CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bapa Hafidz Roshdi Bengang, "Kami Sama Sekali Bukan Seperti Yang Difitnah"

14-3-2023 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19804| Komen: 135

Description: "Isu yang tak patut dibangkitkan sepatutnya kita elakkan. Ia menjejaskan nama baik (keluarga) dan saya rasa perlu dihentikan. Kami sama sekali bukan seperti yang difitnah. Orang kenal kami dan kita se ...
"Isu yang tak patut dibangkitkan sepatutnya kita elakkan. Ia menjejaskan nama baik (keluarga) dan saya rasa perlu dihentikan. Kami sama sekali bukan seperti yang difitnah. Orang kenal kami dan kita selama ini cuma berdiam (diri),".


Demikian kata Roshdi Ahmad, bapa kepada pelakon, Hafidz Roshdi, 29, mengenai konflik membabitkan anaknya itu dengan isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

Semalam, Hafidz dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menumbuk hingga mencederakan Nurul Shuhada dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Selangor pada 2 Mac lalu.


Foto: Harian Metro

Roshdi yang hadir menemani anaknya di perkarangan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini, semalam, pada mulanya enggan mengulas, namun akur dengan pujukan pengamal media untuk memberikan kenyataan.

Dalam pada itu, Roshdi turut meminta semua pihak menghormati mahkamah dan tidak terus membangkitkannya menerusi apa saja medium.


"Perkara ini sedang diadili. Kita doakan yang terbaik," katanya.

Hafidz mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Siti Fatimah Talib.

Mahkamah memerintahkan Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi diikat jamin sebanyak RM4,000 selain perlu menjalani rawatan psikiatri dan pemeriksaan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak pada 28 Mac ini.

Mahkamah menetapkan 9 Jun ini bagi sebutan semula kes dan laporan psikiatri Hafidz. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fefeeling 13-3-2023 02:57 PM
2 rules to live by from mak bapak aku.. yg anak perempuan, ko jgn sesekali get involved dengan suami orang.. yg anak lelaki, kalau ko nak bercerai, kau pulangkan bini ko kt family dia balik elok2 mcm mana ko beria2 nak kahwin dengan dia dulu..
Quote Raline 13-3-2023 03:03 PM
[fbp]https://www.facebook.com/watch?v=1637319526741453[/fbp]
Quote aqua_marine 13-3-2023 03:09 PM
Mana ade keluarga mentua nak mengaku dia buat lebih kurang kt menantu.. org tu dah 9 tahun kot jadi menantu hang but still got blindsided bila Hafiz kawen lagi 1.
Quote edayildiz 13-3-2023 03:11 PM
rumah family apis xberapa rosdi ni kt seksyen 7 tu lg ke? dulu la kaler ijau..mak dia cikgu bsr ke bapak dia nth..x ingt dh..
Quote fealefea 13-3-2023 03:18 PM
masa ni pakcik berani cakap. masa anak kau kawin idok pulak ko ajak anak menantu berbincang. da terlewat pakcik. muke ex menantu dah pecah. kalau sebelum kawin bole la runding lagi.
Quote awex^returns 13-3-2023 03:28 PM
masa anak ko pukul Shu, ko ada balun anak ko tak Pokcik
kalau takder, boleh jalan daaa
Quote myakayina 13-3-2023 03:28 PM
the damage has done pakcik roshdi..cacat kekal dah ex menantu awak tu.. cuba klu anak pompuan pakcik kena plk..
Quote mayakaren 13-3-2023 03:31 PM
Kalau anak.perempuan kena sendiri mcmana?
Quote asfaz 13-3-2023 03:39 PM
Anak kau pun dah lafaz cerai pakcik oiii. Tak kira niat ke tak. Kata tak niat tapi dah #dudaanakdua
Belai la menantu /bakal menantu baru tu
Quote Nur_happy 13-3-2023 03:42 PM
Ayat ‘anak cerminan ibu bapa’ tu still valid… tak semua.. tapi ada
Quote jiwakacau06 13-3-2023 03:44 PM
fefeeling replied at 13-3-2023 02:57 PM
2 rules to live by from mak bapak aku.. yg anak perempuan, ko jgn sesekali get involved dengan suami ...

btl...ini sepatut nya kita terapkan ...nk cerai.. settle baik2...
Quote scrocth 13-3-2023 03:53 PM
Datuk usop dan datin timah jgk yang hebat!!!!
Quote shida81 13-3-2023 04:21 PM
anak buat taik mak bapak terpalit sama.....
malu bpk ko nk g surau apiz ooii
Quote LadyCarefree 13-3-2023 04:36 PM
Kesian bapak ko apizkatek oooiiii. Kau punya pasal bapak terima kata nista juga. Serabut otak.

So far shu hanya pernah kata adik ipar dia tahu psl momo. Dan lagi satu statement shu yg parents apiz benarkan apizkatek kahwin lagi.

Apa yg fitnahnya pakcik?
Quote Kilian 13-3-2023 04:44 PM
fefeeling replied at 13-3-2023 02:57 PM
2 rules to live by from mak bapak aku.. yg anak perempuan, ko jgn sesekali get involved dengan suami ...

Betul. I dh ckp dgn laki I, bakal nantu I nnt let say jodoh tak panjang, takyah la susah2 nak hantar anak I 'pulang' ke parents dia. Just call me, klu I hidup lagi, tu jam I sendiri akan pickup anak I without any doubt. Kau dh tak suka, kau lepaskan and aku sendiri akan 'ambik balik hak aku'. Sekian!
Quote nena9042 13-3-2023 04:46 PM
Kalau anak aku bantai wife sendiri sampai tahap cenggitu, aku akan duduk dendiam weh. Malu tak tau tahap apa.
Quote samperit 13-3-2023 04:49 PM
hidup lagi bapak dia rupanya. gaya mcm budak yg xde bapak berani pukul2 anak org.
Quote awanearisu 13-3-2023 04:50 PM
Maaf pada besan pun tidak ya pakcik.
Quote terataikemboja 13-3-2023 04:52 PM
Yela pakcik.. suruh la anak pakcik tu lpskan shu tu. Jgn siksa lg anak pompuan org.

Lihat semua komen(135)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.068075 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top