CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tetamu Majlis Kahwin Digelar Kedai Emas Bergerak, Datang Pakai Barangan Kemas Penuh Satu Badan

21-3-2023 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2590| Komen: 4

Description: JAKARTA – Tular rakaman video menyaksikan para tetamu majlis perkahwinan yang memakai pelbagai jenis barang kemas dalam kuantiti banyak sehingga digelar ‘kedai emas bergerak’.
JAKARTA – Tular rakaman video menyaksikan para tetamu majlis perkahwinan yang memakai pelbagai jenis barang kemas dalam kuantiti banyak sehingga digelar ‘kedai emas bergerak’.

Wolipop melaporkan, video yang dikongsikan di laman TikTok itu menunjukkan kumpulan wanita separuh usia memakai pakaian dalam tona senada bersama perhiasan emas bersaiz besar yang memenuhi badan mereka.


Ada antara mereka turut memegang wang tunai serta mengira duit pada majlis tersebut.




Menurut individu yang memuat naik video tersebut, Fahrozi, majlis perkahwinan itu berlangsung pada 12 Mac lalu di Bangkalan, Madura.

Fahrozi  yang merupakan seorang jurugambar berkata,  dia sudah biasa melihat  wanita di Bangkalan memakai barang kemas yang banyak.

“Penduduk Madura sama seperti etnik Bugis di mana mereka mempunyai budaya memakai semua barangan kemas yang ada ketika menghadiri acara perkahwinan,” kata Fahrozi.


Video tersebut dimuat naik bersama keterangan berbunyi: “Mahukah anda mempunyai ibu mentua orang Madura?”

Ia kemudian menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Kedai emas bergerak,” kata seorang pengguna media sosial. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lotusteratai 21-3-2023 11:30 AM
tak takut kena rompak ke? ke kat sana, jenayah samun rendah
Quote nononcrux 21-3-2023 11:38 AM
lotusteratai replied at 21-3-2023 11:30 AM
tak takut kena rompak ke? ke kat sana, jenayah samun rendah

hahha terkeluar taik telinga aku dgr.. yang dtg malaysia bukan main jadi penyamun tarbus
Quote prince_marhaen 21-3-2023 11:40 AM
hujung-hujung buang semua berwajah amah jugekkk...
Quote supernaturalee 21-3-2023 12:49 PM
mami jarum ngat


Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.045623 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top