CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kena cekup khalwat di hotel, beri alasan main video bola sepak

19-3-2023 12:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 358| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: Seorangpemuda memberi alasan mengajak kekasihnya bermain permainan video bola sepak ketika ditahan berkhalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Melaka (JAIM) di sebuah bilik hotel di daerah Melaka Tengah, ...
Seorang pemuda memberi alasan mengajak kekasihnya bermain permainan video bola sepak ketika ditahan berkhalwat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Melaka (JAIM) di sebuah bilik hotel di daerah Melaka Tengah, awal pagi semalam.

Mereka antara enam individu berusia 19 hingga 23 tahun membabitkan tiga pasangan yang dicekup penguat kuasa JAIM kerana berkhalwat dalam operasi di empat hotel bermula 11 malam kelmarin hingga 4 pagi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam serta risikan pihaknya.


Sumber Harian Metro

"Pasangan berusia 23 tahun yang berasal dari Pahang itu mengambil masa 10 minit untuk membuka pintu bilik hotel selepas diketuk penguat kuasa JAIM ketika pemeriksaan 2.30 pagi.

Che Sukri berkata, satu lagi pasangan penuntut universiti mendakwa datang dari Johor ke Melaka semata-mata ingin meraikan hari jadi sebelum mendaftar masuk ke hotel.

Katanya, semua pasangan itu ditahan mengikut peruntukan Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.

"Tangkapan ini adalah hasil kerjasama Ahli Rakan Setiaku JAIM yang menyalurkan maklumat," katanya.


Sumber: HARIAN METRO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Nizleen86 19-3-2023 11:01 PM
Lah ko sepak ke bolanya dik???
Quote Carcosa 19-3-2023 02:29 PM
Main video bola sepak ke main video bola kocek, dik?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.037028 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top