CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tolak Poligami Sekeras-Kerasnya! Ezzaty Abdullah Rela Bercerai Daripada Hidup Bermadu

14-3-2023 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 302| Komen: 1

Description: Ezzaty Abdullah menegaskan dia menolak poligami dan rela diceraikan daripada menjalani kehidupan bermadu."Saya memang tolak poligami. Kalau cari nama saya, ada artikel tulis Ezzaty rela diceraikan dar ...
Ezzaty Abdullah menegaskan dia menolak poligami dan rela diceraikan daripada menjalani kehidupan bermadu.

"Saya memang tolak poligami. Kalau cari nama saya, ada artikel tulis Ezzaty rela diceraikan daripada hidup bermadu. Itu memang betul. Artikel itu saya okay sebaba saya memang nak. Sebab saya nak orang tahu bahawa saya tolak sekeras-kerasnya poligami. Saya minta maaf. Saya tahu diri saya macam mana dan saya tak kuat.


Foto: IG

"Saya tak kuat untuk terima. Saya rela bercerai kalau dia nak kahwin lain. Saya selalu cakap dekat dia, kalau awak ada orang lain bagitahu saya. Saya tak nak kacau, yang penting anak-anak dengan saya," katanya kepada Pa&Ma

Dia juga pernah memberitahu suaminya agar berterus-terang sekiranya sudah mempunyai wanita lain. 



Dalam masa yang sama Ezzaty berkata dia bersyukur kerana tidak pernah diuji dengan gangguan orang ketiga dalam perkahwinan.

"Kita tak tahu masa depan kita macam mana. Alhamdulillah, sekarang ni tak ada lagi kes penyondol. Saya terkejut dapat tahu ada group penyondol yang akan sokong geng penyondol di Malaysia. Mereka tahu tak maksud penyondol itu apa? Kalau betul suka suami orang, kenapa korang tak berbaik dengan isteri pertama.




"Kadang-kadang hati seorang perempuan ni boleh lembut. Daripada dia tak tahu boleh terima bermadu ke tak. Kalau berbaik dengan dia, mungkin dia terbuka hati. Kita wanita kena jaga hati wanita lain." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote rosedemon 15-3-2023 09:51 AM
yez betol tuuuuuuu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.035528 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top