CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Teringat Diri Sendiri Bukan Dari Keluarga Senang, Khai Bahar Nak Kongsi Rezeki Dengan Insan Memerlukan

21-3-2023 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1836| Komen: 1

Description: "Saya teringat diri sendiri yang bukan datang daripada keluarga senang. Jadi, dengan rezeki yang saya dapat, saya mahu kongsi dengan insan memerlukan."Demikian luah penyanyi, Khai Bahar yang sentiasa ...
"Saya teringat diri sendiri yang bukan datang daripada keluarga senang. Jadi, dengan rezeki yang saya dapat, saya mahu kongsi dengan insan memerlukan."

Demikian luah penyanyi, Khai Bahar yang sentiasa ingin berbakti kepada pelbagai golongan kurang bernasib baik terutama anak yatim piatu.



IG

"Untuk buat kebaikan tidak perlu bayaran daripada orang lain. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara secara percuma. Kalau tak mampu membantu dalam bentuk kewangan, boleh guna pelbagai cara seperti memupuk kesedaran awam untuk terus berbuat baik," katanya.

Terbaharu Khai bekerjasama dengan Xutfilm Studio selaku penganjur untuk membantu rumah kebajikan Raudhatul Al Faeez sempena Ramadan ini. Rumah itu dihuni anak asnaf, yatim piatu dan miskin seramai 30 orang.

Penyanyi Luluh itu bukan tidak biasa terbabit aktiviti amal kebajikan begitu. Tapi, dia secara peribadi tersentuh hati dengan kisah duka yang menimpa rumah kebajikan terbabit.


"Sebenarnya sudah beberapa kali saya jayakan program seperti ini. Tetapi, kalau boleh, saya tidak mahu kira sebab untuk buat baik tidak perlu diukur dengan jumlah.

"Untuk Raudhatul Al Faeez, pastinya bantuan amat diperlukan dan saya sangat berharap program itu mampu meringankan beban mereka," katanya.

Rumah yang mulanya ditubuhkan pada 17 Julai 2010, di Gombak, Selangor itu ditimpa musibah kebakaran tidak lama dulu. Kemudian penghuninya dipindahkan di rumah teres di Taman Lembah Keramat, Kuala Lumpur.


IG

Menurut pengasas rumah kebajikan itu, Zahrina Saat, dia sangat gembira apabila dipilih penganjur untuk dibantu program berkenaan. Bahkan, menurutnya anak-anak di rumah itu memang sangat inginkan Khai turut dipilih menjayakannya.

Majlis Berbuka Puasa bersama Khai Bahar meraikan anak yatim dan miskin Raudhatul Al Faeez itu akan berlangsung pada 14 April depan bermula jam 5.30 petang di Grand Barakah Hotel, Ampang, di sini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 21-3-2023 03:17 PM
Baru perasan gigi dia dah cantik

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.164271 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top