CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengeluaran telur ayam negara dijangka kembali pulih menjelang hujung tahun

19-3-2023 11:47 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 173| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: KementerianPertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) menjangkakan pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara kembali pulih menjelang hujung tahun ini.Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata ini ...
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) menjangkakan pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara kembali pulih menjelang hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata ini didorong oleh usaha kerajaan melalui kementerian yang berkaitan untuk memudahkan kemasukan pekerja sektor pertanian dan lain-lain sejak Januari.


"Insya-Allah pada tahun ini, pengeluaran telur ayam mencukupi dan mampu sampai ke tahap eksport pada hujung tahun," katanya pada majlis bersama diaspora Malaysia di Indonesia, di sini semalam.


Beliau berkata, risiko termasuk perubahan iklim dan penyakit akan terus diberi perhatian kerana boleh memberi kesan kepada pengeluaran sumber protein berkenaan.

Pada 16 Dis lalu, kementerian bersetuju memberikan kebenaran sementara kemasukan telur ayam dari sumber luar dan kebenaran itu akan dikaji semula apabila bekalan telur dalam negara kembali stabil.

Setelah kemasukan telur ayam import, bekalan sekarang mulai stabil dan di peringkat ini, kita boleh hentikan import itu bila-bila masa sebab kita mahu utamakan pengelur telur tempatan," kata Mohamad.


Beliau dan pegawai tinggi kementerian berada di sini sempena lawatan kerja tiga hari sehingga Isnin untuk melihat pendekatan baharu yang diguna pakai Indonesia dalam meningkatkan hasil padi.

Mohamad berkata, mereka berpeluang meninjau kejayaan pesawah yang penghasilannya mencukupi untuk seluruh rakyat Indonesia berjumlah 276 juta orang.

"Ini akan memberi semangat kepada petani kita untuk berjaya sekiranya mereka bekerja seperti petani di sini meskipun subsidi yang diberikan lebih rendah berbanding di Malaysia," katanya.

Menurutnya kementerian mahu mempercepatkan Tahap Sara Diri (SSL) beras negara daripada 65 peratus sekarang kepada 75 peratus menjelang 2025 dan seterusnya 80 peratus pada 2030.

"Ia akan tercapai jika hasil ditingkatkan kepada purata tujuh tan perhektar daripada lima tan perhektar," katanya sambil menambah ada beberapa tempat telah mencapai 10 tan perhektar. 


Sumber: BERNAMA






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:52 AM GMT+8 , Processed in 0.113489 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top