CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Siapkan Diri Hadap Kematian- Beli Tanah Kubur Pakej Kayangan, Harga Mencecah Hampir RM250,000

20-3-2023 12:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4830| Komen: 11

Description: Sepasang suami isteri yang merancang untuk membeli tanah kubur dengan harga hampir mencecah ribuan ringgit.
Sepasang suami isteri yang merancang untuk membeli tanah kubur dengan harga hampir mencecah ribuan ringgit.

Pasangan dari Indonesia itu dilihat sedang mencari tanah kubur yang sesuai untuk mereka berdua disemadikan kelak iaitu di dua buah kawasan yang terletak di San Diego Hills dan di Al-Azhar Jakarta, Indonesia.




"Saya dan paksu (suami) memutuskan untuk membeli tanah kubur kami suami isteri dan perasaan ketika sedang memilih tempat pusara semasa masih hidup itu ternyata sangat menyedihkan," katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

Dia turut berkongsi akan harga bagi setiap pakej-pakej tanah kubur yang disediakan di San Diego Hills. Antaranya adalah bagi kategori ‘single ‘berharga RM18,811, ‘semi private’ bernilai RM133,830 dan ‘private’ berharga RM249,453.

Mereka juga turut menjelaskan terdapat juga pakej di Al-Azhar bagi makam yang single bermula dari harga RM11,721.





Difahamkan ereka memilih tanah kubur dengan harga sedemikian kerana menginginkan tempat ‘istirahat’ terakhir mereka yang khusus untuk golongan muslim dan terdapat masjid yang mengalunkan ayat suci Al-Quran.

"Belum tentu saya buat persiapan macam ini saya akan masuk syurga nanti cuma saya memang mencari tempat begini untuk pusara kami yang khusus untuk muslim dan yang selalu mengalunkan bacaan ayat Al-Quran. Kerana kami tidak mempunyai anak untuk mendoakan kami.

Arwah Ashraf Sinclair dikebumikan di San Diego Hills dan pasangan ini dilihat terserempak dengan Bunga Citra Lestari semasa sedang memilih pusara mereka.

Di ruangan komen rata-rata ada yang mengkritik mereka berikutan harga tanah kubur yang sangat mahal.



"Sepatutnya bukan mempersiapkan tanah kubur tetapi sudahkah kita menyiapkan bekal untuk menghadapi kematian?"

"Harga tanah kubur buat jantung saya meronta-ronta."

"Harga tanah kubur yang macam itu boleh dibuat pusara untuk satu kampung. Kalau duit itu disedekahkan untuk pembangunan masjid alangkah lebih baik, boleh menjadi pahala jariah."

Namun ada juga yang memuji mereka kerana dari awal lagi sudah membuat persiapan kematian.

"Umur 31 tahun baru sedar yang kita perlu fikirkan kematian. Terima kasih kakak atas video yang telah menyedarkan saya."

"Terima kasih atas perkongsian videonya. Saya terus teringat akan kehidupan selepas mati, semua akan kembali kepadaNya."

"MasyaAllah kak. Orang lain sibuk urusan dunia, kakak pula dah buat persiapan kematian."-CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingerbumpy 20-3-2023 12:06 PM
Aku kalo dapat exemption dari soklan jawab kubur...1million pun sanggup....korang?

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote s@s@ 20-3-2023 12:10 PM
da mcm cina pulak booking tanah kubur siap2.

pakej letak pemadam api dgn ubat penghalau ular, ada sekali ke?
Quote Perwira2022 20-3-2023 12:27 PM
Religion rider berwajah moderen
Quote mamajawie 20-3-2023 12:40 PM
kubur arwah serap pun sama kan?dah macam cina da gayanya..
Quote gigahertz 20-3-2023 12:56 PM
s@s@: da mcm cina pulak booking tanah kubur siap2.pakej letak pemadam api dgn ubat penghalau ular, ada sekali ke?
diorang sana kan penduduk ramai. matawang pulak ciput. so kena gunakan segala mak datuk nenek yang ada utk di korbankan membuat perniagaaan yang menguntungkan.
esok lusa malaysia kalau cecah 80 juta penduduk perangai gitu juga.

Quote xtravaganza 20-3-2023 01:19 PM
Sedihnya tgk dh jd mcm org bkn islam dh..booking segala mak nenek tmpt utk dikebumikan..

Risau aku dgn Malaysia ni.. jual tepi jalan dh apply kat sini, jgn ini pon nk buat sdh laaaaaa…
Quote matamata 20-3-2023 01:45 PM
Bodo laknat punya wartawan
Quote jas7512 20-3-2023 02:01 PM
Patutnya urusan kematian ni fsrdu kifayah buat yg hidup....hai lah org zmn sekrg
Quote supernaturalee 20-3-2023 02:20 PM
lorrr igtkn san diego us sinunnn

pelik jgk dh kenapa sorg nk kebumi di us, sorg kt jakarta

btw owner tanah perkuburan ni chinese indonesian
campur2 agama ke yg resting kt situ
Quote helicornia 20-3-2023 02:30 PM
San Diego tpt kebumi arwah asyraf kan.biaq pi la depa nk beli lot kubur bukan dia mintak duit org.yg lagi hina meninggal jgn kata nk kebumi nk beli kain kapan pun mintak bantuan.tanah kubur yg ada pun yg waqaf biar la org kurang kemampuan kebumi situ
Quote helicornia 20-3-2023 02:31 PM
supernaturalee replied at 20-3-2023 02:20 PM
lorrr igtkn san diego us sinunnn

pelik jgk dh kenapa sorg nk kebumi di us, sorg kt jakarta

Klu yg arwah asyraf dulu rasanya mmg multi religion punya kawasan kubur

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.153215 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top