CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Luqman Hafidz Berjinak-jinak Dalam Bidang Arkitek

19-3-2023 01:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 356| Komen: 5|Original author: Tatod

Description: PelakonLuqman Hafidz, 32, kembali berjinak-jinak dalam bidang pembinaan selain berlakon kerana enggan bazirkan kelulusan bidang arkitek yang dimilikinya.Luqman atau nama sebenarnya Muhd Luqman Hafidz ...
Pelakon Luqman Hafidz, 32, kembali berjinak-jinak dalam bidang pembinaan selain berlakon kerana enggan bazirkan kelulusan bidang arkitek yang dimilikinya.

Luqman atau nama sebenarnya Muhd Luqman Hafidz Mohd Fauzi berkata peluang itu terbuka buatnya selepas beberapa rakan mengajaknya untuk terbabit dalam sebuah projek.


"Baru-baru ini pun, kawan saya bawa masuk dalam industri pembinaan sebab saya pun kelulusan bidang arkitek bahagian pengukuran kuantiti. Bila mereka ajak itu, saya nampak ia sebagai sebuah peluang.


"Bukan nak lari dari industri (seni), kerana industri ini sudah sangat sebati untuk saya. Saya lihat ia sebuah cabang untuk jaminan masa depan, menambah pendapatan, jadi lebih stabil," katanya.

Pelakon filem Ola Bola itu berkata sebenarnya dia ada terbabit projek membabitkan kemahirannya itu sewaktu perintah kawalan pergerakan (PKP). Sejak itu, dia sedar ada masa depan dalam bidang berkenaan.

"Lakonan masih periuk nasi utama sebab masih dapat panggilan dan permintaan. Mungkin kalau ada hari-hari yang kurang sibuk, saya beralih kepada kerja pembinaan itu.

"Saya tengah susun aturan supaya tidaklah bergaduh nanti dengan kawan-kawan. Syarikat itu milik kawan dan saya lebih kepada bahagian promosi dan kos," katanya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Arkitek (Pengukuran Kuantiti) dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).


Dalam pada itu, Luqman berkongsi hubungannya dengan bekas isteri Nurul Atiqah Mad Apandi masih baik dan berharap kekal begitu kerana ingin dahulukan komitmen terhadap anak perempuan mereka Eve Laura yang berusia dua tahun.

"Saya masih lagi berhubung dengannya (bekas isteri). Kita kenal cara elok, lepaskan pun cara elok. Harapnya keadaan itu berterusan kerana komitmen anak ini akan berterusan sampai bila-bila.

"Saya akan terus bertanya pasal anak kepada dia. Kemungkinan sampai bila-bila juga kan. Sekarang fokus saya memang lebih kepada mencari rezeki.

"Alhamdulillah walaupun kejadian-kejadian seperti baru berpisah, bukan kata ada pelangi, tapi masih ada ruang untuk saya cari rezeki jadi pelakon. Apapun, saya biarkan untuk buat sehabis baik," katanya.


Sumber: HARIAN METRO




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-3-2023 01:56 PM
oo ni artis sendu yg kawen cewrai tu ek?
Quote awenda507 20-3-2023 11:17 AM
ohh alumni uia rupenye. baik la ko keje jd qs tu dekk lg ade masa depan dpd jd retis yg sendu gini
Quote hokeypokey 19-3-2023 09:17 PM
sape plak ni???
Quote Whitepinkrider 19-3-2023 05:51 PM
aduhhh.. kau ni architecture ke qs dikkkk...
Quote makneng 19-3-2023 04:21 PM
Jadi je lah arlitek dekkk. Berlakon pun sendu..Chew Kin Wah tu lagi glamour berbanding uolls

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.040999 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top