CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Teguran Buat Noh Salleh

19-3-2023 01:24 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 891| Komen: 6|Original author: Tatod

Description: Baru-baruini Diva berkesempatan menonton konsert Patah Hati yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur.Konsert yang dihadiri kira-kira 2,400 orang penonton itu memang meriah dan ‘havoc’. Antara penyanyi yan ...
Baru-baru ini Diva berkesempatan menonton konsert Patah Hati yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert yang dihadiri kira-kira 2,400 orang penonton itu memang meriah dan ‘havoc’. Antara penyanyi yang membuat persembahan di konsert itu ialah Aishah Retno, Ernie Zakri, Naim Daniel dan Noh Salleh.


Tapi apa yang buatkan Diva rasa kurang senang apabila tiba waktu persembahan Noh Salleh. Boleh dikatakan setiap masa penyanyi itu akan mencarut di atas pentas.


Bahasa yang digunakanya juga kedengaran tidak sopan. Diva faham mungkin sudah itu caranya berkomunikasi dengan peminat.

Diva tidak nafikan Noh sangat bijak berinteraksi dengan penonton apabila diselitkan juga unsur-unsur lawak ketika bercakap. Tapi bila terkeluar beberapa perkataan yang dirasakan kurang sopan, lama-lama Diva rasa menjengkelkan.

Lebih-lebih lagi difahamkan pada malam itu, ibu bapa kepada Noh turut hadir menyaksikan persembahannya.

Mungkin Noh dah boleh kurangkan cakap benda-benda merapu dan mencarut seiring dengan peningkatan usianya. Noh pun bukan lagi remaja seperti zaman kegemilangannya bersama Hujan.


Sumber: KOSMO! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Sazreena 20-3-2023 09:42 PM
Puas lepas bebas sampai terbabas...
Quote KamikuP 20-3-2023 10:16 AM
Moga di hujung usia tak jadi mental mcm Diva AA.. ekekeke
Quote DayangKirana 20-3-2023 07:57 AM
dia memang asal2 pon tak berfilter.. sampai ke tua pon gitu je la rupe nye..
Quote AcikBuncit 19-3-2023 09:50 PM
Dia ni dr muda smp ke tua mcm jns jntan xda arah..
Quote makneng 19-3-2023 04:04 PM
Pemenat heolls suka lantak lah kan
Quote kotakominami 19-3-2023 03:41 PM
Mungkin nalurinya pondan.....mungkinla

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.124064 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top