CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Madu Izreen Azminda, Intan Saleh Dipertikai Duduk Di Kuarters Kerajaan "Tak Cukup Duit, Hujung-Hujung Salahkan Suami, Contoh"

21-3-2023 02:47 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 14761| Komen: 69|Original author: Saiful

Description: Bekas madu Izreen Azminda, Intan Saleh dipertikai sebab duduk di kuarters kerajaan.
Bekas madu Izreen Azminda, Intan Saleh dipertikai sebab duduk di kuarters kerajaan.

Di Instagram Story, Intan menjawab persoalan dan menjelaskan mereka sekeluarga memilih untuk berjimat cermat daripada perlu membayar sewa rumah yang mencecah ribuan ringgit.


Foto: IG

“Kenapa bonda duduk kuarters kerajaan ya? Hm salah ke duduk kuarters? Kalau nak tahu Bonda lagi happy tau bila dapat duduk sini. Sebab apa? Sebabnya kami lagi jimat. Dah bertahun Bonda menyewa bayar mahal-mahal rasa rugi yang amat.

“Kami hidup berserdahana janji bahagia, selesa anak-beranak. Zaman sekarang bukan macam dulu, semua mahal-mahal. Sewa rumah pun mahal, tak rasa rugi ke sewa beribu tiap bulan?

“Bila cukup bulan nak bayar macam-macam sampai terbeban punya la nak tunjuk yang kita ni berduit. Kami fikir tak nak bayar rumah mahal-mahal melainkan rumah sendiri,” tulisnya.




Bagaimanapun dia tak menafikan mahu menetap di rumah yang lebih besar namun dalam masa yang sama tidak mahu menambah beban keluarga.

“Macam kami tak ada pun nak tunjuk dekat sesiapa atau bersaing dengan sesiapa. Alhamdulillah, cukup makan tempat tinggal syukur bagi kami.. Duit lebih tu kami lebihkan tempat lain. Eh memang syukur laa.

“Tak perlu nak pertikaikan kenapa duduk kuarters. Contoh eh tak semestinya duduk kuarters, flat tak ada duit. Kadang orang yang duduk rumah ini la berlebih-lebih duit. Betul tak? (Random).



“Siapa je tak nak duduk rumah besar lagi selesa betul tak? Tapi ini pilihan kami sebab jimat dan bajet-bajet. Ikut kemampuan kami tak nak komitmen yang besar.

“Nak ikutkan banyak je kehendak tapi nanti hujung-hujung kita salahkan laki kita la kita kena kerja keras la kita cerita kat orang yang kita bayar itu ini sebab suami tak mampu ikut kehendak kita. Kan aib suami..  Betul tak? Ni contoh tau."



Sebelum ini, nama Intan hangat menjadi bualan selepas mendedahkan menerima surat tuntutan daripada bekas suami, Ude Wahid dan isterinya, aktres Izreen Azminda. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonela 21-3-2023 02:54 PM
Tentu jering rasa trigger baca post Intan ni.. Rasa macam Intan mengata dia.. Sewa rumah beribu sebulan....wakakakakaka
Quote SherryZass 21-3-2023 02:55 PM
Lah aku fikirkan, ex-madu dia, jering, yg pertikaikan. Ok, noted.
Quote noell 21-3-2023 02:59 PM
esok2 tuh ada la org yg trigger bergasak lagi laaaaa kesian jahlop dah tak naik takhta porem cari dh tenggelam abeh
Quote awex^returns 21-3-2023 03:01 PM
jering je yang bodoh sewa rumah ribu riban, deko ribu riban semata² nak menunjuk
tapi deko kampungan tak menarik langsung perabot nampak murahan
kah kah kah

itu je standard jering, murahan
Quote rje 21-3-2023 03:01 PM
jap lagi ada la up igs perli perli
Quote emera 21-3-2023 03:01 PM
Mesti jering tgh ketap bibir tersakiti mcm org gila.
Quote MisXoXo 21-3-2023 03:04 PM
Bkn senang nk dpt kuarters..dia dpt wehh..bgs intan..luas sama ja mcm umah lama..jd enjoy ja kuarters..jimaattt terlebihhh..baru brp ratus tp umah sama sewa seribu lebih. Bijak intan
Quote syamzana 21-3-2023 03:04 PM
yg tanya soalan tu pun. lantak la dia nak dok mana pun dah itu yg laki dia mampu.
dah org tu explain pnjg lebar....pastu ada org trigger...pastu bergasak kat ig...pastu saman menyaman...sampai sudahhhh laa forumer  cari nak kene update cite depa
Quote kakasotong2 21-3-2023 03:09 PM
Betullah apa Intan cakap tu, kena kat diri dia sendiri, tapi dlm masa yg sama tepat juga mengena Jering. Bulls eye terus Intan bagi

Deco rumah kemain biasa xmcm gaya dgn title retis tp menunjuk bangga bukan main hari2 kt ig. Kalau dapur dgn bilik dia tu meols tengok dah serupa kedai Acheh, bersusun2 tinggi, bergantung2 kt dinding. Kalau boleh semua barang rumah nk tunjuk kt orang buat tontonan. Kalau bawang rempah boleh gantung kt dinding lama dh agaknya si Jering ni buat
Quote darkness 21-3-2023 03:11 PM
Ishh ok la duk rumah kerajaan. Jimat pun jimat..
Quote namieamuro 21-3-2023 03:12 PM
jap lagi ade yg trigger nak mampus dalam porum ni dgn jawapan intan yg dikatekan b*tch itu
Quote namieamuro 21-3-2023 03:14 PM
kakasotong2 replied at 21-3-2023 03:09 PM
Betullah apa Intan cakap tu, kena kat diri dia sendiri, tapi dlm masa yg sama tepat juga mengena Jer ...

ramai jugak geng ngate deko ex madu intan deko kedai

rajin sheols kumpol habuk2. stok sabun bbw pun abes tersusun kt meja solek. tggu la anak bujang kcik dtg 'mengemas'
Quote kakasotong2 21-3-2023 03:15 PM
Btw nampak cantik kuarters kerajaan yg Intan duduk tu, mesti kuaters baru. Sementara kuarters baru helok cantik ni, rebut & duduklah. Biasanya kuarters kerajaan ni xkekal lama cantiknya, xde penyelenggaraan rutin, xlama lagi buruk la kuarters tu & akhirnya ditinggalkan. Selagi kuarters tu dalam keadaan baik, duduklah. Boleh slow2 kumpul duit beli rumah lain nnt sementara menunggu kuarters dah buruk.
Quote elnor_81 21-3-2023 03:15 PM
Duduk bandar bsr, baik amik kuarters. Jimat. Klo KL tu sewa dh la mahal. Umah kecik je. Baik amik kuarters, ptg elaun rumah+half COLA je. Bru 450. Bsr pun bsr rumahnya.dr menyewa 700-1000 utk umah flat/apartment 850kaki.persegi
Quote kakasotong2 21-3-2023 03:20 PM
namieamuro replied at 21-3-2023 03:14 PM
ramai jugak geng ngate deko ex madu intan deko kedai

rajin sheols kumpol habuk2. stok  ...

Memang hauk yach deco dia. Meols perasan sejak dr rumah lama sheols lg. Tengok dapor sheols bukan main pprt susunan tinggi menggunong ibarat banjaran titiwangsahhh. Sheols rasa rumah sheols dah cukup kemas bila buat mcm tu bersusun-susun padahal tetap nampak serabut. Kemas yg menyerabutkan kepala otak ada la
Quote asfaz 21-3-2023 03:27 PM
kakasotong2 replied at 21-3-2023 03:09 PM
Betullah apa Intan cakap tu, kena kat diri dia sendiri, tapi dlm masa yg sama tepat juga mengena Jer ...

Kaka ngata deko dia nnti dia up kena rajin..macam deko meja solek..hahaha
Quote missHaidiD 21-3-2023 03:33 PM
Aku myampah kt jering.tp ko pun jgn kaitkan la post yg takde kena mgena dgn dia.Buat dia kena maki buat apa. Dpt apa?

Saja nk buat acik porum.tmbh dosa kan
Quote missHaidiD 21-3-2023 03:35 PM
Rajin eh acik porum stalk umah jering. Aku follow pun tak. Koserr

Jering takde aura yg bole buat aku nk stalk dia
Quote kitaserupaaa 21-3-2023 03:38 PM
Mmg jimat dok kuarters. Apartment pun rasanya paling kecik 1000sqft. Kalau gred EO, layak dapat kuarters rumah teres. Kalau level pegawai, dok kuarters apartment / teres pun tolak rm500++ je. Bila rumah rosak, call je maintenance. Tak yah bayar cukai taksiran juge

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.062483 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top