CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jaga-jaga 'Influencer & TikToker', LHDN Sedang Memerhati

18-3-2023 06:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 382| Komen: 4|Original author: Tatod

Description: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan 50,000 pembayar cukai akan tampil dalam program sukarela khas SVPD 2.0 mulai 1 Jun nanti hingga akhir tahun depan.Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Da ...
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan 50,000 pembayar cukai akan tampil dalam program sukarela khas SVPD 2.0 mulai 1 Jun nanti hingga akhir tahun depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Nizam Sairi antara kumpulan yang diharap dapat tampil adalah pemilik perniagaan yang bermula kecil dan telah berkembang dan layak membayar cukai.


Gambar hiasan

Ini selain golongan individu dan syarikat yang tidak pernah melaporkan pendapatan mereka sebelum ini.

Penekanan turut diberikan kepada golongan 'influencer' dan 'TikTokers' yang meraih pendapatan menerusi perkhidmatan mereka dalam talian.

"Oleh kerana mereka bergiat secara terbuka di khalayak ramai, kami memerhati, ini sebagai peringatan bukan amara, bahawa LHDN nampak apa yang berlaku, tampil kehadapan, ini peluang terbaik dalam SVPD 2.0," katanya.

Jelasnya, pendapatan 'influencers' dan 'TikTokers' boleh dinilai secara jelas melalui jumlah pengikut selain tontonan kandungan yang telah dimuat naik atas talian.


LHDN juga melaksana inisiatif untuk mengadakan sesi libat urus bersama golongan ini bagi memahami dan mendapatkan maklum balas daripada mereka.

Difahamkan, LHDN sudah membentuk satu unit khas bagi mengenal pasti golongan terbabit.

Untuk rekod, program SVPD 2.0 ini diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sumber: GEMPAK, BULETIN TV3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-3-2023 01:01 PM
Mohon dicukaikan semua tiktoker instafemes dan youtuber yaachh.. jgn ada yg tinggal.. depa semua kaya kaya tu tapi claim bifoti.. ekekeke
Quote laradelara 19-3-2023 10:05 PM
Mmg dah lama dorg perhati.. Cuma bfore this, takde lah PSA. Cpt2 declare lah.. Jgn smpai kena penalti
Quote antidote 18-3-2023 11:54 PM
Bagus la kalau join program voluntary disclosure ni sebab tak kena penalti tak hantar borang tu.
Quote Perawankota 18-3-2023 11:36 PM
Ramai tuuuuu…

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.188103 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top