CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Semalam Pergi Sekolah, Hari Ni Pergi Kahwin,"-Gadis Baru Lepas SPM Terus Nikah

20-3-2023 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10491| Komen: 101

Description: Seorang perancang perkahwinan, @harryzulhairi, berkongsi kisah seorangpengantin perempuan dikenali sebagai Zetty Aziz yang berkahwin sejurus selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa ...
Seorang perancang perkahwinan, @harryzulhairi, berkongsi kisah seorangpengantin perempuan dikenali sebagai Zetty Aziz yang berkahwin sejurus selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beberapa minggu lalu.


"Semalam pergi sekolah, hari ni pergi kahwin," tulis perancangan perkahwinan itu di ruangan kapsyen akaun media sosialnya.

Dalam video berdurasi kurang satu minit itu, pada awalnya Zetty dilihat lengkap berpakaian uniform sekolah.

Foto: tiktok

Dia kemudiannya mengubah penampilan dan kelihatan apabila manis mengenakan busana pengantin daripada material songket rona biru dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada 16 Mac lalu itu.

Lebih meyakinkan apabila jurusolek, Nursyakila Wan Abdullah turut berkongsi beberapa keping foto di Facebook setelah Zetty siap dimekap.

Dalam hantaran lain yang dimuat naik, difahamkan majlis bertandang pula berlangsung di Kampung Semaloi, Endau, Johor dua hari kemudian iaitu pada 18 Mac lalu.


Meninjau pada ruangan komen di TikTok, warga maya mengucapkan tahniah atas perkahwinan pasangan pengantin baharu itu.



Malah, ramai yang bersetuju dengan komen seorang pelayar yang menyatakan 'the real lepas SPM terus kahwin' pada video berkenaan.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang 'mencemburui' perjalanan hidup Zetty yang bertemu jodoh awal berbanding mereka.

"Jodoh awal betul dik. Akak (umur) 33, bayangan pun tak nampak lagi.

"Tahniah dik jodoh awal. Akak yang umur 21 ni pun tak kahwin lagi... jodoh tak sampai lagi.

"Macam sayalah lepas SPM je kahwin. Kawan-kawan sekolah ramai yang masuk universiti tapi saya dah timang anak. Apabila lahir anak pertama ramai tanya, adik ke tu," komen netizen berkongsi pengalaman.

Walaupun jodoh gadis ini dikatakan cepat berbanding kebanyakan orang, perkara lebih penting adalah masing-masing perlu bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami isteri selepas mendirikan rumah tangga.

Secara umum, Enakmen Keluarga Islam dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] menetapkan had umur minimum perkahwinan bagi orang Islam ialah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.

Hal yang sama terpakai kepada orang bukan Islam.

Bagaimanapun had umur yang ditetapkan ini berbeza mengikut negeri.

Namun begitu ia bukanlah halangan untuk pasangan bawah umur berkahwin asalkan mereka perlu mendapat kebenaran keluarga serta dibenarkan oleh pihak mahkamah. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 20-3-2023 12:20 PM
urmm..smoga berbahagia la ye..
Quote Thunderclouds 20-3-2023 12:36 PM
Alhamdulillah.
Tahniah.
Ok,next.
Quote cap_ayam 20-3-2023 12:43 PM
Yelah dah sampai jodohnya.. masa result keluar nanti mungkin dah berisi
Quote SweetRehan 20-3-2023 12:52 PM
Moga berkekalan lah ye...
Quote kechikchomel 20-3-2023 12:59 PM
masa iolss PLKN dulu ada sorang yg dah kawin. masa tengah training tu ada lagi inai kat kuku dia tu.

tak tau la sekarang apa citer dia.
Quote Carcosa 20-3-2023 01:09 PM
Nak mengelakkan maksiottttt, kata mak dan ayah.
Ah lantaklah ko berdua. Kang berjimak aje ler pagi petang siang malam, toksah makan. Toksah cari duit. Kerje mesti tah hapa2 lah tu. Kawin 2-3 tahun, si laki kerje kilang, jatuh cinta dgn supervisor kilang janda. Gitu ajelah jalan cerita mereka2 ni
Quote KamikuP 20-3-2023 01:15 PM
Dah jodoh moga kekal bahagia ye dekk
Quote bakingsoda 20-3-2023 01:16 PM
cringe nye komen "akak yg umur 21 ni pun tak kawin lagi" kalau 30 ke atas ye la andartu merempan takde laki lagi
Quote Kitty_catz 20-3-2023 01:17 PM
tahnia lah dhekk

esok2 kut tensen jaga anak, jaga laki , jaga rumah tu,

ang mai merempan ke porom cari  ni eh.. acik2 bewang sini sedia mencerca
Quote lattehazelnut 20-3-2023 01:33 PM
Cepat kawin.. cepat beranak.. cepat cerai..
Kat dating app umur 24 25 suami n bini org anak dua tiga carik scandal..
Janda n duda umur mcm tu pun ramai dgn anak dah dua tiga..
Quote shida81 20-3-2023 01:56 PM
X kisah la dik ko nk kawen Awal ke apa.. Jgn la ada ank dulu.. G la sambung bljr... Keje dulu... Tp ntah la.. Mcm laki ko bg kan.. Esk jumpe org len Ms belajar da cite lain pulak
Quote lifeline 20-3-2023 01:58 PM
elok la kawin muda2 senang nak conceive
hahhhaha mcm iols dh tua2 baru duk usaha nk conceive makan bnyak uannggg sikit la
pape pon selamat pengantin baru
semoga berbahagia
Quote prettyuglybabe 20-3-2023 02:07 PM
tengok fashion baju boleh nampak budak kampung kot..
kira pencapaian terbesar tu dapat kawin cepat..
Quote supernaturalee 20-3-2023 02:09 PM
Carcosa replied at 20-3-2023 01:09 PM
Nak mengelakkan maksiottttt, kata mak dan ayah.
Ah lantaklah ko berdua. Kang berjimak aje ler pagi p ...

samalah cuols dgn kisah2 fairy tale akasia, samarinda, mega drama, segala mala drama bersiri di tv nu

pusing2 gitu je lah ceritanya  
tp still ramai yg hadap

so, the circle will keep on rolling



Quote midori888 20-3-2023 02:14 PM
lattehazelnut replied at 20-3-2023 01:33 PM
Cepat kawin.. cepat beranak.. cepat cerai..
Kat dating app umur 24 25 suami n bini org anak dua tiga ...

Betul....baru last weekend borak2 dgn satu ppuan nie, umur 22 tahun nak kawen dgn duda umur 29 tahun, duda ada anak sorang.

Quote syamzana 20-3-2023 02:17 PM
classmate iols lepas spm nikoh dlm sebulan lepas exam kot. then smbg matrik (dulu rasanya pljr matrik takleh nikoh, tatau la dia buat caner). masuk uni first year branak. dia jd cikgu sek men. masuk anak ke4 bercerai.
thn 2008 iols nikoh dia pun nak jugakkk kali ke2 dan jd bini ke2, dpt anak 3 org.

iols meluat sbb dia suke perli2 org yg kawen lambat dgn yg fmly planning. kononnye dia cerai pun masih laku dan anak 7org blh support elok je

sorry terluah emosi kat sini
Quote capiloton 20-3-2023 02:25 PM
bagus la kawen awal
kalo cerai dan skandal ni salah sendiri ler

kawen lambat pun tak semesti nya tak cerai dan takde skandal.
Quote clarizsa 20-3-2023 02:26 PM
Lama dh ramai bebudak nikah , seawal umur 13 pun ada , pastu bangga kelek anak dgn umum diri sbg mak paling muda
Macam satu kejayaan besar sgt dh kt dorang la
Pilihan masing2
Quote mawarkhayalan99 20-3-2023 02:26 PM
ohemgeee kalau taknak sambung belajar pun taknak ke cari kerja dulu dik. camne mak bapak adik ni bagi anak tak sambung belajar tak kerja nikah terus. kalau mak pak iols dah kena pekik

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.049972 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top