CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sophia Albarakbah Tiada Benci Walau Dikutuk, Dihentam Rakan Selebriti

18-3-2023 02:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 303| Komen: 3|Original author: Tatod

Description: Pelakon sensasi,Sophia Albarakbah terbuka menerima semua kutukan dan pandangan negatif segelintir selebriti tanah air kepadanya berhubung isu cinta lokasi bersama aktor Aliff Aziz baru-baru ini.Sophia ...
Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah terbuka menerima semua kutukan dan pandangan negatif segelintir selebriti tanah air kepadanya berhubung isu cinta lokasi bersama aktor Aliff Aziz baru-baru ini.

Sophia, 30, faham setiap individu mempunyai sudut pandangan berbeza, begitu juga tindakan segelintir selebriti yang menghentamnya secara terbuka.


“Apabila timbul kontroversi sebegitu, pasti akan wujud dua kumpulan individu berbeza. Ada yang sokong saya dan sebaliknya.

“Bagi saya, semua berhak mempunyai pendapat masing-masing dan tak boleh nak marah atau kecil hati pun,” katanya kepada Kosmo! online baru-baru ini.

Aktres yang popular menerusi drama Suamiku Lelaki Pendosa itu turut menerima semua kritikan dan pandangan negatif yang dilemparkan kepadanya dengan hati terbuka.

“Orang yang beri komen negatif pun mungkin tidak tahu cerita sebenar dan hanya berdasarkan cerita yang mereka dengar atau baca.

“Jadi, saya hormat dengan semua pandangan mereka, tidak perlu nak membenci atau apa sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia memberitahu tidak fobia dan terbuka untuk bergandingan dengan mana-mana aktor berstatus suami orang.

“Bagi saya, keputusan tersebut bukan bergantung kepada status tetapi individu (aktor) itu sendiri,” jelasnya yang mengambil iktibar daripada situasi tersebut.

Terdahulu, pelakon cantik kacukan Arab, Cina dan Melayu itu terjebak kontroversi menjatuhkan apabila dituduh sebagai penyondol dalam rumah tangga pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff.

Perkara tersebut didedahkan Bella dengan mendakwa Sophia kerap menghubungi Aliff sehingga mengaku terpikat keoada suaminya selepas sama-sama bergandingan dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah. 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote KamikuP 20-3-2023 11:47 AM
Come to think of it, meolls HARAp SANGAT ada penyondol yang akhirnya akan kahwin lari ngan si Alip ni bior si Bella melopong kaw kaw.. ekekeke
Quote Perawankota 18-3-2023 11:48 PM
Semoga dia disatukan dalam drama dengan artis2 yg dok hentam dia. Pastu dia jadik main, yang lain jadik pembantu jer… Pastu producer awal2 dah warning semua cast, jangan nak ada itu Kat set.. hahaha
Quote Buritan 18-3-2023 09:04 PM
Tak pe ko cantikkk

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.036356 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top