CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Sulung Zainal Abidin Hassan Enggan Lepaskan Isteri, Syarat Nak Cerai Tak Boleh Tuntut Nafkah Idah, Harta Sepencarian, Nafkah Tertunggak

21-3-2023 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13349| Komen: 125

Description: Anak sulung kepada bekas jurulaih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Mohd Zaiza meletakkan empat syarat terhadap isterinya jika dia tetap mahu menuntut penceraian.
Anak sulung kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Mohd Zaiza meletakkan empat syarat terhadap isterinya jika dia tetap mahu menuntut penceraian.

Perkara itu didedahkan Suzur Sofia Smeth Jaya, 32, dengan berkata, empat syarat tersebut ialah dia tidak boleh menuntut nafkah idah, harta sepencarian dan nafkah tertunggak terhadap dua anak mereka serta perbelanjaan anak-anak perlu ditanggung bersama.


"Syarat itu juga termasuklah saya tidak boleh menuntut nafkah anak-anak sekiranya kami bercerai," katanya kepada mStar.


Foto: mStar

Dalam pada itu, Suzur Sofia memberitahu proses pertemuan menerusi Jawatan Kuasa Pendamai (JPK) di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Selasa menemui jalan buntu apabila Zaiza tetap dengan pendirian enggan menceraikannya.

Dakwa Sofia, suaminya itu dilihat sengaja mahu menyiksa dirinya dengan memanjangkan kes tersebut selain meletakkan syarat tidak masuk akal sekiranya mahu dilepaskan.


"Kalau hubungan ini tidak boleh diperbaiki, kenapa seksa saya? lebih baik lepaskan (cerai) sahaja. Selama lebih tiga bulan proses cerai, saya tidak lihat pun dia berubah menjadi lebih baik. Sekiranya ada perubahan mungkin hati saya terbuka untuk kembali bersama.

"Daripada kita membazir wang dan masa dengan kes mahkamah, lebih baik selesaikan cepat dan sama-sama fokus membesarkan anak-anak.

"Saya nampak dia sengaja mahu lengahkan kes ini. Dia pun pernah cakap nak gantung saya tak bertali," dakwanya.

Sementara itu, Sofia berkata, dia bakal memfailkan kes di mahkamah selepas mendakwa dipukul Zaiza dalam satu kejadian pada 24 Februari lalu.

Kejadian itu kata Sofia membuatkan dia berasa takut apabila Zaiza perlu ada bersama sekiranya dia ingin bertemu dengan anak-anak memandangkan ketika ini mereka berada bawah jagaan suaminya.

"Sekarang ini saya nak jumpa anak pun jadi takut sebab dia perlu ada bersama. Dia menyukarkan keadaan... boleh sahaja bawa anak-anak jumpa di mall atau tempat awam tetapi dia tetap mahu datang ke rumah. Hari ini pun dia janji nak bawa anak-anak ke mahkamah tetapi gagal berbuat demikian," ujarnya.

Sofia juga turut meluahkan rasa kesal apabila Zaiza membuat permohonan hadanah (hak penjagaan anak) sedangkan suaminya itu tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga.

Untuk rekod Sofia dan Zaiza mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2016 dan mereka dikurniakan doa orang cahaya mata iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana yang berusia dua tahun.

Pada 5 Januari lalu Sofia yang merupakan seorang pramugari memfailkan permohonan cerai terhadap Zaiza dan kes mereka akan kembali dibicarakan pada 10 Mei ini. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 21-3-2023 05:23 PM
kesiannya la kat anak²
yg lakinya apesal buat gitu..pompuan tu mualaf ke?
Quote Suchi 21-3-2023 05:24 PM
Penatnya nak baca kisah2 camni
Kesian org single mesti takut nak berumahtangga
Quote hyie 21-3-2023 05:28 PM
airmineral replied at 21-3-2023 05:23 PM
kesiannya la kat anak²
yg lakinya apesal buat gitu..pompuan tu mualaf ke?

tak silap ya, mualaf dari sabah.
Quote nolya 21-3-2023 05:31 PM
Apakah mahkamah syariah tidak boleh buat ape2 bagi membantu isteri yg teraniaya spt Sofia ni. Soal memberi nafkah anak2 adalah tanggungjawab seorang bapa samada sbg ketua keluarga atau setelah bercerai.  Jika bercerai, anak tetap anak yg wajib dinafkahi shnga anak dewasa dan boleh menyara diri. Begitu juga dgn hutang nafkah yg tertuggak, kenapa dijadikan syarat utuk bercerai. Betul2 selfish dn pentingkan diri dn memberi syarat yg menyusahkan.  Mahkamah syariah perlu semak dn beri keadilan seadil2nya kpd Sofia. Dgn sikapnya yg spt itu, akan adakah kelak wanita lain sanggup menjadi isterinya.
Quote krustykrab 21-3-2023 05:34 PM
Hati mu gelap segelap kulitmu.
Quote makita 21-3-2023 05:39 PM
Mamat ni x sedar ke selagi dia jadi suami dan x jlnkan tgjwb...dia timbun dosa? Kalau x mampu nal jadi suami yg reti tgjwb, cerai je la. Ringan sikt beban dosa....kot tahu la apa erti dosa.
Quote dua_chzy 21-3-2023 05:40 PM
Apa punya sial syarat sebegini sis? So mahkamah terima saja ka walau dah sah2 bertentangan dengan hukum?
Quote dua_chzy 21-3-2023 05:41 PM
Urang2 Mahkamah Syariah ini memang jenis malas berfikir ka apa sis?
Quote lattehazelnut 21-3-2023 05:42 PM
nolya replied at 21-3-2023 05:31 PM
Apakah mahkamah syariah tidak boleh buat ape2 bagi membantu isteri yg teraniaya spt Sofia ni. Soal m ...

Xboleh suami always right walaupun perempuan tu menderita n separuh mati..

No doubt dia akan kawin lg ramai je perempuan sanggup..
Dgn harapan perangai suami berubah..
Quote prettyuglybabe 21-3-2023 05:53 PM
muka pun takde nur..
Quote ninja boy 21-3-2023 06:03 PM
Islam itu sampai bagi wang 1 juta bagi 1 rumah  bagi 1 kereta  1 motor 1 kebun kepada suami  baru boleh cerai gituh kah
Quote nolya 21-3-2023 06:03 PM
lattehazelnut replied at 21-3-2023 05:42 PM
Xboleh suami always right walaupun perempuan tu menderita n separuh mati..

No doubt dia akan kawi ...

Kenapa pulak tak boleh?  Apakah mahkamaha syariah tak ada hakim wanita yg lebih memahi persoalan lantas ikut memberi keadilan. Nafkah tertunggak dn nafkah anak adalah hak isteri d anak2.  Bagaimaa kecuaian perkara begitu harus dibiarkan.  Jika kekal dlm perkahwinan, penganiayaan berterusan: nafkah isteri dn anak2 terus diabaikan.  Bagaimana mahkamah boleh biarkan perkara begitu tanpa memberi pembelaan. Or at least Sofia boleh tuntut fasakh dn mahkamah boleh memutuskan. Pengakuan 'suami always right' dah tak boleh dipegang lagi zmn kini kerana umum pun tau betapa ramai dah suami yg tak berkualiti.
Quote awanearisu 21-3-2023 06:04 PM
Mengapa mahkamah tidak meletakkan syarat, tidak boleh memberi syarat-syarat yang bertentangan dengan hukum agama?
Bukankah nafkah bapa itu wajib?
Quote tikusmontok 21-3-2023 06:06 PM
Setajah semah tanak komen ke
Quote alesandra 21-3-2023 06:12 PM
Suruh mak si itam ngajar yg zalim buat bini ,menantu dia gitu.jgn tau ganyang madu tgh2 mlm buta je
Quote mizzmimi 21-3-2023 06:22 PM
Sangkak sangat ke sampai perbelanjaan anak pun kena tanggung bersama?

But wait and see inside story lah. Rasanya maybe ada plot twist ni.
Quote Perwira2022 21-3-2023 06:24 PM
Mesti kelakar seram kalau rumah depa blackout
Quote lasagnaklcc 21-3-2023 06:30 PM
Mmg sengkek sbb tak kerja kan. Pandai pulak dia fikir syarat2 mcm tu, ikhtiar cari duit taknak.
Quote sarahmirza 21-3-2023 06:35 PM
Nampak sangat jahil...
Mana boleh nafkah anak jadik syarat cerai talak....
Yang isterinya pun..... Tau tak ada cerai fasakh? Fail je cerai fasakh sbb suami tak bagi nafkah...

Lihat semua komen(125)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.058074 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top