuk berjumpa dengan ibu bapanya selepas menjadi polis.

Selain itu, Ananda juga memuat naik rakaman dan gambar mengenakan pakaian seragam polis semasa menjalankan tugasan.  -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote che-cikL 21-3-2023 04:20 PM
Apa yg SEMASAnya isu Indon ni?
Quote Supersirap 21-3-2023 05:25 PM
Tahniah diucapkan
Quote Kurex 21-3-2023 07:49 PM
Ada gambar shirtless tak?
Quote zuuu 21-3-2023 08:01 PM
Ko cari pompuan lain jelah dik,takut nanti ada laki lain yg lebih kaya nak kat pompuan tu terus ko kena reject wat kali kedua,move on dik ko pon ada rupa jugak,confirm boleh dapat girlfriend baru
Quote pooh~key 21-3-2023 08:03 PM
Akak syak dubur heshe berbau sambal ayam penyet sis.
Quote PULANGKAN 21-3-2023 08:57 PM
bosan la cerita dari seberang ni

memang keje editor ni kopi pes je ke
Quote lotusteratai 22-3-2023 08:18 AM
klu tak kena reject, tak dpt la jd pak polisi kan..ada hikmah la kena reject
Quote doridori_hi 24-3-2023 03:03 AM
Ada sebab lah tu kena reject, stengah family mmg cerewet bab jodoh nih, move on je dikk

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.211696 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top