CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Tak Mampu, Jangan Paksa Anak Untuk Jaga Ibu Bapa Tua

21-3-2023 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2622| Komen: 6

Description: Baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengumumkan akan menggubal Akta Warga Emas untuk melindungi kebajikan golongan itu sebagai persediaan mencapai status negara tua ...
Dipetik daripada Utusan Online

SAUDARA PENGARANG,

Baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengumumkan akan menggubal Akta Warga Emas untuk melindungi kebajikan golongan itu sebagai persediaan mencapai status negara tua pada 2030.


Berdasarkan unjuran data Jabatan Perangkaan, sebanyak 15.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini berusia 60 tahun dan ke atas pada 2030.


Foto: Utusan

Ia bermakna populasi warga emas ketika itu akan menjangkau 5.8 juta orang daripada keseluruhan 38.1 juta jumlah penduduk negara.

Oleh itu, penggubalan akta khusus untuk warga emas ini dilihat sebagai langkah positif bersifat holistik untuk melindungi golongan tersebut.

Antara kandungan akta berkenaan adalah melindungi kebajikan dan hak asasi warga emas, memperkasakan ahli keluarga dan komuniti, mewujudkan sistem sokongan yang kuat untuk warga emas dan mewujudkan sistem sokongan kukuh bagi penjaga.


Pada masa sama, kementerian itu akan meneliti kesesuaian dikenakan tindakan terhadap anak-anak yang tidak bertanggungjawab kepada ibu bapa dalam akta tersebut bagi memastikan kesedaran masyarakat umum tentang kepentingan menjaga warga emas meningkat.

Walaupun niat di sebalik penggubalan akta ini boleh dianggap baik, terdapat beberapa masalah dari segi pelaksanaannya.

Secara khusus, cadangan memaksa anak-anak untuk menjaga ibu bapa sendiri kemungkinan membawa beberapa masalah tidak dijangka.

Sebagai negara yang mempunyai nilai-nilai ketimuran, tanggungjawab menjaga ibu bapa yang tua dianggap sesuatu kebiasaan.

Namun, memandangkan keadaan ekonomi sebahagian besar rakyat, boleh dikatakan mustahil bagi anak-anak untuk menanggung tanggungjawab menjaga ibu bapa sepenuhnya.

Dibimbangi peruntukan tersebut hanya akan menyusahkan anak-anak yang sedang menghadapi cabaran untuk melangsungkan kehidupan sendiri, apatah lagi menanggung kehidupan ibu bapa mereka.

Tambahan pula, kita perlu mengambil kira situasi di mana sesetengah anak yang mungkin membesar dalam rumah tangga yang tidak selamat sehingga dia perlu mencapai kemandirian dari segi kewangan untuk melarikan diri daripada ibu bapa yang menderanya.

Tindakan memaksa anak untuk terus berurusan dengan penderanya adalah langkah tidak wajar.

Dalam pada itu, menjaga warga yang semakin hari semakin tua bukanlah tanggungjawab individu, malah merupakan tanggungjawab bersama masyarakat.

Kerajaan harus menginsafi­ hal ini dan merangka seterusnya melaksanakan langkah-langkah komprehensif sebaik-baiknya untuk menjaga kebajikan warga emas.

Lebih-lebih lagi kita harus sedar bahawa tindakan membebankan anak-anak yang sedang mengalami kesukaran dalam menampung kehidupan sendiri adalah tidak mampan.

Oleh itu, pendekatan holistik harus merangkumi peningkatan gaji dan juga perlu memisahkan negara kita daripada rantaian bekalan global yang menurunkan gaji pekerja.

Perlu juga diperkenalkan Skim Pencen Warga Emas bagi memastikan setiap warga emas yang tidak menerima pencen mendapat bayaran RM500 sebulan daripada kerajaan.

Kerajaan harus melunaskan tanggungjawabnya terhadap rakyat dalam merangka dasar berkesan, bukannya meletakkan beban tersebut di bahu orang yang sedang mengalami impak negatif akibat angkara golongan pemodal. – Utusan Online

ARVEENT KATHIRTCHELVAN, Kuala Lumpur

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nw111 21-3-2023 11:27 AM
Doalah hujung2 umur tidak sakit terlantar menyusahkan org lain..
Quote ninja boy 21-3-2023 12:12 PM
Muda2 kena kerja utk adakan epf rumah sewa sawit pencen utk bayar caretaker masa tua, ini disuruh anak berhenti sekolah berhenti kerja
Quote airisa 21-3-2023 12:16 PM
kerajaan kena bayar rm500 utk setiap yg tiada pencen ...
Quote supernaturalee 21-3-2023 12:19 PM
atok tersenyum sinis


Quote Kitty_catz 21-3-2023 01:55 PM
meols salu berdoa ditarik nyawa bila sihat tubuh badan

tataw le muleh ke berdoa sebegitu rupa sbb taknak susahkan sesapa
Quote allshares 21-3-2023 03:09 PM
Jgn sampai anak2 harap mak pak cpt mati sbb menyusahkan anak2.

Benda simple je, diri sendiri, tanggunjwb diri sendiri utk jaga. So waktu masih gagah, kerja keras la simpan duit utk hari tua,  jaga kesihatan seoptimum mungkin dari muda2.

Tapi tu lah org kita eh, iols gelar otak seminit. Fikir ape yg jadi harinie dan skrg je. Esok2 punya hal esok2 la fikir.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.041562 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top