CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Isteri Derhaka? Kita Tengok Sahaja Apa Permainan Syamsul, Sekarang Saya Sibuk Cari Duit Sendiri"-Puteri Sarah

21-3-2023 03:59 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 9741| Komen: 76|Original author: Saiful

Description: Puteri Sarah berlapang dada dan sedia berjuang berhubung tuntutan nusyuz yang dikatakan bakal difailkan suaminya ,Syamsul Yusof hari ini.
Puteri Sarah berlapang dada dan sedia berjuang berhubung tuntutan nusyuz yang dikatakan bakal difailkan suaminya ,Syamsul Yusof hari ini.

Kata Sarah dia tidak tahu-menahu tentang tuntutan yang bakal dilakukan Syamsul namun sedia terus berjuang demi nasibnya sebagai seorang isteri.


Foto: IG

“Saya pun tak tahu apa-apa. Tunggu sahajalah apa tindakan dan dakwaan dia petang nanti.

“Nak kata saya isteri derhaka apa semua, saya tak boleh komen panjang. Kita tunggu apa dia nak buat selepas ini sebab sekarang saya sedang sibuk bekerja (shooting) cari duit sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online.



Katanya lagi, lawan tetap lawan dan dia akan terus berjuang mempertahankan nasibnya sebagai seorang isteri.


“Selepas apa yang berlaku petang ini, baru saya akan buka mulut. Buat masa sekarang, kita tengok sahaja apa permainan dia.

“Minta doakan semua urusan dipermudahkan dan semoga keadilan berpihak kepada mereka yang berhak dan benar,” katanya lagi.

Difahamkan, petang ini, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof akan memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah, 38.

Terdahulu, Syamsul, 39, enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah, baru-baru ini.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Kemelut rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak kepada Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara tersebut.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul akhirnya mengotakan janji apabila ‘meletak titik noktah’ berkaitan teka-teki hubungannya dengan Ira Kazar, apabila mengakui sudah menikahi wanita itu di Thailand. – CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 21-3-2023 04:01 PM
detik hati meols berkata si bingit ni pandai main politik kat rumah..
sampai abis mertua side dgn sheols.. skit x side dgn anak sendiri..
Quote oklatu85 21-3-2023 04:03 PM
beta_carotene replied at 21-3-2023 04:01 PM
detik hati meols berkata si bingit ni pandai main politik kat rumah..
sampai abis mertua side dgn sh ...

dah kalau menantu kena pukul, kena abaiyg kita tengok depan mata sendiri
sampai hati lagi ke nak sebelahkan anak sendiri yg salah
Quote doubleA 21-3-2023 04:09 PM
Ni la bukti laki jadikan isteri musuh. Depa punya lawan macam pasangan tu musuh. Takut kena claim harta sepencarian ke, toksah cakap siapa betul salah sebab obviously dua2 salah, dan dua2 ego kelangit. IK senyum sinis
Quote _blackbird 21-3-2023 04:19 PM
tu lah ps, siapa soh ko tak failkan dulu laki ko nusyuz, kan dah terkejut.

entah siapa yg nusyuz, ku tak tahu....
Quote Nur_happy 21-3-2023 04:20 PM
PS rileks je sbb dia dh agaknya kot kekejian ini.. apelah sgt nk compare dgn ape yg dia dh kena sblum ni
Quote Hypothetically 21-3-2023 04:22 PM
Edited by Hypothetically at 21-3-2023 04:23 PM

Nusyuz celah mana kalau sampai makpak sendiri kena ambil tgjawab jaga anak menantu tu pelawa tinggal di rumah mereka. Entah mereka jugalah yg akan jadi saksi utama kat mahkamah utk menantu nanti sapa tau. So sori tok sop no matter how much i respect u for standing up to the truth, aku tak mampu nak sokong apa2 ttg anak lelaki ko.
Quote Chah21 21-3-2023 04:23 PM
beta_carotene replied at 21-3-2023 04:01 PM
detik hati meols berkata si bingit ni pandai main politik kat rumah..
sampai abis mertua side dgn sh ...

Klu dh ank u jahat nk masuk side ank..hurm kira dato datin ok jgk la tlg cover ank dia masa ps nk cerai beberapa taun lepas ,,ada jgk la pujuk nk suruh bg peluang.. mkcik i ,menantu buat salah sikit dh suruh ank dia tuntut cerai punya la side ank walaupun terang2 ank salah dulu
Quote Kerusijati 21-3-2023 04:23 PM
Sedih lak aku rasa as pompuan..terbatasnya la kita ni..klau dah x boleh nk tgok lagi muka laki ..x sanggup dah nk pegang status wife..lepaskan ajela.buat apa nk seksa lg
Si jantan nk berskandal sekejap aje org lupa bila dia dah nikah dgn sundal dia
Quote tulip-rain 21-3-2023 04:27 PM
Kerusijati replied at 21-3-2023 04:23 PM
Sedih lak aku rasa as pompuan..terbatasnya la kita ni..klau dah x boleh nk tgok lagi muka laki ..x s ...

Betul tu.

**Aduii tertekan report pulak. Sorry.
Quote ayukpingu 21-3-2023 04:30 PM
Kerusijati replied at 21-3-2023 08:23 AM
Sedih lak aku rasa as pompuan..terbatasnya la kita ni..klau dah x boleh nk tgok lagi muka laki ..x s ...

the main reason dia tanak ceraikan ps bukan sebab masih sayang or ada sinar kan?

ada motif tersendiri jugak la sol ni. sebab tanak tuntutan harta oleh PS.

Hopefully ps fight habis2an dengan lelaki tak guna mcm ni. isteri sendiri dijadikan musuh. dah la datang tangan, torture emosi lagi. huhh
Quote Suchi 21-3-2023 04:34 PM
Kerusijati replied at 21-3-2023 04:23 PM
Sedih lak aku rasa as pompuan..terbatasnya la kita ni..klau dah x boleh nk tgok lagi muka laki ..x s ...

Begitulaaa..
Takpelaa pastinya berita ni menggembirakan ramai lelaki2 kat luar sana
Dorang benci gila2 PS, bimbang bini memasing yg lemah dan dengar kata akan bangkit melawan bila ditindas dek laki
Quote Rogue98 21-3-2023 04:35 PM
sebab PS dah cakap dia di kasari samdol tu kan...so terpaksa lah samdol failkan nusyuz...tu lah alasan dia nanti kalau kes pukul pulak naik. Samdol nak protect diri sendiri jer tu...dah kalut. DD dah boleh jadi saksi kes pukul nanti....
Quote emera 21-3-2023 04:40 PM
Knp jantan dayus boleh sesuka hati fail nusyuz tp bini x boleh tuntut jantan dayus tu jd jantan bertanggungjawab, tak curang dgn betina lain, x block wasap etc etc etc?? Ini tidak adil! Kalau aku jd sarah, aku tuntut tunjuk sbb knp jantan dayus abaikan family.
Quote dewi_rina 21-3-2023 04:48 PM
Ok dah boleh buat group wasap isteri2 nusyuz, pagi td D, ni ps
Quote shinyoung 21-3-2023 05:00 PM
Kerusijati replied at 21-3-2023 04:23 PM
Sedih lak aku rasa as pompuan..terbatasnya la kita ni..klau dah x boleh nk tgok lagi muka laki ..x s ...

Iya.. I pn sedih mengenang nasib isteri.. Skg ni kita mgkn x diduga dgn dugaan suami buat hal, de ppuan lain, mendadih or abaikan tggjwb.. Andai kata one day kita, kawan2 or family kita diduga situasi mcmni mcmna kita nk advise, nk bertindak..huhu..

Semua xmemihak kepada isteri.. Takdir isteri ni kn redha, telan, hadap, menyerah, diperbodohkan je ke..kn pukul pn redha, suami tggl bertahun pn kn redha je, suami mendadih pn redha, suami biawak hidup pn kn redha..

Blh bygkn betapa serabut nya PS selagi bnda ni tergantung.. Moga allah bkkkan jalan n permudahkan urusan dia..
Quote missHaidiD 21-3-2023 05:08 PM
Aku benci org yg sokong ank kalau ank buat salah. Aku kalau abg2 aku buat hal mak aku bekap mmg aku bebel sampai mak aku uturn gi marah abg aku balik

Ank2 pun aku dr awl da bgtau lelaki kena kerja. Kena pndai cari duit.nti nk kasi ank bini makn. Kalau bini tanggung nti bini maki hamun sumpah ko. Aku tak suka org sumpah ank aku. Rasa tak bole jgn kawen. Jgn aniaya ank org

Mmg  sial jntan aniaya bini cmni. Sol takut sarah tuntut abis2. Silap2 lpas ni sol tuntut ank pulak. Yela tak nk sarah tuntut bahagian ank
Tak mustahil sol akn buat cmni.
Quote missHaidiD 21-3-2023 05:09 PM
shinyoung replied at 21-3-2023 05:00 PM
Iya.. I pn sedih mengenang nasib isteri.. Skg ni kita mgkn x diduga dgn dugaan suami buat hal, de  ...

Kdg2 i doa jntan2 yg sebelah sol kt pesbuk tu moga ada org terdekat dia merasai yg sama dpt jntan taguna
Quote Incanto 21-3-2023 05:15 PM
ayukpingu replied at 21-3-2023 04:30 PM
the main reason dia tanak ceraikan ps bukan sebab masih sayang or ada sinar kan?

ada motif tersen ...

dia nak menyusahkan hidup PS
aku rasa sol sakit hati juga sbb mak dia backing PS kaw kaw





Quote razzia 21-3-2023 05:16 PM
sol dh mula komen ,di katanya bininya masih contact bg lama pulak.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.084780 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top