CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fauzi Nawawi Dedah Pernah Cedera Ketika Penggambaran, Pasu Bunga Terkena Kepala

18-3-2023 02:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 211| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: Ketika menjalani penggambaran filem Anak Halal, pelakon, Fauzi Nawawi mendedahkan pernah mengalami kecederaan di kepala sehingga menerima dua jahitan.Menurut Fauzi, kecederaan itu juga memberikan peng ...
Ketika menjalani penggambaran filem Anak Halal, pelakon, Fauzi Nawawi mendedahkan pernah mengalami kecederaan di kepala sehingga menerima dua jahitan.

Menurut Fauzi, kecederaan itu juga memberikan pengajaran agar dia lebih berhati-hati ketika melakonkan babak aksi.



"Bagi saya, perkara itu dah nak berlaku. Saya pun dulu buat aksi lasak jadi stuntman. Malah, masa berlakon filem Anak Halal pun kepala saya cedera dan berjahit kerana dihentak pasu bunga.

"Pasu bunga itu pecah, kaca melekat di kepala. Saya menerima dua jahitan. Jadi, bagi saya insiden seperti ini sebenarnya mengajar kita supaya lebih berhati-hati," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Fauzi turut bersetuju dengan kenyataan Datuk Fizz Fairuz yang mengatakan jangan keterlaluan ketika melakonkan babak aksi.


"Macam komen Datuk Fizz Fairuz, ada betulnya. Jangan beria sangat ketika berlakon. Kita kena fikir keselamatan kita dulu.

"Tapi, mungkin apa waktu dia komen tu tak kena masa dan menyebabkan ramai yang salah faham. Saya tak salahkan sesiapa.

"Artis itu sendiri kena ambil perhatian dan jaga diri sebab kita tak ada caruman insurans yang besar," katanya.


Sumber: GEMPAK


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-3-2023 12:56 PM
aksi memyambal ada insuran tak?
Quote hokeypokey 19-3-2023 10:25 AM
tak kesian pun

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.037536 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top