CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Individu Fitnah Uqasha Senrose Pembuli Tampil Minta Maaf "Saya Pernah Bergaduh Dengan Adik Dia"

21-3-2023 03:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5275| Komen: 17

Description: Uqasha Senrose memuat naik hantaran seorang individu membuat permohonan maaf secara terbuka yang mengatakan dirinya seorang pembuli dan gangster.
Uqasha Senrose memuat naik hantaran seorang individu membuat permohonan maaf secara terbuka yang mengatakan dirinya seorang pembuli dan gangster.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Uqasha mengetahui perkara tersebut apabila ada seseorang yang mendedahkan mesej peribadi individu itu kepadanya.


Foto: IG

Di dalam mesej tersebut, individu berkenaan turut menggunakan nama Tuhan untuk membuatkan orang percaya dengan kenyataan yang mengatakan Uqasha seorang pembuli.

“Dia telah menyebarkan aib yang mengatakan saya gangster dan pembuli kepada seseorang di direct message (dm) dan dm tu dapat pada saya.

“Punya dia nak buat orang percaya saya gangster dia siap cakap demi Allah,” katanya.




Namun, individu tersebut telah tampil membuat pengakuan dan permohonan maaf kepadanya melalui video.

Menurutnya, puncanya adalah dia pernah bergaduh dengan adik kepada Uqasha dan seterusnya menghakimi seorang kakak yang hanya membela adiknya, seorang gangster.



“Assalamualaikum saya Nadia Rosli ingin membuat pengakuan bahawa saya telah mengatakan Uqasha Senrose seorang yang gangster, seorang pembuli. Saya ingin menarik semula segala kata-kata saya.

“Dia sebenarnya bukanlah seorang pembuli atau gangster tapi cuma saya pernah bergaduh dengan adik dia dan dia cuba untuk mempertahankan adiknya.

“Saya disini dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada Uqasha Senrose kerana telah mengaitkan nama dia di dalam hal ini. Saya sekali lagi meminta maaf,” ujarnya.


Tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut, Uqasha terima permohonan maaf daripadanya.

“Takpe saya dah maafkan awak jugak,” tulisnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuliana29 21-3-2023 03:51 PM
ok case close..
Quote KamikuP 21-3-2023 04:14 PM
Si Nadia ni ke yg budak twidder tu noks?
Quote _blackbird 21-3-2023 04:26 PM
nadia ni siapa pula. bukan yg budak twitter tu atikah zawani?
Quote prettyuglybabe 21-3-2023 04:39 PM
kan.. mana datang pulak nadia ni..
Quote telracs 21-3-2023 04:47 PM
Takde duit nak bayar saman, kenalah minta maaf...
Tapi, tu laaa...
Nama lain yang buka cerita... nama lain pulak yang minta maaf...
Pelik betul dunia ni...
Quote akuHavocczz 21-3-2023 04:50 PM
Rasanya ni orang lain pulak kot. dia tahu uqasha cakap nak ambil action. Dia risau lantas membuat permohonan maaf walaupun orang tengah bercakap pasal atikah zawani
Quote mizruncing 21-3-2023 05:24 PM
bukan zawani ke
Quote doubleA 21-3-2023 06:16 PM
Menangguk di air keruh lagi
Quote lotusteratai 21-3-2023 06:22 PM
ni case lain la kiranya bukan yg twitter
Quote KirazMevsimi 21-3-2023 06:42 PM
oo ni kes baru

kes daripada twitter hari tu, apa berita setakat ni?
Quote jambatannetizen 21-3-2023 06:45 PM
Boleh tak aku nak kata sebenarnya case ni wujud sbb nak alih kan pandangan kes psl KA kena pukul?????
Quote rayna_raynes 21-3-2023 07:59 PM
jambatannetizen replied at 21-3-2023 06:45 PM
Boleh tak aku nak kata sebenarnya case ni wujud sbb nak alih kan pandangan kes psl KA kena pukul???? ...

Kenapa pulak kena alih? Bukan ada apa2 yang sinister di sebaliknya pun. Classic case of delusional fans je.


Kes ni mula pun sebab org yg ada beef dengan uqasha pergi tweet gitu sebab nak lepaskan geram dan dendam yang berbuku
Dia seronok bila tengok uqasha ditimpa musibah, so indirectly nak cakap padan muka


Quote rogayahtop 22-3-2023 12:15 AM
dah tua dah masing2 bawak2 la beristighfar sebelum tweet gapo2 nak bergaduh2.
Quote jambatannetizen 22-3-2023 12:20 AM
rayna_raynes replied at 21-3-2023 07:59 PM
Kenapa pulak kena alih? Bukan ada apa2 yang sinister di sebaliknya pun. Classic case of delusional ...

Sbb aku tgk tenggelam terus kes tu.
Quote dudaberhias 22-3-2023 12:26 AM
ya ampun ni pompuan mana plak si ungka buli ni???

memang the glory betul si ungka...

patut la laki kena hempuk... patutnya ko yang kena hempuk... kamal tu record clean kot...

lepas satu... satu mangsa keluar... tup tup minta maaf tiba2...
Quote Nurkaseh01 22-3-2023 12:36 AM
Dia ni sape pulak yang kt twt tu nama dia zawani rasanya
Quote Rogue98 22-3-2023 12:41 AM
Lerrrr....apasal semua nak gaduh ni...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.053160 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top