CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

TikTok Disyaki Mengintip Penduduk, Jabatan Kehakiman AS Sedang Siasat Dakwaan

18-3-2023 08:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 275| Komen: 1|Original author: Tatod

Description: Aplikasitontonan video pendek, TikTok kini disiasat oleh Jabatan Kehakiman adilan kerana disyaki mengintip penduduk dan wartawan Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita Daily Mirror semalam.Laman s ...
Aplikasi tontonan video pendek, TikTok kini disiasat oleh Jabatan Kehakiman adilan kerana disyaki mengintip penduduk dan wartawan Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita Daily Mirror semalam.

Laman sosial popular itu dimiliki oleh ByteDance yang berpangkalan di Beijing dan dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan pemerintah China.

Laporan menyatakan bahawa Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman sedang menyiasat ByteDance selepas platform video pendek itu mengaku ‘menuai’ data rakyat AS dan dua wartawan pada Disember tahun lalu.

Gambar hiasan


ByteDance bagaimanapun enggan mengulas dakwaan tersebut.

Siasatan itu dibuat selepas White House meneruskan pendirian lebih tegas terhadap syarikat China itu di tengah-tengah kebimbangan mengenai keselamatan AS.

Washington bimbang China mungkin menggunakan aplikasi sangat popular itu untuk memperoleh data dan mengintip rakyat AS serta mahu menjejaskan institusi demokrasi di negara berkenaan.

Menurut akhbar New York Times, pekerja-pekerja TikTok mendapat akses kepada alamat protokol internet (IP) wartawan dan orang yang mereka sambungkan pada aplikasi itu manakala dua daripada kakitangan itu yang berpangkalan di China telah cuba mendapatkan data sensitif.

Bagaimanapun, ByteDance memperkecilkan dakwaan itu dan berkata, pihaknya akan mencegah pencerobohan data pada masa hadapan.


Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-3-2023 01:02 PM
mujuer meolls takde tiktok

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.040391 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top